Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Media & Aktiviti Terkini

08 Disember 2022

Diskusi Terbuka: Perlaksanaan Akta Profession Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019


img1 17 NOVEMBER 2022: JKSPk telah menganjurkan program Diskusi Terbuka: Perlaksanaan Akta Profession Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 pada jam 9.00 pagi di Dewan Bankuet JKSPk. Para panel yang hadir adalah YBhg. Dato’ Zainul Rijal bin Abu Bakar (Pengerusi Majis Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan), YBhg. Tuan Zawawi bin Ghazali (Penasihat Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan YBhg. Tuan Musa bin Awang (Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia). Moderator bagi Diskusi ini adalah YA. Tuan Haji Mohammad Taifor bin Ahmad Rusdi (Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Perak). Program dimulakan dengan ucaptama oleh YAA. Dato’ Haji Ab. Rahman Thobroni bin Hj. Mohd Mansor, Ketua Hakim Syarie Negeri Perak. Objektif utama program ini adalah membincangkan keberkesanan pelaksanaan Akta 814 yang telah dikuatkuasakan pada 21 jun 2022 di Wilayah-wilayah Persekutuan, membincangkan kesesuaian pemakaian Akta 814 di negeri Perak serta membincangkan cadangan penambahbaikan terhadap draf Enakmen Profession Guaman Syarie negeri Perak yang telah dirangka.
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Jalan Tan Sri Haji Harussani,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 24/04/24 • Jumlah Pelawat : 21286928