LATAR BELAKANG
Berdasarkan peruntukan seksyen 42 Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018, suatu jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah perlu diwujudkan yang memainkan peranan untuk menggubal dan mewujudkan tatacara berkaitan Mahkamah-Mahkamah Syariah yang telah ditubuhkan dalam Negeri Perak. Berdasarkan peruntukan tersebut, keanggotaan Jawatankuasa terdiri daripada jawatan-jawatan berikut:
(a) Ketua Hakim Syarie sebagai pengerusi;
(b) Penasihat Undang-Undang Negeri atau wakilnya; dan
(c) orang-orang berikut yang dilantik oleh Ketua Hakim Syarie:
Ketua Pendaftar Mahkamah Utama Syariah hendaklah menjadi Pengerusi kepada Jawatankuasa.
FUNGSI JAWATANKUASA
1) Jawatankuasa Kaedah hendaklah berfungsi membuat kaedah-kaedah berkaitan tatacara berikut:-
- Tatacara Mahkamah Utama Syariah
- Tatacara Mahkamah Rayuan Syariah
- Tatacara Mahkamah Tinggi Syariah
- Tatacara Mahkamah Rendah Syariah.
2) Jawatankuasa Kaedah juga berfungsi membuat apa-apa kaedah lain yang berhubung dengan perjalanan dan tatacara yang terdapat peruntukan enakmen ini.
AHLI JAWATANKUASA
Ahli Jawatankuasa 2021-2023
- Y.A.A Tuan Hj Ab Rahman Thobroni Bin Md Mansor - Pengerusi (Ketua Hakim Syarie)
- Tuan Azmir Shah Bin Zainal Abidin - Penasihat Undang-Undang Negeri Perak
- YABhg Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli Bin Ahmad Makinuddin - Hakim Mahkamah Utama Syariah
- Y.A Tuan Hj Mohamad Taifor Bin Ahmad Rusdi - Hakim Mahkamah Rayuan Syariah
- Y.A Tuan Mohd Esham Bin Abd Samad - Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
- Tuan Azman Bin Saad - Hakim Mahkamah Rendah Syariah
- YBhg Dato’ Hj Zainul Rijal Bin Abu Bakar - Peguam Syarie
- Tuan Sohibul Kahfi Bin Hussin - Peguam, Jabatan Bantuan Guaman Negeri Perak
- Puan Zuraidah Bt Idris - Ketua Unit Dasar & Penyelidikan (Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie)
- Tuan Muhammad Fauzi Bin Uzir Abd Wahab - Setiausaha (Ketua Pendaftar)