Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Media & Aktiviti Terkini

18 September 2023

Program Multaqa Mahkamah Syariah 2023 (MuM'S 2023)


MuM'S 2023 telah berakhir dan melabuhkan tirai secara rasminya pada 27 Ogos 2023. Penganjuran ini dilihat sebagai pencapaian yang besar dalam mempromosikan semangat sukan dan perpaduan di kalangan warga Mahkamah Syariah. Penghargaan setinggi-tingginya diberikan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan acara ini. Tahniah kepada semua peserta dan penganjur atas usaha yang telah diberikan.
Penganjuran seterusnya akan diadakan pada tahun 2025 di Negeri Perak, di mana Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak akan menjadi tuan rumah untuk MuM'S 2025 nanti. Simbolik penyerahan tuan rumah pada tahun 2025 telah dibuat semasa majlis makan malam majlis penutupan pada 26 Ogos 2026 di Klana Resort, Seremban dan disaksikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan. Ini memberi peluang untuk melanjutkan semangat sukan dan meneruskan semangat perpaduan serta pencapaian cemerlang dalam perkhidmatan. Kami menantikan kehadiran semula MuM'S di tahun 2025 dan berharap ia akan meneruskan tradisi kejayaan dan perpaduan yang telah dibina dalam acara tahun ini.
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Jalan Tan Sri Haji Harussani,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 24/04/24 • Jumlah Pelawat : 21286928