Statistik Kes Sistem Pendaftaran Kes Mahkamah Syariah Negeri Perak
2
Direktori Mahkamah Syariah Negeri Perak
3
Senarai Peguam-Peguam Syarie Negeri Perak
Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan
Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat seperti di bawah.
1. PENGGUNAAN DATA DI BAWAH TERMA INI Pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.
2. PENGGUNA BOLEH MELAKSANAKAN PERKARA YANG BERIKUT:
Salin, terbit, edar dan pindah data;
Adaptasi data;
Guna data secara komersial dan tidak komersial; dan
Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi.
3. SEKIRANYA MELAKSANAKAN MANA-MANA DARIPADA YANG DINYATAKAN PADA PARA 2, PENGGUNA HENDAKLAH:
Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilik data;
Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini; dan
Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna hendaklah menggunakan pernyataan seperti yang berikut: "Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia 1.0"
4. PENGECUALIAN Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap:
Data peribadi;
Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data;
Logo organisasi sektor awam atau jabatan;
Lambang diraja dan lambang tentera;
Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya;
Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk; dan
Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.
5. TIADA JAMINAN
Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data; dan
Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak memberikan jaminan data disediakan secara berterusan.
6. UNDANG-UNDANG Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.