Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Media & Aktiviti Terkini

22 Januari 2024

Sesi Perjumpaan Bersama Penasihat Industri Diploma Pascasiswazah Amalan Kehakiman & Guama Syarie (Dkgs), Fakulti Pengajian Islam & Sains Sosial, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)


Sesi Perjumpaan Bersama Penasihat Industri Diploma Pascasiswazah Amalan Kehakiman & Guama Syarie (Dkgs), Fakulti Pengajian Islam & Sains Sosial,
Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)


Satu sesi perjumpaan diantara pihak Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang diketuai oleh Dr. Zul-kifli Bin Hussin, Pensyarah Kanan, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, USAS bersama 2 orang wakil telah diadakan dengan Penasihat Industri Diploma Pascasiswazah Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie (DKGS) Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah berlangsung pada pagi ini di Bilik Mesyuarat KHS, Jabatan Kehakiman Syariah Perak. Sesi perbincangan tersebut dipengerusikan oleh YAA Dato’ Haji Ab Rahman Thobroni Bin Haji Mohd Mansor, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Turut hadir bersama adalah YAA Tuan Haji Mohammad Taifor Bin Ahmad Rusdi, Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Perak, YA Tuan Muhammad Fauzi Bin Uzir Abd Wahab, Ketua Pendaftar, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak dan 2 orang Pegawai Penyelidik MTS dan MRYS, Puan Nor Atikah Binti Haji Badri dan Puan Nur Syazana Binti Abd Razak. Antara agenda utama sesi perjumpaan ini adalah bertujuan untuk membincangkan beberapa perkara khususnya berkaitan dengan penambahbaikan dan semakan semula terhadap Program Diploma Pascasiswazah Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie (DKGS) yang ditawarkan di Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).


Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Jalan Tan Sri Haji Harussani,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 24/04/24 • Jumlah Pelawat : 21286928