Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Keratan Akhbar

09 April 2018

06-04-2018 : Selesaikan cepat isu gantung tak bertali



Oleh Halina Mohd Noor
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, berkata buat masa ini, isu lambakan dan kelewatan kes perceraian serta tuntutan hadanah masih boleh diselesaikan di peringkat pentadbiran sahaja.

Katanya, secara teori, mahkamah syariah mampu memberikan pengkhususan hakim tertentu untuk mengendalikan kategori kes tertentu.

 "Sebagai sahabat Mahkamah Syariah, PGSM bersedia berbincang dengan pihak kerajaan berkaitan peranan boleh dimainkan oleh peguam syarie untuk membantu mencapai matlamat penubuhannya itu.

"Saya mencadangkan pelaksanaan mahkamah dilaksanakan di Wilayah Persekutuan dahulu, sebelum diperluaskan di seluruh negara, " katanya. 

Beliau mengulas pengumuman penubuhan mahkamah khas terbabit yang beroperasi serta-merta sebaik sahaja diisytiharkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kelmarin.

Penubuhan itu bertujuan mempercepatkan penyelesaian masalah perkahwinan dan perceraian difailkan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan sekali gus mengurangkan kes isteri gantung tidak bertali.

Penolong Pengarah Kanan (Syariah), Jabatan Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Akmalluddin Ilyas, berkata pengkhususan fungsi mahkamah itu membolehkan tuntutan kes hadanah diputuskan dengan cepat.

"Secara peribadi saya bersetuju penubuhan itu. Cuma pelanggan kena faham walaupun ada mahkamah khas tidak semestinya kes dapat diselesaikan dalam masa terlalu singkat.

"Ini disebabkan mahkamah juga ada prosedur atau tatacara yang perlu diikuti sebelum membuat keputusan," katanya.

Persetujuan perbincangan antara pihak dalam majlis sulh sebenarnya adalah cara yang paling berkesan untuk kes diselesaikan dalam masa singkat.

Sekiranya tanpa persetujuan, baharu kes itu dipanjangkan untuk dibicarakan. Biasanya mengambil masa dua sehingga empat bulan jika mahkamah menetapkan tarikh singkat untuk perbicaraan.

"Hadanah adalah kes di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi yang juga mengendalikan kes lain. Ini menyebabkan jarak penangguhan tarikh bicara bagi kes hadanah lama antara satu tarikh bicara ke satu tarikh bicara lain" katanya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2018/04/408323/selesaikan-cepat-isu-gantung-tak-bertali

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Jalan Tan Sri Haji Harussani,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 24/04/24 • Jumlah Pelawat : 21286928