Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Profil Ketua Hakim Syarie

Y.A.A Dato' Hj. Ab. Rahman Thobroni bin Mohd Mansor

YAA Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah
Negeri Perak Darul Ridzuan

PROFIL

YAA DATO' HJ. AB. RAHMAN THOBRONI BIN MOHD MANSOR
KETUA HAKIM SYARIE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERAK

MAKLUMAT PERIBADI

KELULUSAN :  B.A(Hons) Syariah Dan Undang-Undang     
                      Universiti Kebangsaan Malaysia,                         

                     Universiti Islam Antarabangsa
                     Post Graduate-Dip In Administration And Islamic Judicary

                     Universiti Islam Antarabangsa
                     Master In Administration Of Islamic Laws
 

PENGALAMAN KERJAYA

TAHUN

PERKARA

1994 - 1998

Pelantikan Baru Sebagai Pegawai Syariah Dan Ditempatkan Di Biro Bantuan Guaman Selangor

1998

Pelantikan Baru Sebagai Pegawai Syariah Gred L3 Dan Ditempatkan Di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh

1999

Disahkan Dalam Perkhidmatan Sebagai Pegawai Syariah Gred L3

2005

Memangku Jawatan Pegawai Syariah Gred LS44 Dan Ditempatkan Di Pentadbiran Yang Sama

2005

Kenaikan Pangkat Ke Jawatan Pegawai Syariah Gred LS44

2011

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak Di Gred LS44

2011

Memangku Jawatan Pegawai Syariah Gred LS48 (KUP)

01/08/2012

Kenaikan Pangkat Ke Jawatan Pegawai Syariah Gred LS48

16/07/2015

Memangku Jawatan Pegawai Syariah Gred LS52 Di Jabatan Kehakiman Syariah Perak

16/07/2016

Kenaikan Pangkat Ke Jawatan Pegawai Syariah Gred LS52 Di Jabatan Kehakiman Syariah Perak

16/05/2019

Pelantikan Sebagai Ketua Pendaftar Di Mahkamah Utama Syariah Perak Gred LS52

01/09/2020

Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Di Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Memangku Gred LS54

16/01/2021

Pelantikan Sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah

01/08/2021

Pelantikan Sebagai Ketua Hakim Syarie

Unit Dasar dan Penyelidikan

Fungsi

Antara fungsi dan tanggungjawab sedia ada yang telah diberikan kepada Bahagian Dasar dan Penyelidikan seperti berikut:
  • Menjalankan penyelidikan perundangan serta kajian berhubung hal ehwal Mahkamah Syariah.
  • Memperhalusi undang-undang syariah sedia ada yang diguna pakai di Mahkamah Syariah agar lebih kemas dan berkesan
  • Memberi maklumat yang terkini berhubung perkembangan Undang-undang Syariah, cadangan atau pandangan kepada jabatan berkenaan sesuatu isu perundangan dan kehakiman, isu pentadbiran dan pengurusan kes di Mahkamah Syariah.
  • Bekerjasama dengan pusat penyelidikan dan agensi kerajaan, institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan lain-lain program kajian berkaitan undang-undang dan kehakiman syariah.

Unit Integriti

Fungsi

Unit Integriti telah ditubuhkan dijabatan ini semenjak tahun 2016 dan diketuai oleh Ketua Integriti. Fungsi utama unit ini adalah merancang dan melaksanakan program pembudayaan integriti dalam organisasi secara berterusan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang berkaitan pegawai dan kakitangan jabatan.

  • Mengkaji kelemahan dan mencadang penambahbaikan system dan prosedur, kawalan sistem bagi menutup ruang dan peluang rasuah serta salah laku.
  • Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan dengan meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama warga dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya dan amalan
  • Menerima dan mengambil Tindakan ke atas aduan/maklumat mengenai salah laku dan pelanggaran tata kelakuan serta etika organisasi dan menjadi urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Integriti
  • Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tata kelakuan dan etika organisasi melalui siasatan secara telus
  • Melaksanakan inspektorat, pemeriksaan mengejut dan pemantauan berkala ke atas pematuhan undang-undang, peraturan dan pelaksanaan projek dan memastikan Peraturan Pegawai Awam (Tata Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dipatuhi khususnya perisytiharaan harta
  • Melaporkan salah laku jenayah kepda agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.

Read more: Profil Ketua Hakim Syarie

  • Hits: 11235

Buletin JKSPk

Buletin JKSPk

Nama Buletin Tahun Muat Naik Bacaan Online
BULETIN JKSPK Bil 1 2019-OKT 2019  
BULETIN JKSPK Bil 1 2020-OKT 2020    
BULETIN JKSPK Bil 1 2021 2021  
BULETIN JKSPK Bil 1 2022 2022  

Read more: Buletin JKSPk

  • Hits: 3662

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai

Jabatan Kehakiman Syariah Perak

Aras 3, Jalan Pari, Off Jalan Tun Abdul Razak, 30100 Ipoh, Perak

Tel: 05-5018400
Faks: 05-5018522
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Bahagian Khidmat Pengurusan

NAMA JAWATAN EMEL TELEFON FAKS
Encik Mohd Zabidi bin Abd Rahman
Pegawai Teknologi Maklumat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 05-5018400 05-5018522
Cik Aishah Mariam binti Pakeer Mohamed
Pegawai Tadbir This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 05-5018400 05-5018522
Cik Yusnirhamsili binti Mohamed Yunus
Penolong Pegawai Tadbir (Pentadbiran) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 05-5018400 05-5018522
Encik Kamarul Nazmi bin Mohd Hirmizi
Penolong Pegawai Tadbir (Pembangunan) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 05-5018400 05-5018522
N Pegawai This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 05-5018400 05-5018522

Read more: Direktori Pegawai

  • Hits: 1173

Majlis Sulh

1. Pengenalan

Majlis Sulh adalah suatu sesi pengantaraan antara pihak-pihak yang dipengerusikan oleh Pegawai Sulh untuk menyelesaikan kes dengan cara Sulh. Kaedah Sulh ini bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa malahan dapat menyelesaikan sesuatu pertikaian secara terbuka dan sukarela, bukannya melepaskan dendam.
2. Jenis kes Apa-apa tuntutan yang berhubungan dengan----

(a) ganti rugi pertunangan; (b) muta’ah; (c) harta sepencarian; (d) nafkah isteri; (e) nafkah kepada pihak tidak upaya; (f) cagaran nafkah; (g) nafkah ‘iddah; (h) mengubah perintah nafkah; (i) tunggakan nafkah; (j) nafkah anak; (k) mengubah perintah jagaan anak atau nafkah anak; (l) mengubah perjanjian jagaan anak atau nafkah anak; (m) hadhanah; (n) ganti rugi perkahwinan; (o) hak tempat tinggal; (p) perintah supaya hidup bersama semula; (q) perintah supaya isteri kembali taat kepada suami; (r) mas kahwin; atau (s) mana-mana kes yang diperintahkan oleh Hakim yang pada pendapatnya perlu untuk dirujukkan kepada Majlis Sulh. 3. Proses Majlis Sulh Proses sulh akan bermula dari pendaftaran (agihah ke Majlis Sulh) dan akan berakhir sehingga selesai kes tersebut di Mahkamah.

Read more: Majlis Sulh

  • Hits: 5569

Jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah

LATAR BELAKANG

Berdasarkan peruntukan seksyen 42 Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018, suatu jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah perlu diwujudkan yang memainkan peranan untuk menggubal dan mewujudkan tatacara berkaitan Mahkamah-Mahkamah Syariah yang telah ditubuhkan dalam Negeri Perak. Berdasarkan peruntukan tersebut, keanggotaan Jawatankuasa terdiri daripada jawatan-jawatan berikut:

(a) Ketua Hakim Syarie sebagai pengerusi;

(b) Penasihat Undang-Undang Negeri atau wakilnya; dan

(c) orang-orang berikut yang dilantik oleh Ketua Hakim Syarie:

(i) seorang Hakim Mahkamah Utama Syariah;
(ii) seorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah;
(iii) seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah;
(iv) seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah;
(v) seorang Peguam Syarie; Mahkamah Syariah (Perak) 31
(vi) seorang pegawai undang-undang yang berkhidmat dengan Jabatan Bantuan Guaman yang ditubuhkan di bawah Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26]; dan
vii) seorang yang difikirkan layak dan sesuai oleh Ketua Hakim Syarie.

Ketua Pendaftar Mahkamah Utama Syariah hendaklah menjadi Pengerusi kepada Jawatankuasa.

FUNGSI JAWATANKUASA

1) Jawatankuasa Kaedah hendaklah berfungsi membuat kaedah-kaedah berkaitan tatacara berikut:-

  • Tatacara Mahkamah Utama Syariah
  • Tatacara Mahkamah Rayuan Syariah
  • Tatacara Mahkamah Tinggi Syariah
  • Tatacara Mahkamah Rendah Syariah.

2) Jawatankuasa Kaedah juga berfungsi membuat apa-apa kaedah lain yang berhubung dengan perjalanan dan tatacara yang terdapat peruntukan enakmen ini.

