Adalah satu sistem yang akan menyelesaikan Kes dalam tempoh 1 (SATU) HARI yang merangkumi perkara-perkara berikut:
- (Sistem Permohonan Pendaftaran Peceraian atau Cerai dengan Persetujuan Bersama)
- (Sistem Permohonan Pendaftaran Pengesahan Lafaz Cerai)
Sistem ini terbuka kepada orang ramai yang beragama ISLAM di Perak sahaja ingin berurusan dengan Mahkamah Syariah bagi kes-kes yang dinyatakan diatas. Pemantauan juga dilakukan oleh pihak pengurusan Jabatan Kehakiman Syariah Perak (JKSPk) dan kakitangan Mahkamah Syariah di setiap daerah pada setiap hari. Sistem ini juga membantu memudahkan pelanggan dan orang awam membuat pendaftaran Permohonan Cerai dan Permohonan Lafaz cerai dan tanpa perlu hadir ke Mahkamah berulangkali.
Ia juga dapat menjimatkan Kos dan Masa untuk berurusan di Mahkamah Syariah. Sistem ini juga membantu mempercepatkan proses permohonan berbanding Procedure biasa yang dilakukan sebelum ini. Pelanggan juga akan mendapatkan maklumbalas dengan cepat bagi setiap permohonan.
Sila gunakan Manual Pengguna yang disediakan sebagai panduan. Perkhidmatan secara atas talian (Online) JKSPk ini disediakan dengan kerjasama KPerak Corpration Anak Syarikat Kerajaan Negeri Perak