Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Media & Aktiviti Terkini

12 January 2024

Majlis Pengurniaan Watikah Hakim Mahkamah Syariah Negeri Perak


12 Januari 2024  - Majlis Pengurniaan Watikah Hakim Mahkamah Syariah Negeri Perak

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah berkenan mengurniakan watikah pelantikan Hakim Mahkamah Syariah Negeri Perak dalam Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh.
Pengurniaan watikah disampaikan kepada Hakim Mahkamah Utama Syariah, Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah dan seterusnya 6 orang panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dilantik menurut syor Jawatankuasa Kehakiman Syariah Negeri Perak mengikut Seksyen 10 dan 11 Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018.

Penerima-penerima watikah adalah seperti berikut:
Hakim Mahkamah Utama Syariah,
YAA. Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain,
Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah:
YA. Tuan Haji Mohammad Taifor bin Ahmad Rusdi sebagai Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah Perak.
Seterusnya pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Perak adalah:
1. YA. Hajah Noor Hadina binti Ahmad Zabidi
2. YBhg. Datuk Kamardin bin Hashim
3. YA. Dato’ Haji Abd Aziz bin Mohd Yusof
4. YA. Datuk Haji Mohd Radzi bin Abd Latif
5. YA Dato’ Mohamad Shakir bin Haji Abdul Hamid
6. YA Dato’ Abas bin Nordin

Jabatan ini merakamkan ucapan sekalung tahniah kepada penerima-penerima watikah pelantikan Hakim Mahkamah Syariah Negeri Perak.

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Jalan Tan Sri Haji Harussani,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 24/04/24 • Jumlah Pelawat : 21286928