AHLI JAWATANKUASA

Ahli Jawatankuasa 2021-2023

  1. Y.A.A Tuan Hj Ab Rahman Thobroni Bin Md Mansor - Pengerusi (Ketua Hakim Syarie)
  2. Tuan Azmir Shah Bin Zainal Abidin - Penasihat Undang-Undang Negeri Perak
  3. YABhg Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli Bin Ahmad Makinuddin - Hakim Mahkamah Utama Syariah
  4. Y.A Tuan Hj Mohamad Taifor Bin Ahmad Rusdi - Hakim Mahkamah Rayuan Syariah
  5. Y.A Tuan Mohd Esham Bin Abd Samad - Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
  6. Tuan Azman Bin Saad - Hakim Mahkamah Rendah Syariah
  7. YBhg Dato’ Hj Zainul Rijal Bin Abu Bakar - Peguam Syarie
  8. Tuan Sohibul Kahfi Bin Hussin - Peguam, Jabatan Bantuan Guaman Negeri Perak
  9. Puan Zuraidah Bt Idris - Ketua Unit Dasar & Penyelidikan (Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie)
  10. Tuan Muhammad Fauzi Bin Uzir Abd Wahab - Setiausaha (Ketua Pendaftar)

Read more: Jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah

  • Hits: 3430

Jawatankuasa Kehakiman Syariah

JAWATANKUASA KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERAK

1.0 LATAR BELAKANG

Selari dengan pembaharuan Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018, satu Jawatankuasa ditubuhkan menurut seksyen 5 Enakmen Mahkamah Syariah yang menjalankan peranan membuat pemilihan dan mengesyorkan calon-calon yang sesuai dan berkelayakan untuk dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie, Hakim-Hakim Mahkamah Utama Syariah, Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

Keanggotaan Jawatankuasa menurut seksyen 5 terdiri daripada 7 anggota berikut:

  • Ketua Hakim Syarie sebagai pengerusi;
  • Mufti;
  • Dua orang Hakim Mahkamah Utama Syariah;
  • Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah; dan
  • Dua anggota yang arif dalam Hukum Syarak atau Undang-Undang yang dilantik oleh DYMM Sultan;

2.0 FUNGSI JAWATANKUASA

Fungsi Jawatankuasa dinyatakan menurut seksyen 6 Enakmen Mahkamah sebagaimana berikut:

  • Mengesyorkan orang berkelayakan yang sesuai yang wajar dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie dan Hakim-Hakim Mahkamah Utama Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah untuk pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Sultan;

  • Mengesyorkan pembatalan pelantikan Ketua Hakim Syarie dan Hakim-Hakim Mahkamah Utama Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah untuk pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Sultan atas sebarang pelanggaran kod etika atau apa-apa sebab lain yang munasabah berkaitan Hukum Syarak; dan

  • Menetapkan dan melaksanakan mekanisme dan syarat-syarat bagi pemilihan, pelantikan dan pembatalan pelantikan Ketua Hakim Syarie dan Hakim-Hakim Mahkamah Utama Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah.

3.0 AHLI JAWATANKUASA KEHAKIMAN SYARIAH SESI 2019-2021

  1. Y.A.A Dato’ Hj Asa’ari Bin Hj Mohd Yazid - Pengerusi
  2. YABhg Tan Seri Dato' Seri (Dr.) Hj. Harussani Bin Hj. Zakaria - Mufti Negeri Perak.
  3. YABhg Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli Bin Ahmad Makinuddin – Hakim Mahkamah Utama Syariah
  4. Y.A.A Dato’ Setia Dr. Hj Mohd Na’im Bin Mokhtar – Hakim Mahkamah Utama Syariah
  5. YBhg Dato’ Hj Abdul Aziz Bin Mohd Yusof – Pengerusi Mahkamah Rayuan.
  6. YDH Toh Seri Maharaja Lela Dato’ Seri Zainal Adzam bin Abdul Ghani
  7. Y.Bhg Prof Dato’ Dr. Shamrahayu Binti Abdul Aziz

Read more: Jawatankuasa Kehakiman Syariah

  • Hits: 4080

Visi & Misi Jabatan

  • primary

    Visi

    "Menjadi Institusi Kehakiman Yang berwibawa"

  • secondary

    Misi

    Melaksanakan Pengadilan, Pengurusan Mahkamah dan Perkhidmatan sokongan secara professional, berkesan dan bersistematik berasaskan peruntukan undang-undang Islam yang seragam untuk mencapai keredhaan Allah.

  • primary

    Fungsi

    Menguruskan perbicaraan dan membuat keputusan/hukuman secara adil mengikut hukum syarak dan undang-undang.

  • secondary

    Motto

    "Syariah Asas Keadilan"

Read more: Visi & Misi Jabatan

  • Hits: 4236

SENARAI YANG AMAT ARIF (YAA) KETUA HAKIM SYARIE

SENARAI YANG AMAT ARIF (YAA) KETUA HAKIM SYARIE, JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PERAK

NAMA YAA KETUA HAKIM

TARIKH PERKHIDMATAN

1. Dato’ Hj. Muhamad Asri b. Hj. Abdullah

1 Mei 1995 – 31 Disember 2003

2. Tuan Hj. Hassan Basri b. Hj. Shafie

1 Januari 2004 – 31 Disember 2005

3. Dato’ Hj. Abdul Aziz b. Mohd Yusof

1 Januari 2006 – 28 Februari 2011

4. Dato’ Hj. Muhamad Asri b. Hj. Abdullah

1 Mac 2011 – 16 Julai 2015

5. Dato’ Hj. Asa’ari b. Hj. Mohd Yazid

17 Julai 2015 - 7 November 2020

Read more: SENARAI YANG AMAT ARIF (YAA) KETUA HAKIM SYARIE

  • Hits: 1281

MAHKAMAH UTAMA

Hakim Mahkamah Utama Syariah

  • Y.A Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli Bin Ahmad Makinuddin

    Y.A Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli Bin Ahmad Makinuddin

    Profil Hakim

  • Y.A.A Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar

    Y.A.A Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar

    Profil Hakim

  • Y.A Tan Sri Dato’ Setia Dr. Ibrahim Bin Lembut

    Y.A Tan Sri Dato’ Setia Dr. Ibrahim Bin Lembut

    Profil Hakim

  • Y.A Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bin Embong

    Y.A Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bin Embong

    Profil Hakim

Ketua Pendaftar Mahkamah Utama Syariah

Nama

Nama

Penubuhan

Mahkamah Utama Syariah merupakan hirarki tertinggi Mahkamah Syariah di negeri Perak selepas Mahkamah Rayuan Syariah. Mahkamah ini ditubuhkan di bawah seksyen 44 (3A) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2018 Pindaan 2018.

Pendaftaran dan pengurusan kes di Mahkamah Utama Syariah diuruskan oleh Unit Rayuan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak dan mempunyai pejabat dan perbicaraan Ipoh sahaja.

Fungsi Mahkamah Utama

  • Mahkamah Utama Syariah menjalankan fungsi mendengar kes-kes rayuan daripada keputusan Mahkamah Rayuan Syariah yang mendengar rayuan daripada kes-kes Mahkamah Tinggi Syariah yang menjalankan fungsi dalam bidangkuasa asalnya. Ia bermaksud Mahkamah Utama Syariah merupakan medium akhir mendengar rayuan daripada kes-kes yang bermula di Mahkamah Tinggi Syariah sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 29 Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018. Penubuhan dan perjalanan fungsi Mahkamah Utama Syariah mewujudkan prinsip keadilan yang setara sebagaimana fungsi Mahkamah Rayuan Syariah yang membolehkan pihak-pihak merayu sebanyak 2 kali daripada kes-kes di Mahkamah Tinggi Syariah.

  • Mahkamah Utama Syariah diketuai oleh Ketua Hakim Syarie sebagai Pengerusi Mahkamah dan dianggotai dua orang Hakim atau bilangan ganjil yang lebih besar daripada kalangan Hakim Mahkamah Utama Syariah dalam sesuatu persidangan Mahkamah.

  • Dalam sesuatu rayuan yang dibawa ke Mahkamah Utama Syariah, kebenaran merayu perlu diperoleh terlebih dahulu bagi membolehkan Mahkamah Utama Syariah menentukan prinsip undang-undang dan yang mempunyai kepentingan awam agar keadilan secara menyeluruh dapat dilaksanakan berlandaskan hukum syarak dalam sesuatu penghakiman yang boleh dijadikan panduan kepada mahkamah-mahkamah bawahan.

Read more: MAHKAMAH UTAMA

  • Hits: 11652

Prosedur Mahkamah

  • Pengurusan Kes Mal / Faraid

    Kes Mal ialah tuntutan yang dibuat oleh pelanggan di Mahkamah Syariah yang berkaitan dengan hal-hal kekeluargaan dan harta benda terhadap sesuatu pihak yang lain.

    Maklumat Lanjut

  • Pengurusan Kes Jenayah

    Kes Jenayah ialah kesalahan matrimonial dan kesalahan Syariah dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Perak) 1992, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Perak) 2004 dan Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004.

    Maklumat Lanjut

Read more: Prosedur Mahkamah

  • Hits: 6893

Badan Kebajikan dan Sukan Jabatan Kehakiman Syariah Perak (BAKMAS)

Jawatankuasa Badan Kebajikan Dan Sukan
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak (BAKMAS)
di Jabatan Kehakiman Syariah Perak
2023-2024

Pengerusi
YA. Tuan Hj. Mohd Ridzuan Bin Yusof

Timbalan Pengerusi
Tuan Burhanuddin Ismi Bin Adam

Setiausaha
Cik Yusnirhamsili Binti Mohamed Yunus

Penolong Setiausaha
Cik Aishah Mariam Binti Pakeer Mohamed

Bendahari
En. Abdul Fitri Bin Haji Salleh

Ahli Jawatankuasa
Pn. Nor Atikah Binti Haji Badri
Tuan Nor Azam Bin Omar
Tuan Muhamad Aizat bin Badaruddin
En. Mohd Akhmal Hijaz bin Abd Azizis
En. Muhammad Hafizuddin Bin Wahid
En. Muhamad Fiqri Bin Zakaria
En. Mohd Hazizi Bin Ghazali
Pn. Izwani Salfinaz Binti Azman

Pemeriksa Kira-Kira
Pn. Marzawati Binti Abd Malek
Pn. Ernie Suriatolazlina Binti Umar

Pemegang Amanah
En. Ahmad Tamimi Bin Haji Mustafa
En. Ahmad Kamal Bin Rustam Affendi

Perlembagaan

  • Penubuhan
  • Tujuan
  • Ahli
  • Yuran Ahli
  • Jawatankuasa
  • Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa
  • Mesyuarat
  • Mengundi Ahli
  • Kewangan dan lain-lain

Muat Turun Perlembagaan

Read more: Badan Kebajikan dan Sukan Jabatan Kehakiman Syariah Perak (BAKMAS)

  • Hits: 4495

Majlis Bersama Jabatan (MBJ)

Wakil Majlis Bersama Jabatan (MBJ) 2023-2024
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak

Wakil Majikan/Pengurusan

Pengerusi MBJ Jabatan
YAA Dato' Haji Ab. Rahman Thobroni bin Mohd Mansor

Setiausaha
Cik Yusnirhamsili binti Mohamed Yunus

Ahli
YA Tuan Haji Mohammad Taifor bin Ahmad Rusdi
YA Tuan Mohammad Esham bin Abdul Samad        
Tuan Muhammad Fauzi bin Uzir Abd. Wahab
Pn. Zuraidah binti Idris
Cik Aishah Mariam binti Pakeer Mohamed
En. Abdul Fitri bin Haji Salleh
Pn. Marzawati binti Abd Malek
En. Kamarul Nazmi bin Mohd Hirmizi

