Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Keratan Akhbar

05 Februari 2018

03-02-2018 : Pas sokong Mahkamah Syariah diangkat sama taraf Mahkamah Sivil


"Perkara itu perlu dilaksana dan ditimbangkan oleh pihak berkuasa, apatah lagi kita telah menerima konsep asas perlembagaan kita Islam agama Persekutuan dan pada masa sama kebebasan agama lain di jamin," katanya kepada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Wisma Purnama Pas Kawasan Gopeng, di sini, pada Sabtu.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Harussani yang menyarankan kerajaan negeri membuat pindaan dengan meletakkan penubuhan Mahkamah Syariah dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Mufti Perak itu berkata, langkah ini akan membolehkan Mahkamah Syariah diangkat setaraf dengan Mahkamah Sivil.

Beliau juga berpendapat Mahkamah Syariah tidak sepatutnya dianggap sebagai satu entiti yang berada di luar institusi kehakiman sekaligus meletakkannya pada kedudukan yang lebih rendah.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan daripada keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kes penukaran agama tiga anak seorang guru tadika, M Indira Gandhi.

Rujukan: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pas-sokong-mahkamah-syariah-diangkat-sama-taraf-mahkamah-sivil-167287

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Jalan Tan Sri Haji Harussani,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 24/04/24 • Jumlah Pelawat : 21286928