Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Keratan Akhbar

04 Jun 2018

01-06-2018 : Tidak perlu bubar, JAKIM masih relevan - IKRAM


"Justeru, JAKIM masih lagi relevan dengan melakukan penambahbaikan kerana semua orang ditambah baik," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat IKRAM di Seri Kembangan, di sini hari ini.

Pada Rabu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan melihat semula peranan JAKIM dengan mengumpulkan sejumlah ilmuan Islam untuk membincangkan masa depan jabatan itu.

Bagaimanapun, Pengkritik tetap JAKIM, Tawfik Ismail menyuarakan bantahannya terhadap rancangan untuk menilai peranan agensi itu, dengan mengatakan ia sepatutnya dibubarkan terus.

Burhanuddin dalam pada itu mengakui JAKIM mempunyai kelemahan yang perlu diperbaiki dan masalah itu disifatkan sebagai keadaan biasa yang dilalui institusi Islam lain.

"Perkara ini jelas dalam Perkara 8. JAKIM dan institusi lain perlu dikekalkan dengan menambahbaik tadbir urusnya. Semua orang ada kelemahan dan semua pihak perlu terima teguran.

"Kewujudan JAKIM selari dengan Perlembagaan Persekutuan Artikel 3. Jadi, JAKIM masih pertubuhan yang relevan tetapi dengan penambahbaikan," jelasnya lagi.

Justeru katanya, IKRAM menyambut baik cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengkaji semula peranan JAKIM.
 
Pada sidang media sama, IKRAM turut mengemukakan 13 resolusi kepada kerajaan Pakatan Harapan bagi memastikan kepentingan umat Islam hari ini.

Selain mengekalkan institusi dan agensi berkaitan hal ehwal Islam di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri seperti JAKIM, IKRAM mengesyorkan agar perlantikan mana-mana individu untuk memegang jawatan perlu berdasarkan kelayakan dan kepakaran mereka.

IKRAM juga mahu mana-mana pihak dalam kerajaan mengelak membawa isu-isu agama yang sensitif dan boleh mengundang perpecahan dan persepsi negatif masyarakat.

"Kedudukan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah juga perlu ditingkatkan dan proses peningkatan ini perlu digerakkan segera," ujarnya.

 

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tidak-perlu-bubar-jakim-masih-relevan-ikram-177044

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Jalan Tan Sri Haji Harussani,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 24/04/24 • Jumlah Pelawat : 21286928