Wakil Pihak Pekerja

Pegawai Syariah Gred LS44
Puan Siti Norlaili binti Syed Ali

Pegawai Syariah Gred LS41
Tuan Muhamad Aizat bin Badaruddin

Penolong Pegawai Syariah Gred LS29-LS32
Puan Nabilah Huda binti Mustakim

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
En. Mohd Kamaruddin bin Azmi

Setiausaha Pejabat Gred N32
Pn. Fauziana binti Ahmad

Pembantu Syariah Gred LS22-LS26
En. Mohd Hazizi bin Ghazali

Pembantu Syariah Gred LS19-LS22
En. Mohd Faisarizan bin Hashim

Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19-N22
En. Ahmad Tamimi bin Haji Mustafa

Pembantu Tadbir (Kew) Gred W19-W22
En. Muhammad Syafiq bin Samsul Anuar

Jurubahasa Gred LA19
En. Mohd Hamizan bin Kamaruzaman

Pembantu Perpustakaan Gred S19
En. Ahmad Kamal bin Rustam Affendi

Juruteknik Komputer Gred FT19
En. Zulkhairy bin Sabri

Penghantar Notis Gred N11-N16
En. Nor Hashim bin Mustafa

Pembantu Operasi Gred N11-N14
En. Muhammad Syafiq bin Samsul Anuar

Pemandu Kenderaan Gred H11
En. Yusri bin Yusof

Read more: Majlis Bersama Jabatan (MBJ)

  • Hits: 3662

Maklum Balas Laman Web

Sila masukkan maklumat yang diperlukan
Sila masukkan maklumat yang betul
Sila masukkan maklumat yang diperlukan
Sila masukkan maklumat yang diperlukan

Makluman

Ruangan ini menerima maklum balas atau aduan yang berkaitan dengan portal dan jabatan. Setiap maklum balas dan aduan yang diterima akan diproses dan dijawab dalam tempoh 7 hari bekerja. Terima kasih.

Read more: Maklum Balas Laman Web

  • Hits: 3555

Soalan Lazim

  • Saya baharu sahaja di maklumkan dan mendapat tahu suami telah berkahwin lain. Apakah yang harus saya lakukan?

    Sekiranya pernikahan poligami tersebut disahkan oleh mahkamah, puan boleh memohon perintah nafkah diri puan, nafkah anak, harta sepencarian, hutang dalam perkahwinan, tunggakkan nafkah isteri dan anak serta hak tempat tinggal.

  • Pernikahan secara wali hakim, bagaimana keadaan yang boleh dipohon di mahkamah?

    Mereka yang boleh memohon ialah di antaranya :

    1. Saudara baru (muallaf) yang tidak mempunyai wali nasab yang beragama islam.
    2. Wali ghaib
    3. Wali enggan
    4. Anak tak sah taraf
    5. Wali dalam ihram
  • Bekas suami enggan mematuhi perintah Mahkamah. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan?

    1. Memfailkan saman penghutang penghakiman; atau
    2. Jika ingkar, memohon penguatkuasaan perintah; atau
    3. Jika masih ingkar, maka boleh memohon pelaksanaan perintah sama ada melalui pengkomitan ke penjara, penyitaan dan penjualan serta hiwalah (garnishment);
    4. Selain itu, anda boleh membuat pengaduan di bahagian penguatkuasaan JAIPk untuk tindakan;
    5. Rujuk kepada Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Perak (berkaitan nafkah).
  • Bilakah kes saya akan disebut di mahkamah, setelah kes saya telah di daftarkan?

    Setelah kes tersebut didaftar, kebiasaannya Mahkamah akan menetapkan tarikh sebutan dalam tempoh 18 hari selepas pendaftaran, namun tertakluk kepada jumlah kes-kes yang ditetapkan di hadapan Hakim.

  • Tolong jelaskan, apakah hak yang boleh dituntut saya selepas perceraian? 

    (sekiranya masih hidup) Anda boleh membuat tuntutan nafkah anak, nafkah eddah, harta sepencarian, hak penjagaan anak (hadhanah), sagu hati perkahwinan (muta’ah), hak tempat tinggal semasa dalam eddah, hutang dalam perkahwinan, tunggakan nafkah isteri dan anak. Namun sekiranya pihak Defendan meninggal dunia (bercerai mati), anda boleh membuat tuntutan harta sepencarian , pembahagian harta pusaka (secara faraid) dan hutang dalam perkahwinan.

  • Istilah  ‘gantung tak bertali’, adakah istilah ini wujud  pada pandangan Fikh Islami?

    Tiada. Anda boleh memohon cerai secara fasakh, pengesahan takliq, tebus talaq atau dengan kuasa hakam (perundingan) yang diperintahkan oleh mahkama

  • Saya kurang faham berkenaan Cerai Ta'liq?

    Ta'liq ertinya perjanjian yang telah dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum Syarak dan sepertimana yang diperuntukkan dalam Akta/Enakmen/Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Negeri. Cerai Ta'liq boleh disabitkan apabila berlaku pelanggaran ke atas Ta'liq dan setelah aduan dibuat serta disahkan oleh Mahkamah.

  • Apakah itu Tebus Talaq (Khulu')?

    Perceraian Tebus Talaq ialah satu perceraian yang diminta oleh isteri daripada suaminya dengan wang atau harta benda sepertimana yang dipersetujui melalui ijab dan qabul. Cerai Khulu' adalah merupakan cerai Bain Sughra dan tidak boleh dirujuk melainkan dengan akad dan mas kahwin yang baru.

  • Mohon Penjelasan berkenaan dengan Fasakh?

    Fasakh ialah pembubaran perkahwinan disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh Hukum Syarak. Di antara perkara-perkara yang mengharuskan fasakh ialah apabila suami atau isteri :

    • Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu (1) tahun.
    • Tidak mengadakan peruntukkan nafkah isteri selama tempoh tiga (3) bulan.
    • Telah dihukum penjara selama tempoh tiga (3) tahun atau lebih.
    • Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu (1) tahun.
    • Telah mati pucuk.
    • Telah gila selama tempoh dua (2) tahun.
    • Sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
    • Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isterinya menderita.
    • Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.
    • Memaksa isteri hidup secara lucah.
    • Melupuskan harta isteri.
    • Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
    • Tidak berlaku adil kepada isteri-isterinya mengikut Hukum Syarak.
    • Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun empat (4) bulan telah berkahwin.
    • Dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf Hukum Syarak.
  • Bagaimana pengiraan eddah di laksanakan selepas perceraian?

    Pengiraan eddah berbeza berdasarkan keadaan seperti berikut :

    1. Sekiranya isteri diceraikan tanpa setubuhi, maka tiada eddah baginya
    2. Sekiranya isteri diceraikan dalam keadaan haid maka eddah sehingga suci daripada haid keempat
    3. Sekiranya isteri diceraikan dalam keadaan yang bersih tanpa disetubuhi selepas haidnya maka eddah dikira
  • Saya telah diceraikan oleh suami setahun yang lalu. Saya merupakan ibu tunggal kepada 4 orang anak. Saya menghadapi masalah berkaitan pemberian nafkah oleh suami kepada anak-anak sedangkan telah ada perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah. Jadi di manakah saya boleh mengadu dan merujuk masalah saya ini?

    Dalam perkara ini apabila puan telah memperolehi perintah dari mahkamah syariah tentang pemberiaan nafkah dan bekas suami puan dengan sengaja cuai ataupun ingkar untuk melaksanakan perintah tersebut maka puan bolehlah merujuk masalah puan ini di mahkamah syariah berhampiran.

    Di mahkamah syariah terdapat satu unit yang dipanggil Bahagian Sokongan Kelurga (BSK) khususnya membantu mereka-mereka yang berhadapan dengan masalah pelaksanaan nafkah.

    Di antara fungsi-fungsi Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) ialah :

    1. Meleraikan Konflik dihadapi wanita serta ibu tunggal yang berdepan masalah mendapatkan nafkah seperti diperintahkan mahkamah.
    2. Melaksanakan penguatkuasaan ke atas perintah mahkamah khususnya dalam kes nafkah dan saraan.
    3. Memberi khidmat nasihat perundangan Islam kepada orang awam.
    4. Meyalurkan bantuan kewangan sara hidup sementara melalui sumber dana kewangan yang diharuskan hukum syarak kepada keluarga yang menghadapi masalah tuntutan nafkah.
    5. Membetul salah faham terhadap kelewatan membabitkan masalah mematuhi perintah mahkamah seperti pembayaran nafkah dan hak penjagaan anak.
  • Saya telah kehilangan bapa 2 bulan yang lalu. Bapa saya ada meninggalkan sedikit harta. Apakah  yang perlu saya lakukan ke atas harta yang ditinggalkan?

    Anda hendaklah memohon perintah faraid  di Mahkamah Rendah Syariah jika nilai harta tidak melebihi RM 100,000.00 manakala jika harta melebihi RM 100,000.00 hendaklah memohon perintah faraid terhadap harta tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah

  • Saya kurang faham, apakah yang dimaksudkan dengan Hibbah?

    Hibbah ialah pemberian harta/aset kepada seseorang secara sukarela semasa hayatnya tanpa berkehendak balasan (iwad). Pemberi hibbah tidak boleh menarik balik hibahnya setelah setiap rukun hibbah dipenuhi iaitu : pemberi hibbah (al-wahib), penerima hibbah (al-mauhub laku). Barang  dihibahkan  (al-manhub) lafaz ijab kabul, menurut mazhab syafie akad nikah tidak sempurna kecuali selepas qabul.

    Qabul berbeza-beza mengikut harta / aset. Sekiranya harta alih. Maka qabul berlaku dengan mengambil, memindah, mengasingkan harta tersebut dengan harta lain. Bagi harta tidak alih boleh berlaku dengan mengosongkan harta, menguasainya dan melakukan tasaruf terhadap harta tersebut seperti menyerahkan kunci dan seumpamanya.

  • Apakah perbezaan di antara wasiat, hibah dan faraid?

    Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh seseorang mengenai hartanya untuk diuruskan selepas berlaku kematiannya. Tetapi wasiat yang dibuat secara lisan adalah terdedah kepada fitnah akibat arahan yang tidak jelas dan boleh dipertikaikan di kalangan ahli waris.

