Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Media & Aktiviti Terkini

04 January 2024

Mesyuarat Jawatankuasa Kehakiman Syariah Negeri Perak Ke-10 Bil 1/2024


4 JANUARI 2024 - MESYUARAT JAWATANKUASA KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERAK KALI KE-10 BIL 1/2024
Mesyuarat Jawatankuasa Kehakiman Syariah Negeri Perak Kali Ke-10 Bagi Tahun 2024 telah berlangsung di Bilik Gerakan JKSPk. Jawatankuasa ini ditubuhkan dibawah seksyen 6 Enakmen Mahkamah Syariah bagi menjalankan fungsi pemilihan hakim-hakim mahkamah syariah di Negeri Perak. Antara agenda yang dibincangkan adalah cadangan pengesyoran pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah serta pembentangan KPI penyelesaian kes-kes mahkamah bagi tahun 2023. Turut hadir ke mesyuarat tersebut adalah SS. Dato' Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh (Mufti Kerajaan Negeri Perak), YBhg. Tan Sri Dato' Seri Zulkefli bin Ahmad Makinuddin (Hakim Mahkamah Utama Syariah Perak), YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Balia Yusof bin Haji Wahi (Hakim Mahkamah Utama Syariah Perak), YAA. Dato' Haji Mohd Amran bin Mat Zain (Ketua Pengarah JKSM), YBhg. Dato' Haji Abd. Aziz bin Haji Mohd Yusof (Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah Perak), YAA. Dato' Haji Ab. Rahman Thobroni bin Mohd Mansor (Ketua Hakim Syarie Perak), Puan Noran Asma' binti Abu Bakar (Peguam Syariah) dan beberapa pegawai daripada Jabatan Kehakiman Syariah Perak. Jabatan mengucapkan merakam setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Mat Zain di atas pelantikan baru anggota Jawatankuasa Kehakiman Syariah serta kehadiran buat kali pertama YAA Dato ke mesyuarat ini.

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Jalan Tan Sri Haji Harussani,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 24/04/24 • Jumlah Pelawat : 21286928