Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Media & Aktiviti Terkini

22 Januari 2024

Kursus Pemantapan Kaedah Sulh dan Mediasi


22 - 24 JANUARI 2024 - Kursus Pemantapan Kaedah Sulh dan Mediasi telah berlangsung dengan jayanya di Avi Pangkor Beach Resort, Pulau Pangkor.
Program tersebut telah dirasmikan oleh YAA. Dato’ Haji Ab Rahman Thobroni bin Mohd Mansor, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak.
Seramai 14 orang peserta telah mengambil bahagian yang terdiri daripada YA Tuan Muhammad Fauzi Bin Uzir Abd Wahab, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak, Tuan Burhanuddin Ismi Bin Adam, Ketua Unit Sulh, Pegawai Penyelidik Unit Dasat & Penyelidikan, Pendaftar, Pegawai Sulh serta Pembantu Sulh.
Antara objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada Unit Sulh terutamanya Pegawai dan Pembantu Sulh lantikan baharu tentang proses, prosedur, kaedah serta tatacara perjalanan Majlis Sulh yang lebih efektif di peringkat Mahkamah Syariah Negeri Perak.


Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Jalan Tan Sri Haji Harussani,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 24/04/24 • Jumlah Pelawat : 21286928