    Faraid dari segi bahasa bermaksud ketetapan. Menurut istilah syarak pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah ditetapkan di bawah hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah atau layak (seperti anak, suami, isteri, ibu, bapa dan lain-lain). Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada berbentuk agama (seperti zakat, nazar dan lain-lain) atau hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.

    Ada tiga golongan ahli waris yang melayakkan mereka menerima harta pusaka, pertama, melalui hubungan keturunan, perkahwinan dan juga wala’ (hubungan kekeluargaan). Isteri termasuk dalam golongan waris yang layak menerima pusaka melalui hubungan perkahwinan

    Hibbah ialah anugerah, pemberian atau hadiah yang melibatkan suatu akad yang mengandungi pemberiaan hak milik oleh pemberi harta kepada seseorang secara rela hati semasa hayatnya atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan atau tukaran.

Read more: Soalan Lazim

  • Hits: 6439

Dasar Keselamatan

Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Dasar Keselamatan ICT v3.0
Memastikan Dasar Keselamatan ICT (DKCT) Versi 3.0 dipatuhi dan dikuatkuasakan di agensi.

Read more: Dasar Keselamatan

  • Hits: 2871

Dasar Privasi

DASAR PRIVASI

Privasi Anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari portal ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Apa Yang Akan Berlaku Jika Saya Membuat Pautan Kepada Laman Web Yang Lain?
Portal ini mempunyai pautan ke portal lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa portal yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap portal yang dilayari.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Read more: Dasar Privasi

  • Hits: 3468

Penafian

Jabatan Kehakiman Syariah Perak tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Bahasa Lain
Sila ambil perhatian bahawa Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Perak tidak menggunakan sebarang perisian pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer.

Jabatan Kehakiman Syariah Perak tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi daripada kandungan yang telah dialih bahasa menggunakan perisian pengalihbahasaan secara automatik. Kandungan rasmi hanya pada laman asal yakni dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Read more: Penafian

  • Hits: 2955

Sistem MySolve (Pendaftaran Cerai)

Sistem MySolve (Pendaftaran Cerai)

(untuk Orang Islam Sahaja)

Adalah satu sistem yang akan menyelesaikan Kes dalam tempoh 1 (SATU) HARI yang merangkumi perkara-perkara berikut:

  1. (Sistem Permohonan Pendaftaran Peceraian atau Cerai dengan Persetujuan Bersama)
  2. (Sistem Permohonan Pendaftaran Pengesahan Lafaz Cerai)

Sistem ini terbuka kepada orang ramai yang beragama ISLAM di Perak sahaja ingin berurusan dengan Mahkamah Syariah bagi kes-kes yang dinyatakan diatas. Pemantauan juga dilakukan oleh pihak pengurusan Jabatan Kehakiman Syariah Perak (JKSPk) dan kakitangan Mahkamah Syariah di setiap daerah pada setiap hari. Sistem ini juga membantu memudahkan pelanggan dan orang awam membuat pendaftaran Permohonan Cerai dan Permohonan Lafaz cerai dan tanpa perlu hadir ke Mahkamah berulangkali.

Ia juga dapat menjimatkan Kos dan Masa untuk berurusan di Mahkamah Syariah. Sistem ini juga membantu mempercepatkan proses permohonan berbanding Procedure biasa yang dilakukan sebelum ini. Pelanggan juga akan mendapatkan maklumbalas dengan cepat bagi setiap permohonan.

Sila gunakan Manual Pengguna yang disediakan sebagai panduan. Perkhidmatan secara atas talian (Online) JKSPk ini disediakan dengan kerjasama KPerak Corpration Anak Syarikat Kerajaan Negeri Perak

Syarat-Syarat Permohonan Pendaftaran Perceraian

  1. Pemohon/plaintif mestilah bermastautin di daerah yang berhampiran di Mahkamah Syariah.
  2. Lengkapkan saman/permohonan seksyen 47 (4 salinan) "Muat Turun Borang Seksyen 47" beserta Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Nikah/Sijil Rujuk;
  3. Bagi Kes Pengesahan lafaz cerai pula borang seksyen 57 diperlukan "Muat Turun Borang Seksyen 57".
  4. Jika alamat dalam Kad Pengenalan bukan berasal dari daerah berhampiran mahkamah, pengesahan pelu dilakukan mestilah lampirkan bersama pengesahan pemastautin di Mukim Berkenaan, daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan Dan Profesional, Penghulu Mukim @ pengesahan bekerja di daerah berkenaan daripada majikan;
  5. Bayaran pendaftaran permohonan sebanyak RM 50.00
  6. Plaintif dan Defenden MESTILAH sama-sama setuju bercerai cara baik.
  7. Berpakaian Kemas dan Menutup Aurat.

Makluman Tambahan

  1. Sekiranya tidak memperolehi maklumbalas selepas 3 hari dari tempoh permohonan dibuat pemohon perlu menghubungi pihak Mahkamah yang dipohon seperti di Nombor telefon yang dinyatakan;
  2. Pastikan KEHADIRAN kedua-dua pasangan pada tarikh yang ditetapkan sekiranya gagal pendaftaran akan dilakukan mengikut prosedure biasa;
  3. Pendaftaran sistem Mysolve akan terbatal secara "automatik" sekiranya pihak Plaintif dan Defenden GAGAL hadir pada tarikh yang ditetapkan dan perlu membuat permohonan semula.

Semakan secara online boleh dilayari melalui laman sesawang berikut :

http://mysolve.perak.my

Read more: Sistem MySolve (Pendaftaran Cerai)

  • Hits: 50636

Permohonan Pelajar Praktikal

Laman utama Sistem Permohonan Praktikal (JKSPk) ini menyediakan panduan pengguna bagi rujukan. Sila klik disini Manual Pengguna untuk membantu dalam mengisi borang permohonan online.

Perkhidmatan secara atas talian (Online) JKSPk ini disediakan dengan kerjasama Digital Perak Corpration Anak Syarikat Kerajaan Negeri Perak.

Pelajar boleh membuat permohonan secara online boleh dilayari melalui laman sesawang berikut :

Sistem Permohonan Praktikal

Read more: Permohonan Pelajar Praktikal

  • Hits: 5580

Pengiraan Faraid

Sabda Rasulullah SAW, "Hendaklah kamu mempelajari ilmu faraid dan ajarkannya. Kerana ia adalah separuh dari ilmu, ia akan dilupakan dan sesuatu yang mula sekali dacabut dari umatku."

Hadith riwayat al-Hakim & al-Baihaqi

Laman utama Sistem Pergiraan Faraid ini menyediakan panduan bagi pengguna untuk rujukan.

Sila klik disini Manual Pengiraan Faraid sebagai panduan anda dalam mengisi borang.

Perhidmatan Pengiraan Faraid di atas talian boleh menggunakan laman sesawang berikut sebagai rujukan

Jika anda mempunyai cadangan, masalah dan khidmat nasihat berkaitan faraid, pusaka, wasiat dah hibah. Sila hubungi :

Prof. Madya Dr Ahmad Abdul Majid
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

En. Khairil Anwar
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
04 653 4256

Rujukan

faraid.usm.my

Read more: Pengiraan Faraid

  • Hits: 23321

Semak Status Kes - MySMS 15888

Berikut adalah merupakan panduan untuk menyemak STATUS KES yang berkaitan dengan eSyariah di atas talian mengunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) ke 15888 seperti mana perkhidmatan yang telah disediakan dengan lebih cepat.

Cara menggunakan perkhidmatan ini adalah seperti berikut :

Langkah 1
Taipkan ditelefon bimbit ruangan SMS sebelum menghantar ke 15888
Contoh : JKSPK status 080011-024-0078-2014

Langkah 2
Hantarkan ke 15888

Langkah 3
Jawapan yang akan diperolehi akan dikenakan bayaran sebanyak RM 0.20 seperti gambar rajah disebelah.

  • MYSMS 1

  • MYSMS 2

  • MYSMS 3

Read more: Semak Status Kes - MySMS 15888

  • Hits: 8769

Direktori Mahkamah Syariah

  • Bahagian Khidmat Pengurusan

    Aras 3, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jalan Tan Sri Haji Harussani, 30100 Ipoh, Perak

    Tel: 05-5018400
    Faks: 05-5018522
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • Mahkamah Utama Syariah Perak

    Aras 5, Jalan Tan Sri Haji Harussani, 30100 Ipoh, Perak

    Tel: 05-5018400
    Faks: 05-5018523
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • Mahkamah Rayuan Syariah Perak

    Aras 5, Jalan Tan Sri Haji Harussani, 30100 Ipoh, Perak

    Tel: 05-5018400
    Faks: 05-5018523
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh

    Aras G, Pejabat Pendaftaran Mahkamah Syariah Perak, Jalan Tan Sri Haji Harussani, 30100 Ipoh, Perak

    Tel: 05-5018400
    Faks: 05-5018523
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • Mahkamah Rendah Syariah Ipoh

    Aras G, Pejabat Pendaftaran Mahkamah Syariah Perak, Jalan Tan Sri Haji Harussani, 30100 Ipoh, Perak

    Tel: 05-5018400
    Faks: 05-5018521
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • Mahkamah Syariah Kuala Kangsar

    Jalan Dato' Sagor, 33000 Kuala Kangsar, Perak

    Tel: 05-7771395
    Faks: 05-7776308
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • Mahkamah Syariah Gerik

    Kompleks Mahkamah Syariah Dan Pentadbiran Agama Islam, Batu 1 3/4, Jalan Intan, 33300 Gerik, Perak

    Tel: 05-7914876
    Faks: 05-7921109
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • Mahkamah Syariah Parit Buntar

    Jalan Sempadan, 34200 Parit Buntar, Perak

    Tel: 05-7171190
    Faks: 05-7163623
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • Mahkamah Syariah Taiping

    Jalan Muzium, 34000 Taiping, Perak

    Tel: 05-8066915
    Faks: 05-8089431
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • Mahkamah Syariah Teluk Intan

    Kompleks Pentadbiran Agama Islam Hilir Perak,
    Jalan Raja Muda Musa, 36000 Teluk Intan, Perak

    Tel: 05-6218878
    Faks: 05-6229348
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • Mahkamah Syariah Seri Iskandar

    Bandar Baru Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak

    Tel: 05-3716800
    Faks: 05-3716700
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • Mahkamah Syariah Tapah

    Jalan Temoh, 35000 Tapah, Perak

    Tel: 05-4032210
    Faks: 05-4032213
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • Mahkamah Syariah Manjung

    Jalan Lumut, 32040 Seri Manjung, Perak

    Tel: 05-6884926
    Faks: 05-6889271
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Read more: Direktori Mahkamah Syariah

  • Hits: 23864

Ibu Pejabat

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak

  • Jalan Tan Sri Haji Harussani,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Read more: Ibu Pejabat

  • Hits: 8166

Pengurusan Kes Jenayah

Kes Jenayah ialah kesalahan matrimonial dan kesalahan Syariah dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Perak) 1992, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Perak) 2004 dan Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004.

