Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Media & Aktiviti Terkini

05 September 2022

Majlis Pelancaran Jurnal Syariah Negeri Perak (Al-Qanun Vol.1) Dan Program Munaqashah Perundangan & Kehakiman


29 Ogos 2022 (Isnin) 1 Safar 1444H :- Majlis Pelancaran Jurnal Syariah Negeri Perak (Al-Qanun Vol.1) dan Program Munaqashah Perundangan & Kehakiman telah diadakan di Casuarina Convention Centre, Meru, Ipoh. Program dimulakan dengan Munaqashah Perundangan & Kehakiman bagi membincangkan isu semasa perundangan & kehakiman syariah secara holistik dengan menjemput pakar-pakar perundangan negara bagi merangka pelan penambahbaikan yang bersesuaian. Program diteruskan dengan Majlis Pelancaran Jurnal Syariah Perak (Al-Qanun Vol.1) yang dilancarkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. “Semoga Al-Qanun dapat dijadikan bahan rujukan oleh para hakim serta pengamal udang-undang,” titah baginda. Turut hadir bersama YAB Menteri Besar Perak dan barisan para tetamu jemputan negeri serta persekutuan. Jurnal Syariah Perak (Al-Qanun Vol.1) Tahun 2022 ini merupakan Jurnal pertama yang julung kalinya diterbitkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak (JKSPk) dengan Kerjasama Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang keseluruhannya mengandungi 348 halaman. img1
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Aras 3, Bangunan Mahkamah Syariah Perak,
    Jalan Pari Off Jalan Tun Abdul Razak,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 05/10/22 • Jumlah Pelawat : 21286928