Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Keratan Akhbar

17 Oktober 2017

16-10-2017 : NX - Rektor UIA Wanita Pertama Dilantik Hakim Mahkamah Rayuan Syariah


Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Datuk Dr Zaleha Kamarudin wanita pertama di negara ini dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan tauliah perlantikan Dr Zaleha, 56 tahun, dari Raub, Pahang pada majlis ringkas di Istana Syarqiyyah, Chendering, di sini, pagi ini.
Turut hadir adalah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Yang Dipertua Dewan Undangan negeri, Datuk Mohd Zuber Embong dan Ketua Hakim Syarie, Wan Mohd Zakri Wan Mohd.

Perlantikan Dr Zaleha sebagai hakim wanita pertama Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu diumumkan oleh Wan Mohd Zakri pada majlis makan malam sempena meraikan pertauliahan Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

Mohd Zakri berkata, perlantikan Dr Zaleha sebagai hakim wanita pertama di negara ini diperkenankan oleh Sultan Mizan.
Katanya, tugas utama Dr Zaleha adalah mengendalikan dan mendengar kes rayuan dan mempunyai kuasa untuk membatal serta mengurangkan sabitan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

Sumber Rujukan:
https://www.nx.digital/2017/10/16/rektor-uia-wanita-pertama-dilantik-hakim-mahkamah-rayuan-syariah/

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Jalan Tan Sri Haji Harussani,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 24/04/24 • Jumlah Pelawat : 21286928