Proses Pengurusan

  • Proses utama pengurusan kes Jenayah akan bermula apabila pendakwa datang ke Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rendah Syariah untuk mendaftarkan kes.

  • Serentak dengan penerimaan pendaftaran, penjadualan kes akan dilakukan. Selepas itu kes tersebut akan disediakan dari segi fail kes, saman dan sebagainya. Kemudian kes disebut pada hari yang telah ditetapkan.
  • Selepas itu, perbicaraan penuh akan dijalankan iaitu setelah segala prosiding dilengkapkan pada hari-hari sebutan yang terdahulu.
  • Setelah perbicaraan kes selesai dijalankan, Mahkamah akan menguruskan pula perintah-perintah Mahkamah. Perintah akan diserahkan kepada pihak-pihak yang terlibat untuk tindakan pelaksanaan dan penguatkuasaan.
  • Akhirnya, Mahkamah juga akan menerima apa-apa rayuan yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang tidak berpuashati dengan keputusan yang telah diputuskan. Proses rayuan akan diuruskan sehingga kes rayuan didengar dan diputuskan.
  • Secara ringkasnya proses utama ini boleh dirujuk kepada Carta Aliran Kerja Proses Utama Pengurusan Kes Mal dan Jenayah.

Carta Aliran Kerja

Proses Utama Pengurusan Kes Mal dan Jenayah

  • Pendaftaran Kes

  • blank

  • arrow

  • blank

  • Penjadualan Kes

  • blank

  • arrow

  • blank

  • Penyediaan Kes

  • blank

  • arrow

  • blank

  • Sebutan Kes

  • blank

  • arrow

  • blank

  • Perbicaraan

  • blank

  • arrow

  • blank

  • Pengurusan Perintah dan Keputusan Kes

  • blank

  • arrow

  • blank

  • Penyerahan Dokumen Kes

  • blank

  • arrow

  • blank

  • Pelaksanaan Perintah

  • blank

  • arrow

  • blank

  • Pengurusan Proses Rayuan

Read more: Pengurusan Kes Jenayah

  • Hits: 5931

Pengurusan Kes Mal / Faraid

Kes Mal ialah tuntutan yang dibuat oleh pelanggan di Mahkamah Syariah yang berkaitan dengan hal-hal kekeluargaan dan harta benda terhadap sesuatu pihak yang lain.

Proses Pengurusan

  • Proses utama pengurusan kes Mal akan bermula apabila pelanggan datang ke Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rendah Syariah untuk mendaftarkan kes.
  • Serentak dengan penerimaan pendaftaran, penjadualan kes akan dilakukan. Selepas itu kes tersebut akan disediakan dari segi fail kes, saman dan sebagainya. Kemudian kes disebut pada hari yang telah ditetapkan.
  • Selepas itu, perbicaraan penuh akan dijalankan iaitu setelah segala prosiding dilengkapkan pada hari-hari sebutan yang terdahulu.
  • Setelah perbicaraan kes selesai dijalankan, Mahkamah akan menguruskan pula perintah-perintah Mahkamah. Perintah akan diserahkan kepada pihak-pihak yang terlibat untuk tindakan pelaksanaan dan penguatkuasaan.
  • Akhirnya, Mahkamah juga akan menerima apa-apa rayuan yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang tidak berpuashati dengan keputusan yang telah diputuskan. Proses rayuan akan diuruskan sehingga kes rayuan didengar dan diputuskan.
  • Secara ringkasnya proses utama ini boleh dirujuk kepada Carta Aliran Kerja Proses Utama Pengurusan Kes Mal dan Jenayah.

Carta Aliran Kerja

Proses Utama Pengurusan Kes Mal dan Jenayah

  • Pendaftaran Kes

  • blank

  • arrow

  • blank

  • Penjadualan Kes

  • blank

  • arrow

  • blank

  • Penyediaan Kes

  • blank

  • arrow

  • blank

  • Sebutan Kes

  • blank

  • arrow

  • blank

  • Perbicaraan

  • blank

  • arrow

  • blank

  • Pengurusan Perintah dan Keputusan Kes

  • blank

  • arrow

  • blank

  • Penyerahan Dokumen Kes

  • blank

  • arrow

  • blank

  • Pelaksanaan Perintah

  • blank

  • arrow

  • blank

  • Pengurusan Proses Rayuan

Read more: Pengurusan Kes Mal / Faraid

  • Hits: 10516

Mahkamah Rendah Syariah

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Ipoh

  • Tuan Mohd Hairuddin Nizam Bin Kamaruddin

    Mahkamah Rendah Syariah Ipoh 1

    Profil Hakim

  • Tuan Azman Bin Saad

    Mahkamah Rendah Syariah Ipoh 1

    Profil Hakim

  • Puan Hanim Binti Khairani

    Mahkamah Rendah Syariah Ipoh 2

    Profil Hakim

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Manjung

Tuan Ahmad Azaruddin Bin Binyamin

Mahkamah Rendah Syariah Manjung

Profil Hakim

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Taiping

Tuan Muhammad Faizal Bin Abdul Wahab

Mahkamah Rendah Syariah Taiping

Profil Hakim

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Parit Buntar

Tuan Lokaman Bin Hamzah

Mahkamah Rendah Syariah Parit Buntar

Mahkamah Rendah Syariah Parit Buntar

Profil Hakim

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gerik

Tuan Mohd Shamshir Bin Mat Lazim

Mahkamah Rendah Syariah Gerik

Mahkamah Rendah Syariah Gerik

Profil Hakim

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kuala Kangsar

Tuan Nor Azam Bin Omar

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Seri Iskandar

Tuan Mohd Azlan Bin Mohd Azhar

Mahkamah Rendah Syariah Seri Iskandar

Mahkamah Rendah Syariah Seri Iskandar

Profil Hakim

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Teluk Intan

Tuan Hj. Ahmad Jazman Bin Ulul Azmin

Mahkamah Rendah Syariah Teluk Intan

Mahkamah Rendah Syariah Teluk Intan

Profil Hakim

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Tapah

Tuan Muhammad Azriq Bin Ab Rahim

Mahkamah Rendah Syariah Tapah

Mahkamah Rendah Syariah Tapah

Profil Hakim

Penolong Pendaftar

Nama Penolong Pendaftar

Daerah

Puan Rohana binti Samsudin Mahkamah Rendah Syariah Ipoh
Encik Mohamad Idilfitri bin Redzuan Mahkamah Rendah Syariah Taiping
Encik Mohd Akhmal Hijaz bin Abd Azizis Mahkamah Rendah Syariah Manjung
Encik Mohd Asri bin Mohd Saleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Kangsar
Encik Muhammad Ikhram Ariff bin Zainal Abidin Mahkamah Rendah Syariah Teluk Intan
Puan Malawati binti Zailani Mahkamah Rendah Syariah Parit Buntar
Tuan Haji Mohd Hanafiah bin Idris Mahkamah Rendah Syariah Gerik
Encik Muhamad Fiqri Bin Zakaria Mahkamah Syariah Seri Iskandar
Puan Nabilah Huda binti Mustakim Mahkamah Rendah Syariah Tapah

Penubuhan Mahkamah Rendah Syariah

Mahkamah Rendah Syariah merupakan  mahkamah bawahan dalam sistem hirarki mahkamah Syariah di Negeri Perak. Mahkamah ini ditubuhkan dibawah seksyen 44 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 dan telah diwartakan penubuhannya di setiap daerah dalam Negeri Perak yang menjalankan fungsi kehakiman iaitu mendengar dan membicarakan kes-kes Mal dan Jenayah di seluruh daerah Negeri Perak.

Pada masa kini terdapat sepuluh (10) buah Mahkamah Rendah Syariah di seluruh daerah dalam Negeri Perak dan diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

Fungsi Mahkamah Rendah

  • Fungsi Mahkamah Rendah Syariah di dalam kes jenayah adalah :

    Bagi kes-kes jenayah, Mahkamah Rendah Syariah  adalah berfungsi membicarakan kesalahan-kesalahan yang diperuntukan  dibawah Enakmen Jenayah Syariah (Perak)  1992 atau apa-apa kesalahan yang diperuntukkan di bawah  undang-undang bertulis lain dan takat hukumannya adalah tidak lebih dari RM 3000,00 dan penjara tidak kurang dari 2 tahun sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 16 (2)(a) Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018.

  • Fungsi Mahkamah Rendah Syariah di dalam kes mal adalah :

    Bagi kes-kes Mal, ia berfungsi mendengar kes-kes dalam senarai yang mahkamah Tinggi Syariah mempunyai bidangkuasa namun terhad kepada tuntutan-tuntutan mal dibawah nilaian RM 300,000.00 dan bagi kes-kes yang tidak dapat dianggarkan dengan nilai. ia tidak mempunyai kuasa mendengar kes-kes seperti seperti hadanah, hibah, wasiat, wakaf, nazar, amanah khairat dan agama dan amanah bukan khairat, penjagaan harta kanak-kanak atau harta sepencarian.sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 16 (2)(b) Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018.
    Bagi kes-kes tuntutan faraid, Mahkamah Rendah Syariah berfungsi untuk mengendalikan  tuntutan dan mengeluarkan perintah faraid bagi kes-kes dibawah nilaian RM 300,000.00.

Read more: Mahkamah Rendah Syariah

  • Hits: 23503

Mahkamah Tinggi Syariah

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah

  • Y.A Tuan Mohammad Esham Bin Abdul Samad

    Y.A Tuan Mohammad Esham Bin Abdul Samad

    Profil Hakim

  • Y.A Tuan Mohd Ghazali Bin Zakaria

    Y.A Tuan Mohd Ghazali Bin Zakaria

    Profil Hakim

  • Y.A Tuan Haji Mohd Ridzuan Bin Yusof

    Y.A Tuan Haji Mohd Ridzuan Bin Yusof

    Profil Hakim

Pendaftar  Mahkamah Tinggi Syariah

Tuan

Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah

Fungsi Mahkamah Tinggi

  • Mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Perak, dalam bidang kuasa Jenayahnya membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen ini, atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang sedang berkuatkuasa dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan baginya.

  • Mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Perak dalam bidang kuasa Malnya,"Mahkamah Tinggi Syariah" hendaklah :-

    Dalam bidang kuasa Malnya, mendengar dan memutuskan atau membuat apa-apa perintah berkenaan semua tindakan dan prosiding yang berkaitan Agama Islam atau 'Adat Melayu Perak' dan termasuklah:

    • Pertunangan, perkahwinan, penceraian, pembatalan perkahwinan (fasakh), atau perpisahan (farak);
    • Apa-apa pelupusan atau tuntutan kepada harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subperenggan (i)
    • Nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan atau jagaan (hadhanah) budak-budak;
    • Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;
    • Wasiat atau pemberian seseorang dalam keadaan maradhul maut;
    • Hibah;
    • Wakaf dan nazar;
    • Pembahagian dan perwarisan harta berwasiat atau tak berwasiat;
      Menentukan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati dan bahagian-bahagian orang itu masing-masing berhak; dan
    • Perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasakuasa diberi oleh mana-mana undang-undang bertulis.
  • Mempunyai bidang kuasa rayuan terhadap kes-kes dari Mahkamah Rendah Syariah dalam perkara Jenayah. “Dalam mana-mana rayuan, Mahkamah Tinggi Syariah boleh :-

    • Dalam perkara Jenayah, menolak rayuan, mensabitkan dan menghukum pihak yang merayu, memerintahkan Mahkamah perbicaraan memanggil pembelaan atau membuat siasatan lanjut, menambah atau meminda bentuk hukuman, memerintahkan perbicaraan semula, atau meminda, atau mengakaskan apa-apa perintah Mahkamah perbicaraan;”
  • Mempunyai bidang kuasa rayuan terhadap kes-kes dari Mahkamah Rendah Syariah dalam perkara Mal, “Dalam mana-mana rayuan, Mahkamah Tinggi Syariah boleh :-

    • Dalam perkara Mal, mengesahkan, mengakaskan, atau mengubah keputusan Mahkamah perbicaraan, menjalankan mana-mana kuasa yang boleh dijalankan oleh Mahkamah perbicaraan, membuat apa-apa perintah yang sepatutnya dibuat oleh Mahkamah perbicaraan atau memerintahkan perbicaraan semula.

    Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas semua Mahkamah Rendah Syariah dan boleh, jika nampaknya dikehendaki demi kepentingan keadilan, samada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, samada Mal atau Jenayah, dalam mana-mana Mahkamah Rendah Syariah, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod mengenainya dan boleh memberikan apa-aoa arahan yang dikehendaki demi keadilan.

Read more: Mahkamah Tinggi Syariah

  • Hits: 16002

Mahkamah Rayuan Syariah

Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah

Profil

Y.A DATO’ HAJI ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF

KELULUSAN 

  1. Ijazah Syariah Dan Undang-Undang, Universiti Islam Sumatera Utara, Medan, Indonesia.
  2. Ijazah Syariah Dan Undang-Undang, Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir.
  3. Diploma Lanjutan Pentadbiran Dan Kehakiman Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

 PENGALAMAN KERJAYA

Tahun

Perkara

1980 – 1983

Pegawai Hal Ehwal Islam Perak (Qadhi), Ibu Pejabat Di Jabatan Agama Islam Perak Di Ipoh. 

Merangkap Setiausaha Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak

1983 - 1984

Pegawai Hal Ehwal Islam Perak (Qadhi), Jabatan Agama Islam Perak Di Daerah Teluk Intan.

Merangkap Setiausaha Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

1984 - 1985

Pegawai Hal Ehwal Islam Perak (Qadhi), Jabatan Agama Islam Perak Di Ipoh. 

Merangkap Setiausaha Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

1985 - 1990

Ketua Bahagian Penguatkuasa Dan Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Perak Di Ipoh. 

1990 - 1993

Hakim Mahkamah Syariah Perak (Hakim Litar Di Daerah Selatan - Ipoh, Teluk Intan, Tapah Dan Slim River)

1994 - 1995

Ketua Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Perak.

1996 - 2000

Ketua Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Perak.

2001

Bersara Wajib

2006 - 2011

Ketua Hakim Syarie/Ketua Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak (Lantikan Secara Kontrak)

2011- 2018

2019 - Kini

Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Perak

Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah Perak

Hakim Mahkamah Rayuan Syariah

  • Y.A Tuan Haji Mohammad Taifor Bin Ahmad Rusdi

    Y.A Tuan Haji Mohammad Taifor Bin Ahmad Rusdi

    Profil Hakim

  • Y.A Dato’ Haji Muhamad Asri Bin Haji Abdullah

    Y.A Dato’ Haji Muhamad Asri Bin Haji Abdullah

    Profil Hakim

  • Y.A Dato' Mohd Amran Bin Mat Zain

    Y.A Dato' Mohd Amran Bin Mat Zain

    Profil Hakim

  • Y.A Datuk Haji Mohd Radzi Bin Hj Abd Latif

    Y.A Datuk Haji Mohd Radzi Bin Hj Abd Latif

    Profil Hakim

  • Y.A Dato’ Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid

    Y.A Dato’ Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid

    Profil Hakim

Penubuhan Mahkamah Rayuan

Seksyen 44 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) (Pindaan) 2018 “Duli Yang Maha Mulia Sultan, selepas berunding dengan Majlis, boleh melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan suatu Mahkamah Rayuan Syariah bagi Negeri Perak Darul Ridzuan.”

Fungsi Mahkamah Rayuan

  • Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan Mahkamah Tinggi Syariah dalam bidang kuasa asal atau bidang kuasa rayuannya.
  • Apabila suatu rayuan daripada sesuatu keputusan Mahkamah Rendah Syariah telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh atas permohonan mana-mana pihak di hadapan seorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, memberikan kebenaran untuk diputuskan olehnya sendiri apa-apa persoalan undang-undang berkepentingan awam yang telah timbul dalam penjalanan rayuan itu dan yang keputusannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah menyentuh keputusan rayuan itu.
  • Apabila kebenaran telah diberikan oleh Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah itu hendaklah mendengar dan memutuskan persoalan yang dibenar dirujukkan bagi keputusannya dan membuat apa-apa perintah yang boleh dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dan yang difikirkannya adil bagi penyelesaian rayuan itu.
  • Dalam apa-apa prosiding yang belum selesai di hadapan Mahkamah Rayuan Syariah apa-apa arahan yang bersampingan dengannya yang tidak melibatkan keputusan prosiding itu, apa-apa perintah interim bagi mengelakkan kemudaratan pada tuntutan pihak sementara menunggu pendengaran prosiding itu, apa-apa perintah bagi jaminan kos dan bagi pembuangan sesuatu prosiding atas keingkaran memberikan jaminan yang diperintahkan sedemikian boleh dibuat pada bila-bila masa oleh seorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.
  • Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas Mahkamah Tinggi Syariah dan boleh, jika didapati perlu olehnya demi kepentingan keadilan, sama ada atas usulnya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah, dalam Mahkamah Tinggi Syariah, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod tentang perkara atau prosiding itu dan boleh memberikan apa-apa arahan yang dikehendaki demi keadilan.

Read more: Mahkamah Rayuan Syariah

  • Hits: 12693

Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI)

Agensi ini belum lagi melaksanakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI).

Jika anda mempunyai sebarang permohonan untuk mendapatkan maklumat mengenai Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak, sila berbuat demikian dengan mengisi Borang Permohonan Maklumat secara dalam talian (online).

Setiap maklumbalas dan aduan yang diterima akan diproses dan dijawab dalam tempoh 7 hari bekerja.

Terima kasih.

Read more: Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI)

  • Hits: 654

Data Terbuka

Data Terbuka # Muat Turun
Statistik Kes Sistem Pendaftaran Kes Mahkamah Syariah Negeri Perak 1
Direktori Mahkamah Syariah Negeri Perak 2
Senarai Peguam-Peguam Syarie Negeri Perak 3

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat seperti di bawah.

1. PENGGUNAAN DATA DI BAWAH TERMA INI
Pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.

2. PENGGUNA BOLEH MELAKSANAKAN PERKARA YANG BERIKUT:

  1. Salin, terbit, edar dan pindah data;
  2. Adaptasi data;
  3. Guna data secara komersial dan tidak komersial; dan
  4. Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi.


3. SEKIRANYA MELAKSANAKAN MANA-MANA DARIPADA YANG DINYATAKAN PADA PARA 2, PENGGUNA HENDAKLAH:

  1. Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilik data;
  2. Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini; dan
  3. Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna hendaklah menggunakan pernyataan seperti yang berikut: "Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia 1.0"


4. PENGECUALIAN
Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap:

  1. Data peribadi;
  2. Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data;
  3. Logo organisasi sektor awam atau jabatan;
  4. Lambang diraja dan lambang tentera;
  5. Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya;
  6. Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk; dan
  7. Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.


5. TIADA JAMINAN

  1. Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data; dan
  2. Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak memberikan jaminan data disediakan secara berterusan.


6. UNDANG-UNDANG
Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

Sumber : data.gov.my

Read more: Data Terbuka

  • Hits: 3284

Sistem Kualiti

  • Beriltizam dalam melaksanakan keadilan dengan memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan bernilai tambah.
  • Menambahbaik kualiti perkhidmatan secara berterusan.
  • Melebihi kepuasan pelanggan tanpa menyanggahi prinsip keadilan yang ditentukan oleh hukum syara’ dan peruntukan perundangan.
  • Menghayati dan melaksanakan sistem pengurusan kualiti yang mematuhi keperluan standard, panduan dan amalan terbaik antarangbangsa bersesuaian dengan hukum syara’ dan peruntukan perundangan.

Read more: Sistem Kualiti

  • Hits: 522

Pencapaian Piagam Pelanggan

  • Penetapan tarikh sebutan kes pada hari yang sama

    100%

  • Sebutan kes kali pertama dalam tempoh 21 hari dari tarikh daftar

    100%

  • Penyelesaian kes Mal semasa

    77%

  • Penyelesaian kes tertunggak

    76%

  • Pendengaran kes rayuan

    75%

  • Siasatan dan tindakan aduan pelanggan dalam tempoh 14 hari

    100%

**Nota Makluman : Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan Kehakiman Syariah Perak diukur secara berkala setiap 6 bulan sekali iaitu pada Bulan Jun (Semakan Laporan Julai) dan Disember (Semakan Laporan Januari) atau mengikut perubahan.

