larangan berpolitik
- Hits: 1123
Baca selanjutnya: Arahan Amalan Ketua Hakim Syarie Negeri Perak
Baca selanjutnya: Arahan Amalan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
YAA Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah
Negeri Perak Darul Ridzuan
PROFIL
YAA DATO' HJ. AB. RAHMAN THOBRONI BIN MOHD MANSOR
KETUA HAKIM SYARIE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERAK
MAKLUMAT PERIBADI
KELULUSAN : B.A(Hons) Syariah Dan Undang-Undang
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti Islam Antarabangsa
Post Graduate-Dip In Administration And Islamic Judicary
Universiti Islam Antarabangsa
Master In Administration Of Islamic Laws
PENGALAMAN KERJAYA
TAHUN |
PERKARA |
1994 - 1998 |
Pelantikan Baru Sebagai Pegawai Syariah Dan Ditempatkan Di Biro Bantuan Guaman Selangor |
1998 |
Pelantikan Baru Sebagai Pegawai Syariah Gred L3 Dan Ditempatkan Di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh |
1999 |
Disahkan Dalam Perkhidmatan Sebagai Pegawai Syariah Gred L3 |
2005 |
Memangku Jawatan Pegawai Syariah Gred LS44 Dan Ditempatkan Di Pentadbiran Yang Sama |
2005 |
Kenaikan Pangkat Ke Jawatan Pegawai Syariah Gred LS44 |
2011 |
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak Di Gred LS44 |
2011 |
Memangku Jawatan Pegawai Syariah Gred LS48 (KUP) |
01/08/2012 |
Kenaikan Pangkat Ke Jawatan Pegawai Syariah Gred LS48 |
16/07/2015 |
Memangku Jawatan Pegawai Syariah Gred LS52 Di Jabatan Kehakiman Syariah Perak |
16/07/2016 |
Kenaikan Pangkat Ke Jawatan Pegawai Syariah Gred LS52 Di Jabatan Kehakiman Syariah Perak |
16/05/2019 |
Pelantikan Sebagai Ketua Pendaftar Di Mahkamah Utama Syariah Perak Gred LS52 |
01/09/2020 |
Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Di Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Memangku Gred LS54 |
16/01/2021 |
Pelantikan Sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah |
01/08/2021 |
Pelantikan Sebagai Ketua Hakim Syarie |
Unit Integriti telah ditubuhkan dijabatan ini semenjak tahun 2016 dan diketuai oleh Ketua Integriti. Fungsi utama unit ini adalah merancang dan melaksanakan program pembudayaan integriti dalam organisasi secara berterusan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang berkaitan pegawai dan kakitangan jabatan.
Baca selanjutnya: Profil Ketua Hakim Syarie
Edisi | Tahun | Muat Naik | Bacaan Online |
---|---|---|---|
Baca selanjutnya: Majallah Ahkam
Baca selanjutnya: Buletin JKSPk
Aras 3, Jalan Pari, Off Jalan Tun Abdul Razak, 30100 Ipoh, Perak
Tel: 05-5018400
Faks: 05-5018522
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
NAMA | JAWATAN | EMEL | TELEFON | FAKS |
---|---|---|---|---|
Encik Mohd Zabidi bin Abd Rahman |
Pegawai Teknologi Maklumat | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | 05-5018400 | 05-5018522 |
Cik Aishah Mariam binti Pakeer Mohamed |
Pegawai Tadbir | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | 05-5018400 | 05-5018522 |
Cik Yusnirhamsili binti Mohamed Yunus |
Penolong Pegawai Tadbir (Pentadbiran) | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | 05-5018400 | 05-5018522 |
Encik Kamarul Nazmi bin Mohd Hirmizi |
Penolong Pegawai Tadbir (Pembangunan) | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | 05-5018400 | 05-5018522 |
N | Pegawai | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | 05-5018400 | 05-5018522 |
Baca selanjutnya: Direktori Pegawai
Majlis Sulh adalah suatu sesi pengantaraan antara pihak-pihak yang dipengerusikan oleh Pegawai Sulh untuk menyelesaikan kes dengan cara Sulh. Kaedah Sulh ini bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa malahan dapat menyelesaikan sesuatu pertikaian secara terbuka dan sukarela, bukannya melepaskan dendam.
2. Jenis kes
Apa-apa tuntutan yang berhubungan dengan----
(a) ganti rugi pertunangan; (b) muta’ah; (c) harta sepencarian; (d) nafkah isteri; (e) nafkah kepada pihak tidak upaya; (f) cagaran nafkah; (g) nafkah ‘iddah; (h) mengubah perintah nafkah; (i) tunggakan nafkah; (j) nafkah anak; (k) mengubah perintah jagaan anak atau nafkah anak; (l) mengubah perjanjian jagaan anak atau nafkah anak; (m) hadhanah; (n) ganti rugi perkahwinan; (o) hak tempat tinggal; (p) perintah supaya hidup bersama semula; (q) perintah supaya isteri kembali taat kepada suami; (r) mas kahwin; atau (s) mana-mana kes yang diperintahkan oleh Hakim yang pada pendapatnya perlu untuk dirujukkan kepada Majlis Sulh. 3. Proses Majlis Sulh Proses sulh akan bermula dari pendaftaran (agihah ke Majlis Sulh) dan akan berakhir sehingga selesai kes tersebut di Mahkamah.
