Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Media & Aktiviti Terkini

02 June 2023

Karnival Sukan JKSPk 2023


12 - 13 MEI 2023: JKSPk dengan kerjasama Badan Kebajikan Dan Sukan Jabatan Kehakiman Syariah Perak (BAKMAS) telah mengadakan Karnival Sukan JKSPk 2023 di 3 lokasi berbeza iaitu Ibu Pejabat JKSPk, Kompleks Sukan JBS Perak dan Ipoh Bowl, Aeon Kinta City. Karnival sukan ini disertai oleh warga JKSPk serta pegawai dan kakitangan daripada Jabatan Pendakwaan Syariah Perak, Jabatan Bantuan Guaman Negeri Perak dan Bahagian Sokongan dan Keluarga. Pelbagai acara sukan yang telah dipertandingkan antaranya pada:- 12 Mei 2023 - Karom,PingPong,Dart,Badminton & Sepak Takraw. 13 Mei 2023 - Futsal,Bola Jaring & Bola Tampar. Acara penutup Karnival tersebut telah diadakan pada 13 Mei 2023, jam 8.30 pagi dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YAA. Ketua Hakim Syarie Perak dan diikuti acara senamrobik. Selain merapatkan ukhuwah kesemua peserta yang terdiri daripada pelbagai Jabatan, tujuan utama Karnival ini diadakan sebagai latihan dan persediaan kepada para atlet yang terpilih bagi menghadapi Multaqa Mahkamah Syariah (MUM’s) yang dijadualkan pada bulan Ogos 2023 di Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) Negeri Sembilan. img1
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Jalan Tan Sri Haji Harussani,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 24/04/24 • Jumlah Pelawat : 21286928