Read more: Pencapaian Piagam Pelanggan

  • Hits: 2718

Piagam Pelanggan

  • Menetapkan tarikh sebutan /bicara semasa hari Pendaftaran.
  • Menyebut/membicarakan sesuatu kes Mal dan Jenayah dalam masa 21 hari selepas di daftarkan.
  • Menyelesaikan kes Mal dan Jenayah dalam setahun sekurang-kurangnya 65% daripada kes Mal dan Jenayah yang didaftarkan.
  • Menyelesaikan kes Mal dan Jenayah yang tertunggak sebelum tahun semasa sekurang-kurangnya 65%.
  • Menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas setiap aduan pelanggan yang diterima dalam tempoh 14 hari berkerja dari tarikh aduan diterima.
  • Pendengaran pertama sesuatu kes rayuan didengar dalam masa 30 hari selepas naskah rekod rayuan diterima daripada Mahkamah yang keputusannya dibuat.

Read more: Piagam Pelanggan

  • Hits: 4168

Perutusan Ketua Hakim Syarie

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Semoga anda berada dalam rahmat dan inayah Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan sentiasa terhindar dari wabak Virus Covid-19. Selamat datang saya ucapkan kepada anda yang melayari Portal Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Perak (JKSPk).

Pengunjung yang saya hormati,

Saya mengucapkan terima kasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa melayari portal rasmi ini. Diharapkan agar portal ini dapat menjadi wadah kepada anda untuk mendapatkan info berkaitan pengurusan pentadbiran dan kehakiman JKSPk dan Mahkamah Syariah Negeri Perak.

Pada dasarnya, JKSPk berperanan untuk menguruskan kes-kes melibatkan hal ehwal orang Islam  yang berbidangkuasa di dalam Negeri Perak mengikut hukum syarak dan undang-undang. Sehubungan itu, JKSPk sentiasa komited dalam usaha untuk menambah baik mutu perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan kami dan masyarakat umumnya. Saya berharap agar semua pengunjung dan warga JKSPk dapat memanfaatkan sepenuhnya informasi serta capaian perkhidmatan yang disediakan dalam portal ini. Selain itu, sebarang maklumbalas, cadangan penambahbaikan terhadap portal JKSPk ini amat saya alu-alukan demi kepentingan bersama. Tambahan lagi dalam era modenisasi dan pendigitalan jabatan dan agensi  kerajaan, semua maklumat berada di hujung jari. Pelanggan JKSPk bukan sahaja boleh mengakses maklumat yang diperlukan, malah boleh memuat turun dokumen dan informasi yang dikehendaki. Urusan yang berkenaan juga boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian yang pastinya akan memudahkan semua pelanggan kami.

Akhir kalam, saya selaku Ketua Hakim Syarie dan Ketua Jabatan Kehakiman Syariah Perak akan sentiasa berusaha untuk memastikan Visi, Misi dan Objektif JKSPk dapat dicapai mengikut perancangan yang  telah disusun.

Selamat melayari Portal Rasmi JKSPk.

Sekian, terima kasih.

YAA Dato' Haji Ab Rahman Thobroni Bin Haji Mohd Mansor
Ketua Hakim Syarie dan Ketua Jabatan
Jabatan Kehakiman Syariah Perak.

Read more: Perutusan Ketua Hakim Syarie

  • Hits: 4269

Profil Ketua Pendaftar

Ketua Pendaftar

TUAN MUHAMMAD FAUZI BIN UZIR ABD WAHAB

Ketua Pendaftar / CIO,
Jabatan Kehakiman Syariah
Negeri Perak Darul Ridzuan

Profil Ketua Pendaftar

KELULUSAN : 

  1. IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH & UNDANG-UNDANG   (Major)  UNIVERSITI MALAYA
  2. DIPLOMA LEPASAN IJAZAH SYARIAH & AMALAN (DSLP)
  3. UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIA)
  4. SARJANA UNDANG-UNDANG (Ll.M), UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
  5. CERTIFIED OF MEDIATION (The Accord Group) Australia.

Pengalaman Kerjaya

TAHUN

PERKARA

2005

PELATIH UNDANG-UNDANG, TETUAN  AMLI & NONEE, KUALA LUMPUR

2006

PEGAWAI TADBIR, MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT MELAYU PERAK

2007

PEGAWAI SULH, MAHKAMAH RENDAH SYARIAH TAPAH

2008

HAKIM SYARIE, MAHKAMAH RENDAH SYARIAH TAPAH

2010

HAKIM SYARIE, MAHKAMAH RENDAH SYARIAH PARIT BUNTAR

2015

HAKIM SYARIE, MAHKAMAH RENDAH SYARIAH MANJUNG

2016

KETUA UNIT DASAR/PEGAWAI PENYELIDIK, KETUA HAKIM SYARIE,

2020

KETUA PENDAFTAR, JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERAK

Bahagian Khidmat Pengurusan

1. Unit Pentadbiran

Fungsi

Unit Pentadbiran berfungsi bagi menguruskan hal-hal berkaitan pengurusan sumber manusia, mengurus selia penganjuran majlis-majlis rasmi, menyediakan kursus-kursus yang bersesuaian dengan kompentasi pegawai dan kakitangan.


3. Unit Kewangan

Fungsi

Unit Kewangan mengawal, mengurus dan mentadbir perbelanjaan belanja mengurus serta pembayaran.


5. Unit Rekod

Fungsi

Unit Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Perak (JKSPk) telah diwujudkan melalui waran perjawatan Bil. A62 tahun 2008 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Unit rekod JKSPk mula beroperasi sepenuhnya setelah pengisian dan penempatan 2 jawatan iaitu LS27 dan LS17 di setiap JKSN/MSN pada April 2009.
Antara fungsi dan peranan Unit Rekod adalah mewujudkan dan melaksanakan sistem pengurusan rekod yang sistematik, teratur dan efisyen berdasarkan perundangan dan peraturan yang telah ditetapkan. Memberi khidmat nasihat kepada warga Jabatan mengenai pengurusan rekod jabatan yang lebih sistematik dan berkesan serta bertanggungjawab memastikan keseragaman pelaksanaan pengurusan rekod, menyelaras dan menambah baik pelaksanaan pengurusan rekod secara berterusan.

Unit Rayuan

Fungsi

Unit Rayuan adalah berfungsi mengendalikan dan menguruskan pendaftaran kes-kes di Mahkamah Utama Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Unit ini juga bertanggungjawab untuk menyusun jadual pendengaran kes rayuan dan menjadi urusetia perjalanan persidangan kes di kedua-dua Mahkamah tersebut. Unit ini diketuai oleh Ketua Pendaftar dan dibawahnya ada seorang Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Penolong Pendaftar Tinggi dan Pembantu Pendaftar Tinggi Mahkamah Utama dan Pembantu Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah.


2. Unit Pembangunan

Fungsi

Unit Pembangunan sentiasa menyelaras, mengawal selia dan memantau pengoperasian dan penyelenggaraan bangunan ibu pejabat dan daerah-daerah. Unit ini juga mengawal dan memantau tahap keselamatan bangunan serta kebersihan persekitaran bangunan ibu pejabat dan daerah-daerah.


4. Unit ICT

Fungsi

Merancang, menyelaras dan menguruskan perkhidmatan ICT di jabatan.


6. Unit Aset

Fungsi

Unit Aset berfungsi dalam pengurusan penerimaan, pendaftaran, pemeriksaan, verifikasi, penyelenggaraam dan pelupusan bagi aset alih dan tak alih.


Unit Sulh

Fungsi

Unit Sulh merupakan satu unit yang diwujudkan yang memainkan peranan menyelaraskan perjalanan Majlis Sulh, proses dan aktiviti di seluruh Mahkamah Syariah Negeri Perak. Sulh merupakan perantaraan diantara pihak-pihak yang bertikai secara professional dan terpimpin yang diketuai oleh Pegawai Sulh berdasarkan prosedur tertentu dengan objektif menyelesaikan pertikaian tanpa melalui perbicaraan di hadapan Hakim. Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit Sulh dan tujuh (7) orang yang menjalankan Majlis Sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Perak dan Mahkamah Rendah Syariah Perak. Berdasarkan peruntukan undang-undang, Majlis Sulh menggunapakai Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Perak), Kaedah Sulh, Manual Sulh dan Arahan Amalan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.


Read more: Profil Ketua Pendaftar

  • Hits: 8466

Pengenalan

Sejarah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak

Mahkamah Syariah Era Kesultanan Melayu

Di zaman Kesultanan Melayu, keadilan telah di laksanakan di Mahkamah Syariah dengan di adakan Rayuan Sultan. Keadaan ini kekal sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah. Undang-undang Islam telah dilaksanakan di dalam semua bidang yang meliputi Undang-undang Keluarga, Jenayah, Undang-undang Tanah dan Mal.

Bermula daripada Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 hinggalah kepada penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, suatu ketetapan telah disepakati secara bersama bahawa segala perkara berhubung Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Melayu hendaklah berada di bawah bidangkuasa Raja Melayu. Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan yang telah diamalkan sehingga ke tahun 1900 tidak dapat dipastikan dengan tepat tarikh permulaan kuatkuasa undang-undang tersebut.

Adalah dipercayai bahawa undang-undang itu telah mula dilaksanakan semenjak pemerintahan al-Marhum Sultan Idris Murshidul A’azam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar iaitu pada tahun 1887 hingga 1916. Undang-undang Perak atau juga dikenali sebagai Undang-undang 99 Perak kerana mengandungi 99 perkara undang-undang dalam pelbagai aspek.

Antara perkara yang terkandung dalam Undang-undang 99 Perak ialah :

  • Tugas serta tanggungjawab pemerintah : merangkumi peranan seorang Raja atau Sultan atau Yang Di-Pertuan Agong dalam sektor pemerintahan serta para-para pembesar yang menjadi tulang belakang dalam tampuk pemerintahan.
  • Peraturan Adat Istiadat : sebagai contoh Adat menghadap Raja, Adat perlantikan Raja, Adat Berbahasa semasa berada dalam istana dan sebagainya.
  • Perkara-perkara yang berkaitan dengan jenayah : contohnya; mencedera, membunuh, mencuri dan sebagainya.
  • Perkara-perkara yang berkaitan dengan hal kekeluargaan : contohnya; perkahwinan, penceraian, pemahagian harta dan sebagainya.

