Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
Semoga anda berada dalam rahmat dan inayah Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan sentiasa terhindar dari wabak Virus Covid-19. Selamat datang saya ucapkan kepada anda yang melayari Portal Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Perak (JKSPk).
Pengunjung yang saya hormati,
Saya mengucapkan terima kasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa melayari portal rasmi ini. Diharapkan agar portal ini dapat menjadi wadah kepada anda untuk mendapatkan info berkaitan pengurusan pentadbiran dan kehakiman JKSPk dan Mahkamah Syariah Negeri Perak.
Pada dasarnya, JKSPk berperanan untuk menguruskan kes-kes melibatkan hal ehwal orang Islam yang berbidangkuasa di dalam Negeri Perak mengikut hukum syarak dan undang-undang. Sehubungan itu, JKSPk sentiasa komited dalam usaha untuk menambah baik mutu perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan kami dan masyarakat umumnya. Saya berharap agar semua pengunjung dan warga JKSPk dapat memanfaatkan sepenuhnya informasi serta capaian perkhidmatan yang disediakan dalam portal ini. Selain itu, sebarang maklumbalas, cadangan penambahbaikan terhadap portal JKSPk ini amat saya alu-alukan demi kepentingan bersama. Tambahan lagi dalam era modenisasi dan pendigitalan jabatan dan agensi kerajaan, semua maklumat berada di hujung jari. Pelanggan JKSPk bukan sahaja boleh mengakses maklumat yang diperlukan, malah boleh memuat turun dokumen dan informasi yang dikehendaki. Urusan yang berkenaan juga boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian yang pastinya akan memudahkan semua pelanggan kami.
Akhir kalam, saya selaku Ketua Hakim Syarie dan Ketua Jabatan Kehakiman Syariah Perak akan sentiasa berusaha untuk memastikan Visi, Misi dan Objektif JKSPk dapat dicapai mengikut perancangan yang telah disusun.
Selamat melayari Portal Rasmi JKSPk.
Sekian, terima kasih.
YAA Dato' Haji Ab Rahman Thobroni Bin Haji Mohd Mansor
Ketua Hakim Syarie dan Ketua Jabatan
Jabatan Kehakiman Syariah Perak.