Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Media & Aktiviti Terkini

16 March 2024

Lawatan Kerja Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak Ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang


 
6 Mac 2024 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak (JKSNPk) telah mengadakan lawatan kerja di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP). Delegasi lawatan kerja ini diketuai oleh YA Tuan Mohd Ridzuan bin Yusof, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Perak. YA Tuan Mohammad Zulkhairi bin Aziz, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Pulau Pinang dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran delegasi dan merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas usaha kerjasama dan kolaborasi yang baik di antara JKSNPP dan JKSNPk. Tujuan utama lawatan kerja ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama yang sedia terjalin antara Mahkamah Syariah di Malaysia. Selain itu, JKSNPP turut berkongsikan satu sistem piawaian pencegahan kesalahan rasuah dengan mengimplementasikan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah MS ISO 37001:2016 di Jabatan ini. Dalam pertemuan ini, JKSNPk juga turut berkongsikan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Berteraskan Syariah MS 1900 yang telah dilaksanakan di JKSNPk.

YA Tuan Mohammad Zulkhairi bin Aziz mengucapkan terima kasih atas kesudian JKSNPk mengadakan lawatan kerja dan berharap pertemuan seperti ini menjadi medium dan platform ke arah memastikan perkhidmatan dan penyampaian terus cemerlang demi memartabatkan kewibawaan institusi kehakiman syariah.


Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Jalan Tan Sri Haji Harussani,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 17/12/24 • Jumlah Pelawat : 21286928