Berdasarkan peruntukan seksyen 42 Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018, suatu jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah perlu diwujudkan yang memainkan peranan untuk menggubal dan mewujudkan tatacara berkaitan Mahkamah-Mahkamah Syariah yang telah ditubuhkan dalam Negeri Perak. Berdasarkan peruntukan tersebut, keanggotaan Jawatankuasa terdiri daripada jawatan-jawatan berikut:
(a) Ketua Hakim Syarie sebagai pengerusi;
(b) Penasihat Undang-Undang Negeri atau wakilnya; dan
(c) orang-orang berikut yang dilantik oleh Ketua Hakim Syarie:
Ketua Pendaftar Mahkamah Utama Syariah hendaklah menjadi Pengerusi kepada Jawatankuasa.
1) Jawatankuasa Kaedah hendaklah berfungsi membuat kaedah-kaedah berkaitan tatacara berikut:-
2) Jawatankuasa Kaedah juga berfungsi membuat apa-apa kaedah lain yang berhubung dengan perjalanan dan tatacara yang terdapat peruntukan enakmen ini.
Ahli Jawatankuasa 2021-2023
Baca selanjutnya: Jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah
Baca selanjutnya: Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri Perak
Selari dengan pembaharuan Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018, satu Jawatankuasa ditubuhkan menurut seksyen 5 Enakmen Mahkamah Syariah yang menjalankan peranan membuat pemilihan dan mengesyorkan calon-calon yang sesuai dan berkelayakan untuk dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie, Hakim-Hakim Mahkamah Utama Syariah, Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
Keanggotaan Jawatankuasa menurut seksyen 5 terdiri daripada 7 anggota berikut:
Fungsi Jawatankuasa dinyatakan menurut seksyen 6 Enakmen Mahkamah sebagaimana berikut:
Mengesyorkan orang berkelayakan yang sesuai yang wajar dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie dan Hakim-Hakim Mahkamah Utama Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah untuk pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Sultan;
Mengesyorkan pembatalan pelantikan Ketua Hakim Syarie dan Hakim-Hakim Mahkamah Utama Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah untuk pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Sultan atas sebarang pelanggaran kod etika atau apa-apa sebab lain yang munasabah berkaitan Hukum Syarak; dan
Menetapkan dan melaksanakan mekanisme dan syarat-syarat bagi pemilihan, pelantikan dan pembatalan pelantikan Ketua Hakim Syarie dan Hakim-Hakim Mahkamah Utama Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah.
3.0 AHLI JAWATANKUASA KEHAKIMAN SYARIAH SESI 2019-2021
Baca selanjutnya: Jawatankuasa Kehakiman Syariah
Baca selanjutnya: Pejabat Ketua Pendaftar
Baca selanjutnya: Bidang Kuasa Mahkamah
"Memertabatkan Institusi Kehakiman Syariah Yang Unggul, Berwibawa dan Bertaraf Dunia"
"Memperkasakan perkhidmatan kehakiman dan perundangan syariah secara dinamik dan berdaya saing dengan budaya inovatif ke arah mencapai keadilan dan keharmonian Ummah"
"Menguruskan perbicaraan dan membuat keputusan/hukuman secara adil mengikut hukum syarak dan undang-undang"
"Syariah Asas Keadilan"
"J K S P K"
J = Jujur | K = Komited | S = Sistematik | P = Proaktif | K = Kreatif
Baca selanjutnya: Visi & Misi Jabatan
NAMA YAA KETUA HAKIM |
TARIKH PERKHIDMATAN |
1. Dato’ Hj. Muhamad Asri b. Hj. Abdullah |
1 Mei 1995 – 31 Disember 2003 |
2. Tuan Hj. Hassan Basri b. Hj. Shafie |
1 Januari 2004 – 31 Disember 2005 |
3. Dato’ Hj. Abdul Aziz b. Mohd Yusof |
1 Januari 2006 – 28 Februari 2011 |
4. Dato’ Hj. Muhamad Asri b. Hj. Abdullah |
1 Mac 2011 – 16 Julai 2015 |
5. Dato’ Hj. Asa’ari b. Hj. Mohd Yazid |
17 Julai 2015 - 7 November 2020 |
Baca selanjutnya: SENARAI YANG AMAT ARIF (YAA) KETUA HAKIM SYARIE
Y.A Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli Bin Ahmad Makinuddin
Y.A.A Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar
Y.A Tan Sri Dato’ Setia Dr. Ibrahim Bin Lembut
Y.A Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bin Embong
Nama
Mahkamah Utama Syariah merupakan hirarki tertinggi Mahkamah Syariah di negeri Perak selepas Mahkamah Rayuan Syariah. Mahkamah ini ditubuhkan di bawah seksyen 44 (3A) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2018 Pindaan 2018.
