Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Media & Aktiviti Terkini

01 Februari 2024

Amanat Tahun Baharu 2024 Yaa Ketua Hakim Syarie & Perhimpunan Bulanan Bil.1/2024


30 JANUARI 2024 - Satu majlis Amanat Tahun Baharu 2024 telah diadakan pertama kalinya di Dewan Serbaguna, Mahkamah Syariah Taiping dan dihadiri oleh pegawai serta kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negeri Perak, Bacaan Ayat Suci Al-Quran & Doa serta tayangan montaj Imbasan Tahun 2023. Majlis diteruskan dengan Amanat & Perutusan oleh YAA. Dato’ Haji Ab Rahman Thobroni bin Mohd Mansor, Ketua Hakim Syarie. Antara intipati perutusan YAA. Dato' Ketua Hakim Syarie adalah Pencapaian KPI bagi tahun 2023, Hala Tuju Pelan Strategik, Amanat YAB. Menteri Besar Perak, Piagam Pelanggan Baharu, Kod Etika Tatakelakuan Pegawai dan Arahan Pengurusan Kewangan. Majlis diteruskan dengan bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam, Pelancaran Piagam Pelanggan Baharu, Penyerahan Hadiah Pertandingan Inovasi Tahun 2023 serta Penyerahan Buku Pelan Strategik dan Pelan Anti-Rasuah Organisasi.


Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Jalan Tan Sri Haji Harussani,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 24/04/24 • Jumlah Pelawat : 21286928