Profil Jabatan

Mengikut peruntukan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam(Perak) 1992,[Enakmen Perak Jil. 46,Bil 4 Tahun 1993], Mahkamah Syariah di dalam negeri ini diwujudkan dalam tiga peringkat,iaitu;

  1. Mahkamah Rayuan Syariah
  2. Mahkamah-mahkamah Tinggi Syariah
  3. Mahkamah Rendah Syariah Daerah-daerah

Ketiga-tiga peringkat Mahkamah Syariah yang tersebut itu, diwujudkan melalui sebuah jabatan yang dikenali dengan nama Jabatan Kehakiman Syariah Perak.

  • Daerah Mahkamah Tinggi Syariah Perak

  • Daerah Mahkamah Rendah Syariah Perak

Bidang Kuasa Mahkamah

Setiap hirarki Mahkamah Syariah Negeri Perak mempunyai bidangkuasa sebagaimana yang telah diperuntukkan oleh Undang-undang seperti berikut:

MAHKAMAH UTAMA SYARIAH

  • Berdasarkan seksyen 29(1) Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018, Mahkamah Utama Syariah berbidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan Mahkamah Rayuan Syariah dalam bidang kuasa rayuannya berkenaan apa-apa perkara yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam bidang kuasa asalnya.
  • Seksyen 30(1) Mahkamah Utama Syariah berbidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan kebenaran merayu apa-apa persoalan undang-undang berkepentingan awam yang telah timbul dalam penjalanan rayuan itu dan yang keputusannya oleh Mahkamah Rayuan Syariah telah menyentuh keputusan rayuan itu.

 MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH

  • Berdasarkan seksyen 22(1) Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018, Mahkamah Rayuan Syariah berbidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan Mahkamah Tinggi Syariah dalam bidang kuasa asal atau bidang kuasa rayuannya
  • Seksyen 23(1) Mahkamah Rayuan Syariah berbidangkuasa untuk memberikan kebenaran merayu terhadap apa-apa persoalan undang-undang berkepentingan awam yang telah timbul dalam penjalanan rayuan itu dan yang keputusannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah menyentuh keputusan rayuan itu.
  • Seksyen 24(1) memperuntukkan bidangkuasa Mahkamah Rayuan Syariah kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas Mahkamah Tinggi Syariah dan boleh, jika didapati perlu olehnya demi kepentingan keadilan, sama ada atas usulnya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah.

 MAHKAMAH TINGGI SYARIAH

  • Berdasarkan seksyen 17(1) Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018,Bidangkuasa asal Mahkamah Tinggi Syariah adalah sebagaimana berikut:
  • (a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004 [Enakmen Bil. 6 tahun 2004] atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap perintah-perintah agama Islam, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu;
  • (b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu ialah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubung dengan—
  • (i) pertunangan, perkahwinan, rujuk, perceraian, pembatalan perkahwinan (fasakh), nusyuz,pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara suami dan isteri;
  • (ii) apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subperenggan (b)(i);
  • (iii) nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan atau penjagaan atau jagaan (hadanah) kanak-kanak;
  • (iv) pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;
  • (v) wasiat atau hibah semasa marad-al-maut;
  • (vi) hibah atau pemberian atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang oleh seorang orang Islam;
  • (vii) wakaf atau nazar;
  • (viii) pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat;
  • (ix) penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak;
  • (x) amanah khairat dan agama dan amanah bukan khairat;
  • (xi) Zakat, Fitrah dan sumber am Baitulmal;
  • (xii) masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam;
  • (xiii) penjaga harta bagi kanak-kanak;
  • (xiv) perisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam;
  • (xv) perisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu ialah seorang Islam atau sebaliknya pada masa kematiannya; dan
  • (xvi) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan atau mana-mana undang-undang bertulis; dan
  • seksyen 17(1)(c), memperuntukkan kuasa Mahkamah Tinggi Syariah untuk memberi kebenaran dan mendengar permohonan semakan kehakiman ke atas keputusan yang dibuat oleh pihak-pihak berkuasa awam yang menjalankan fungsi di bawah undang-undang yang Mahkamah Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa demi kepentingan keadilan.
  • Seksyen 18(1), Mahkamah Tinggi Syariah berbidangkuasa untuk mendengar rayuan daripada apa-apa keputusan sesuatu Mahkamah Rendah Syariah—

       (a) dalam bidang kuasa jenayahnya, oleh pendakwa atau oleh orang yang telah disabitkan, dan rayuan itu boleh sama ada terhadap pembebasan, sabitan atau hukuman atau mana-mana daripadanya;
       (b) dalam bidang kuasa malnya—
       (i) oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu, jika amaun yang dituntut itu tidak kurang daripada tiga ribu ringgit;
      (ii) dalam semua kes yang melibatkan apa-apa keputusan mengenai taraf diri, oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu; dan
     (iii) dalam semua kes yang berhubungan dengan nafkah orang-orang tanggungan, oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu, tetapi tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan yang telah dibuat dengan persetujuan;

  • Seksyen 18(1)(c) Mahkamah Tinggi Syariah berbidangkuasa terhadap permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu dalam apa-apa kes lain.
  • Seksyen 20(1), Mahkamah Tinggi Syariah berbidangkuasa untuk mendengar kes Perakuan pewarisan jika dalam penjalanan mana-mana prosiding yang berhubungan dengan pentadbiran atau pembahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam, mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa, selain Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah, mempunyai kewajipan untuk menentukan—
  • (a) orang yang berhak mendapat bahagian dalam harta pusaka itu; atau
  • (b) bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak.

      memperakukan fakta-fakta yang didapati oleh Mahkamah Syariah itu dan pendapatnya tentang orang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka itu dan tentang bahagian-bahagian yang padanya masing-masing orang itu berhak.

  • Seksyen 21(1) Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas semua Mahkamah Rendah Syariah dan boleh, jika didapati perlu demi kepentingan keadilan, sama ada atas usulnya sendiri atau atas kehendak manamana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah, dalam mana-mana Mahkamah Rendah Syariah, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod tentang perkara atau prosiding itu dan boleh memberikan apa-apa arahan yang dikehendaki demi keadilan.                                                       

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH

  • Berdasarkan seksyen 16(1) Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018 Mahkamah Rendah Syariah mempunyai Bidang kuasa :
  • (a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam di bawah Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004 [Enakmen Bil. 6 tahun 2004] atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap perintah-perintah agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis lain itu tidak melebihi tiga ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh dua tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu; dan
  • (b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang tetapi tidak termasuk tuntutan hadanah, hibah, wasiat, wakaf, nazar, amanah khairat dan agama dan amanah bukan khairat, penjagaan harta kanak-kanak atau harta sepencarian.

Read more: Pengenalan

  • Hits: 7396

Perutusan Ketua Pendaftar / CIO

Alhamdulillah selautan syukur di puncak nikmat iman dan Islam Tuhan Rabbul A'lamin yang menganugerahkan kesempatan kepada kita. Bertitik tolak dari keredhaan dan keberkatanNya kita masih lagi melayari bahtera kehidupan dengan segala nikmat yang dilimpahkan.

Dikesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada Unit ICT JKSPk yang bertungkus lumus menjayakan hasrat jabatan merekayasa kembali informasi jabatan sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat mutakhir.

Sehala dengan visi dan misi jabatan ini, marilah bersama sama kita realisasikannya dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dan pengetahuan kita supaya kita mampu membantu dan menjadi rujukan kepada masyarakat. Modal insan yang kita lahirkan dari jabatan ini mestilah berkompetensi dan mampu menatang hasrat jabatan memartabatkan perundangan syariah kearah lebih global, Sebagai penjawat awam khasnya di bidang perundangan, banyak yang perlu dipertimbangkan. Bukan dengan akal dan pemikiran sahaja, tetapi juga dengan hati dan perasaan. Kekadang logik itu menyakitkan. Kekadang emosi itu lepas dari kendali realiti dan kenyataan. Pohon hidayah Allah juga untuk membuat keputusan yang tepat dan tindakan yang paling bermanfaat.

Seseorang dikira sampai ke tahap ilmu yang sempurna apabila dia terus belajar. Rasa tidak berilmu ialah sifat utama orang berilmu. Semakin kita belajar, terasa semakin banyak perkara yang tidak kita ketahui. Inilah sifat sejati orang berilmu.Walau sebanyak mana pun ilmu yang telah digali oleh manusia, hakikatnya masih sekelumit dibandingkan dengan ilmu Allah yang melangit.

Justeru, sebanyak mana pun dan setinggi mana pun ilmu yang dimiliki seseorang, dia sewajarnya terus merendahkan diri kepada Allah. Di antara tanda orang yang merendah diri dengan Allah itu, dia juga akan merendah diri sesama manusia. Harapan saya cuma satu, semoga kita istiqamah di jalan mujahadah ini. Apapun terjadi, kita terus mendaki. Tidak kira berapa kali kita jatuh, namun kita pasti bangkit kembali. Di hati kita. kita akan terus berusaha untuk mendidik diri. Marilah kita bersama saling kuat menguatkan, doa mendoakan, ingat mengingatkan, dengan sifat kasih dan mengasihi.

Walau kita punya pendapat dan teori yang berbeda, tetapi kesatuan cita-cita dan rasa… membentuk satu talian yang sukar diberi nama tetapi sangat tinggi makna. Apa lagi kalau bukan kasih mengasihi kerana Allah. Semoga JKSPk terus maju jaya didalam menjana kehakiman syariah, pentadbiran, kewangan, pembangunan dan pengurusan teknologi maklumat yang lebih berkesan, efisien dan memberi manfaat kepada ummah.
Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"SYARIAH ASAS KEADILAN"

Tuan Hj. Ab. Rahman Thobroni bin Mohd Mansor

Ketua Pendaftar / CIO,
Jabatan Kehakiman Syariah
Negeri Perak Darul Ridzuan

Read more: Perutusan Ketua Pendaftar / CIO

  • Hits: 1118
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Jalan Tan Sri Haji Harussani,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 24/04/24 • Jumlah Pelawat : 21286928