Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Media & Aktiviti Terkini

29 November 2021

Majlis Perhimpunan Pagi dan Sambutan Hari Integriti JKSPk 2021



Majlis Perhimpunan Pagi dan Sambutan Hari Integriti Peringkat Jabatan telah diadakan pada 12 November 2021 dengan kerjasama di antara Bhg. Khidmat Pengurusan & Jawatankuasa Integriti JKSPk. Majlis ini telah dimulakan dengan ucaptama perasmian oleh Yang Amat Arif Tuan Haji Ab Rahman Thobroni Bin Haji Mohd Mansor selaku Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Perak. Dalam ucaptamanya, Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie menyatakan bahawa 3 matlamat utama pihak Jabatan dalam mengadakan sambutan Hari Integriti ini adalah:-
* Memperkasakan integriti dalam kalangan warga Jabatan;
* Memperkemaskan sistem penyampaian perkhidmatan; dan
* Memastikan etika kerja sebagai amanah supaya keadilan dapat diletakkan pada tempatnya dan keadilan dapat dilihat dalam perkhidmatan yang diberikan
Majlis telah diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan video pendek ucapan Hari Raya Aidilfitri dan pertandingan sempena sambutan Hari Integriti Jabatan.
Satu slot ceramah berkaitan integriti telah disampaikan oleh penceramah jemputan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Tuan Zamri Bin Haji Darus dengan tajuk “Pengukuhan Integriti Dalam Perkhidmatan Awam”.
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Aras 3, Bangunan Mahkamah Syariah Perak,
    Jalan Pari Off Jalan Tun Abdul Razak,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 20/01/22 • Jumlah Pelawat : 21286928