Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Keratan Akhbar

31 January 2018

30-01-2018 : Kaji semula enakmen pengislaman mualaf - JAIJ



Katanya pernah satu peringkat dulu dibincangkan supaya sebelum salah satu pihak memeluk Islam, mereka perlu menyelesaikan tuntutan dengan pendaftar pernikahan.

“Sebelum ini ada perbincangan supaya sebelum salah satu pihak hendak memeluk Islam, perlu diselesaikan tuntutan terlebih dahulu di pendaftar pernikahan. Kita nak perkasakan agama Islam dan angkat Rang Undang-Undang (RUU) sebagai satu perundangan Islam tertinggi tetapi prosedur sebegini pun kita tak mampu ikut,” kata Mutalip.

Mutalip berkata demikian sebagai mengulas penukaran agama tiga anak guru tadika, M.Indira Gandhi hampir 10 tahun lalu kepada Islam, terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.

Semalam, mahkamah persekutuan menerusi panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membuat keputusan sebulat suara selepas membenarkan rayuan akhir dibuat Indira berhubung kesahihan penukaran agama tiga anaknya iaitu Tevin Darsiny, 21, Karan Dinish, 20 dan Prasana Diksa, 9, kepada Islam.

Menerusi 99 muka surat penghakiman yang dibacakan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali, mahkamah memutuskan persetujuan kedua-dua ibu bapa adalah perlu untuk penukaran agama anak sebelum sijil perakuan memeluk Islam dikeluarkan oleh pendaftar mualaf.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan SKIM bantuan guaman Syarie 2018 di Mahkamah Syariah Negeri Johor, Johor Bahru, Johor.

Rujukan: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kaji-semula-enakmen-pengislaman-mualaf-jaij-166986

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Jalan Tan Sri Haji Harussani,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 24/04/24 • Jumlah Pelawat : 21286928