Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Mahkamah Tinggi Syariah

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah

Y.A Tuan Mohammad Esham Bin Abdul Samad

Y.A Tuan Mohd Ghazali Bin Zakaria

Y.A Tuan Haji Mohd Ridzuan Bin Yusof

Pendaftar  Mahkamah Tinggi Syariah

Tuan

Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah

Fungsi Mahkamah Tinggi

  • Mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Perak, dalam bidang kuasa Jenayahnya membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen ini, atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang sedang berkuatkuasa dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan baginya.

  • Mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Perak dalam bidang kuasa Malnya,"Mahkamah Tinggi Syariah" hendaklah :-

    Dalam bidang kuasa Malnya, mendengar dan memutuskan atau membuat apa-apa perintah berkenaan semua tindakan dan prosiding yang berkaitan Agama Islam atau 'Adat Melayu Perak' dan termasuklah:

    • Pertunangan, perkahwinan, penceraian, pembatalan perkahwinan (fasakh), atau perpisahan (farak);
    • Apa-apa pelupusan atau tuntutan kepada harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subperenggan (i)
    • Nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan atau jagaan (hadhanah) budak-budak;
    • Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;
    • Wasiat atau pemberian seseorang dalam keadaan maradhul maut;
    • Hibah;
    • Wakaf dan nazar;
    • Pembahagian dan perwarisan harta berwasiat atau tak berwasiat;
      Menentukan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati dan bahagian-bahagian orang itu masing-masing berhak; dan
    • Perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasakuasa diberi oleh mana-mana undang-undang bertulis.
  • Mempunyai bidang kuasa rayuan terhadap kes-kes dari Mahkamah Rendah Syariah dalam perkara Jenayah. “Dalam mana-mana rayuan, Mahkamah Tinggi Syariah boleh :-

    • Dalam perkara Jenayah, menolak rayuan, mensabitkan dan menghukum pihak yang merayu, memerintahkan Mahkamah perbicaraan memanggil pembelaan atau membuat siasatan lanjut, menambah atau meminda bentuk hukuman, memerintahkan perbicaraan semula, atau meminda, atau mengakaskan apa-apa perintah Mahkamah perbicaraan;”
  • Mempunyai bidang kuasa rayuan terhadap kes-kes dari Mahkamah Rendah Syariah dalam perkara Mal, “Dalam mana-mana rayuan, Mahkamah Tinggi Syariah boleh :-

    • Dalam perkara Mal, mengesahkan, mengakaskan, atau mengubah keputusan Mahkamah perbicaraan, menjalankan mana-mana kuasa yang boleh dijalankan oleh Mahkamah perbicaraan, membuat apa-apa perintah yang sepatutnya dibuat oleh Mahkamah perbicaraan atau memerintahkan perbicaraan semula.

    Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas semua Mahkamah Rendah Syariah dan boleh, jika nampaknya dikehendaki demi kepentingan keadilan, samada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, samada Mal atau Jenayah, dalam mana-mana Mahkamah Rendah Syariah, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod mengenainya dan boleh memberikan apa-aoa arahan yang dikehendaki demi keadilan.

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Jalan Tan Sri Haji Harussani,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 18/03/24 • Jumlah Pelawat : 21286928