Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Media & Aktiviti Terkini

13 Disember 2023

Majlis Penyerahan Kerja-kerja Naik Taraf Premis Sewaan Mahkamah Syariah Daerah Muallim, Slim River, Perak


Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Ir. Yussaime bin Ahmad Yusuf, Jurutera Daerah JKR Muallim kepada YAA. Dato’ Haji Ab. Rahman Thobroni bin Mohd Mansor disaksikan oleh YDH. Toh Paduka Setia Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal bin Haji Ahmad, Orang Besar Jajahan Daerah Muallim.
Turut hadir bersama Tuan Muhammad Fauzi bin Uzir Abd Wahab (Ketua Pendaftar), Tuan Muhammad Azriq bin Ab Rahim (Hakim Mahkamah Rendah Syariah Tapah), pegawai dan kakitangan daripada JKR Muallim, Mahkamah Syariah Tapah, Ibu Pejabat JKSPk dan kontraktor projek.
Projek naik taraf Mahkamah Syariah Muallim telah bermula pada bulan Julai 2023 dan berjaya disiapkan pada bulan Oktober 2023 yang melibatkan 1 Dewan Bicara, 1 Kamar Hakim dan Kaunter Khidmat Pelanggan merangkap Kaunter Pendaftaran. Mahkamah Syariah Muallim dijangka akan mula beroperasi secara berperingkat tahun 2024.

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Jalan Tan Sri Haji Harussani,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 24/04/24 • Jumlah Pelawat : 21286928