Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Media & Aktiviti Terkini

22 February 2024

Majlis Perisytiharan Dan Penyampaian Sijil Peguam Syarie Negeri Perak 2023


Majlis Perisytiharan dan Penyampaian Sijil Peguam Syarie Negeri Perak Tahun 2023 telah diadakan pada jam 9.00 pagi di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak dengan Kerjasama Persatuan Guaman Syarie (PGSM) Negeri Perak. Seramai 29 orang Peguam Syarie baru telah diterima masuk sebagai Peguam Syarie Negeri Perak pada Tahun 2023.
Majlis perisytiharan penerimaan masuk sebagai Peguam Syarie telah didengar di dalam Dewan Bicara Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh di hadapan YA Tuan Mohammad Esham bin Abdul Samad, Hakim Utama Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Perak dan YA Tuan Azman bin Saad, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Perak. Manakala Majlis Penyampaian Sijil Peguam Syarie Negeri Perak Tahun 2023 yang diadakan di Dewan Bankuet dan telah disampaikan oleh YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak.
Majlis turut dihadiri oleh YAA Dato’ Ketua Hakim Syarie Perak, YAA Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah Perak, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak, Ketua Pendakwa Syarie Perak dan Jawatankuasa Penerimaan Masuk Peguam Syarie Perak.



Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Jalan Tan Sri Haji Harussani,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 24/04/24 • Jumlah Pelawat : 21286928