Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Pengumuman

23 December 2021

KENYATAAN MEDIA - RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH SYARIAH PERAK (PINDAAN) 2021


Isnin 20 Disember 2021.

Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Perak (Pindaan) 2021 yang telah diluluskan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini mengandungi keseluruhan 18 fasal yang melibatkan penambahbaikan 13 peruntukan sedia ada dan 5 tambahan peruntukan baharu.

Rang Undang-Undang pindaan ini melibatkan beberapa perkara, antaranya bagi memperkasakan Jawatankuasa Kehakiman Syariah yang berfungsi mengesyorkan pelantikan Hakim-Hakim atasan Mahkamah Syariah dengan memberikan kuasa kepada Jawatankuasa untuk membuat kaedah-kaedah bagi melaksanakan dan menguatkuasakan fungsinya.
Syarat-syarat pelantikan Hakim-Hakim Mahkamah Syariah hirarki tertinggi turut diperkukuhkan melalui pindaan kali ini. Ini bertujuan agar perlantikan yang dibuat dapat menzahirkan kompetensi, kepakaran dan pengalaman yang diperlukan sesuai dengan kompleksiti perundangan semasa.

Bidangkuasa dan prosedur perjalanan Mahkamah Syariah diperkemaskan agar keadilan dapat ditegakkan dalam apa jua keadaan tanpa kelengahan. Ini merupakan bukti kesungguhan Kerajaan untuk meningkatkan lagi kewibawaan institusi Kehakiman Syariah agar menjadi sebuah badan kehakiman yang unggul, dipercayai dalam melaksanakan usaha menegakkan keadilan.

Rang Undang-Undang pindaan ini turut mewujudkan punca kuasa bagi penggunaan teknologi komunikasi jarak jauh bagi meneruskan prosiding kes dalam keadaan-keadaan tertentu demi menjamin keadilan disamping memelihara kemaslahatan awam dan penggunaan perkhidmatan elektronik dalam pengurusan kes bagi memastikan penyampaian perkhidmatan dibuat secara pantas, tepat dan efisyen. Perubahan ini selaras dengan perkembangan teknologi semasa dalam urusan perkhidmatan kehakiman terutamanya semasa penularan virus Covid-19 yang tidak menggalakkan kehadiran fizikal dan perjumpaan bersemuka meskipun bagi tujuan akses kepada keadilan.

Melalui pindaan ini usaha untuk memperkasakan undang-undang agar ianya sentiasa relevan dengan kehendak dan keadaan semasa. Ini membuktikan undang-undang itu tidak rigid dan boleh disesuaikan mengikut keperluan. Keutamaan dalam meningkatkan kepercayaan rakyat kepada sistem kehakiman syariah perlu sentiasa diperkukuhkan dengan undang-undang yang dinamik dan komprehensif.
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Aras 3, Bangunan Mahkamah Syariah Perak,
    Jalan Pari Off Jalan Tun Abdul Razak,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 12/05/22 • Jumlah Pelawat : 21286928