Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Rombongan JKSNPS diketuai oleh Hakim Mahkamah Tinggi JKSNPS, YA. Tuan Mohamad Fauzi bin Ismail dan turut bersama adalah Ketua Pendaftar JKSNPS, Tuan Mohd Hassan bin Abdullah serta beberapa pegawai dan kakitangan JKSNPS.
Rombongan tersebut disambut oleh delegasi JKSPk yang diketuai Ketua Hakim Syarie Perak, YAA. Dato' Hj. Ab. Rahman Thobroni bin Mohd Mansor. Semoga dengan pertemuan dua hala ini akan dapat mengukuhkan lagi institusi syariah kedua-dua negeri dan khususnya di Malaysia.