Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Mahkamah Utama Syariah

Hakim Mahkamah Utama Syariah

Y.A Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli Bin Ahmad Makinuddin

Y.A.A Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar

Y.A Tan Sri Dato’ Setia Dr. Ibrahim Bin Lembut

Y.A Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bin Embong

Ketua Pendaftar Mahkamah Utama Syariah

Nama

Penubuhan

  • Mahkamah Utama Syariah merupakan hirarki tertinggi Mahkamah Syariah di negeri Perak selepas Mahkamah Rayuan Syariah. Mahkamah ini ditubuhkan di bawah seksyen 44 (3A) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2018 Pindaan 2018.

    Pendaftaran dan pengurusan kes di Mahkamah Utama Syariah diuruskan oleh Unit Rayuan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak dan mempunyai pejabat dan perbicaraan Ipoh sahaja.

Fungsi Mahkamah Utama

  • Mahkamah Utama Syariah menjalankan fungsi mendengar kes-kes rayuan daripada keputusan Mahkamah Rayuan Syariah yang mendengar rayuan daripada kes-kes Mahkamah Tinggi Syariah yang menjalankan fungsi dalam bidangkuasa asalnya. Ia bermaksud Mahkamah Utama Syariah merupakan medium akhir mendengar rayuan daripada kes-kes yang bermula di Mahkamah Tinggi Syariah sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 29 Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018. Penubuhan dan perjalanan fungsi Mahkamah Utama Syariah mewujudkan prinsip keadilan yang setara sebagaimana fungsi Mahkamah Rayuan Syariah yang membolehkan pihak-pihak merayu sebanyak 2 kali daripada kes-kes di Mahkamah Tinggi Syariah.

  • Mahkamah Utama Syariah diketuai oleh Ketua Hakim Syarie sebagai Pengerusi Mahkamah dan dianggotai dua orang Hakim atau bilangan ganjil yang lebih besar daripada kalangan Hakim Mahkamah Utama Syariah dalam sesuatu persidangan Mahkamah.

  • Dalam sesuatu rayuan yang dibawa ke Mahkamah Utama Syariah, kebenaran merayu perlu diperoleh terlebih dahulu bagi membolehkan Mahkamah Utama Syariah menentukan prinsip undang-undang dan yang mempunyai kepentingan awam agar keadilan secara menyeluruh dapat dilaksanakan berlandaskan hukum syarak dalam sesuatu penghakiman yang boleh dijadikan panduan kepada mahkamah-mahkamah bawahan.

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Jalan Tan Sri Haji Harussani,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 18/03/24 • Jumlah Pelawat : 21286928