- Mahkamah Rendah Syariah mempunyai bidangkuasa di seluruh Negeri Perak di daerah-daerah yang ditetapkan dan hendaklah dalam bidangkuasa Jenayahnya:-
Membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam di bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukan oleh Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis ini tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukan baginya.
|