Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Media & Aktiviti Terkini

05 Februari 2024

Kursus Kelayakan Cuti Dan Kemudahan Bagi Perkhidmatan Awam Siri 1


1 - 3 FEBRUARI 2024 -  Kursus yang berlangsung di Pangkor Village Beach Resort ini dihadiri seramai 40 orang kakitangan JKSPk yang terdiri daripada Kumpulan Kewangan dan Pentadbiran bertujuan untuk mempelajari perkara-perkara baharu serta memperkemaskan ilmu yang sedia ada mengenai Cuti & Kemudahan Perkhidmatan Awam. Kursus tersebut dirasmikan oleh Ketua Pendaftar, YA. Tuan Muhammad Fauzi bin Uzir Abd Wahab. Penceramah jemputan adalah Puan Nuraulia Binti Mat Isa, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Gaji dan Elaun, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Selain dari ceramah berkenaan Cuti & Kemudahan Perkhidmatan Awam, turut diselitkan dengan sesi senamrobik dan taklimat kesihatan di kalangan penjawat awam yang disampaikan oleh pegawai daripada Pejabat Kesihatan Daerah Manjung. Majlis Penutupan dilangsungkan oleh Ketua Hakim Syarie, YAA. Dato’ Haji Ab. Rahman Thobroni Bin Mohd Mansor dengan penyampaian sijil penghargaan kepada para peserta yang berjaya menamatkan kursus tersebut.


Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Jalan Tan Sri Haji Harussani,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 24/04/24 • Jumlah Pelawat : 21286928