“Untuk permulaan, bagi sesi 2019 ini, kita akan mengadakan perubahan kepada pemain sukan bola sepak di mana semua pemain beragama Islam yang bernaung di bawah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) perlu memakai pakaian yang menutup aurat ketika beraksi dalam pertandingan.
“Ini diamalkan sama ada di Terengganu mahupun di luar Terengganu.
"Bagi pemain bukan beragama Islam, terpulang kepada mereka untuk ikuti jejak pemain yang beragama Islam,” kata Wan Sukairi.
Beliau berkata Mufti Negeri, Datuk Dr Zulkifly Muda juga akan dirujuk bagi memberi nasihat dan panduan dalam semua aspek pelaksanaan termasuk pakaian atlet dan jenis sukan kepada kerajaan negeri.
Jelasnya, kerajaan negeri tidak akan mengambil pendekatan drastik berhubung perkara itu sebaliknya akan memastikan semua atlet bersedia sebelum perkara itu dikuatkuasakan sebagai undang-undang.
Wan Sukairi berkata fokus kerajaan negeri adalah menerapkan pendidikan dan kesedaran kepada atlet mengenai kepentingan pemakaian yang mematuhi syariah.
Rujukan: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemakaian-patuh-syariah-buat-atlet-terengganu-mulai-tahun-depan-192011