Pendaftaran dan pengurusan kes di Mahkamah Utama Syariah diuruskan oleh Unit Rayuan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak dan mempunyai pejabat dan perbicaraan Ipoh sahaja.
Mahkamah Utama Syariah menjalankan fungsi mendengar kes-kes rayuan daripada keputusan Mahkamah Rayuan Syariah yang mendengar rayuan daripada kes-kes Mahkamah Tinggi Syariah yang menjalankan fungsi dalam bidangkuasa asalnya. Ia bermaksud Mahkamah Utama Syariah merupakan medium akhir mendengar rayuan daripada kes-kes yang bermula di Mahkamah Tinggi Syariah sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 29 Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018. Penubuhan dan perjalanan fungsi Mahkamah Utama Syariah mewujudkan prinsip keadilan yang setara sebagaimana fungsi Mahkamah Rayuan Syariah yang membolehkan pihak-pihak merayu sebanyak 2 kali daripada kes-kes di Mahkamah Tinggi Syariah.
Mahkamah Utama Syariah diketuai oleh Ketua Hakim Syarie sebagai Pengerusi Mahkamah dan dianggotai dua orang Hakim atau bilangan ganjil yang lebih besar daripada kalangan Hakim Mahkamah Utama Syariah dalam sesuatu persidangan Mahkamah.
Dalam sesuatu rayuan yang dibawa ke Mahkamah Utama Syariah, kebenaran merayu perlu diperoleh terlebih dahulu bagi membolehkan Mahkamah Utama Syariah menentukan prinsip undang-undang dan yang mempunyai kepentingan awam agar keadilan secara menyeluruh dapat dilaksanakan berlandaskan hukum syarak dalam sesuatu penghakiman yang boleh dijadikan panduan kepada mahkamah-mahkamah bawahan.
Baca selanjutnya: MAHKAMAH UTAMA
Baca selanjutnya: Prosedur Mahkamah
Jawatankuasa Badan Kebajikan Dan Sukan
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak (BAKMAS)
di Jabatan Kehakiman Syariah Perak
2023-2024
Pengerusi
YA. Tuan Hj. Mohd Ridzuan Bin Yusof
Timbalan Pengerusi
Tuan Burhanuddin Ismi Bin Adam
Setiausaha
Cik Yusnirhamsili Binti Mohamed Yunus
Penolong Setiausaha
Cik Aishah Mariam Binti Pakeer Mohamed
Bendahari
En. Abdul Fitri Bin Haji Salleh
Ahli Jawatankuasa
Pn. Nor Atikah Binti Haji Badri
Tuan Nor Azam Bin Omar
Tuan Muhamad Aizat bin Badaruddin
En. Mohd Akhmal Hijaz bin Abd Azizis
En. Muhammad Hafizuddin Bin Wahid
En. Muhamad Fiqri Bin Zakaria
En. Mohd Hazizi Bin Ghazali
Pn. Izwani Salfinaz Binti Azman
Pemeriksa Kira-Kira
Pn. Marzawati Binti Abd Malek
Pn. Ernie Suriatolazlina Binti Umar
Pemegang Amanah
En. Ahmad Tamimi Bin Haji Mustafa
En. Ahmad Kamal Bin Rustam Affendi
Baca selanjutnya: Badan Kebajikan dan Sukan Jabatan Kehakiman Syariah Perak (BAKMAS)
Wakil Majikan/Pengurusan
Pengerusi MBJ Jabatan
YAA Dato' Haji Ab. Rahman Thobroni bin Mohd Mansor
Setiausaha
Cik Yusnirhamsili binti Mohamed Yunus
Ahli
YA Tuan Haji Mohammad Taifor bin Ahmad Rusdi
YA Tuan Mohammad Esham bin Abdul Samad
Tuan Muhammad Fauzi bin Uzir Abd. Wahab
Pn. Zuraidah binti Idris
Cik Aishah Mariam binti Pakeer Mohamed
En. Abdul Fitri bin Haji Salleh
Pn. Marzawati binti Abd Malek
En. Kamarul Nazmi bin Mohd Hirmizi
Wakil Pihak Pekerja
Pegawai Syariah Gred LS44
Puan Siti Norlaili binti Syed Ali
Pegawai Syariah Gred LS41
Tuan Muhamad Aizat bin Badaruddin
Penolong Pegawai Syariah Gred LS29-LS32
Puan Nabilah Huda binti Mustakim
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
En. Mohd Kamaruddin bin Azmi
Setiausaha Pejabat Gred N32
Pn. Fauziana binti Ahmad
Pembantu Syariah Gred LS22-LS26
En. Mohd Hazizi bin Ghazali
Pembantu Syariah Gred LS19-LS22
En. Mohd Faisarizan bin Hashim
Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19-N22
En. Ahmad Tamimi bin Haji Mustafa
Pembantu Tadbir (Kew) Gred W19-W22
En. Muhammad Syafiq bin Samsul Anuar
Jurubahasa Gred LA19
En. Mohd Hamizan bin Kamaruzaman
Pembantu Perpustakaan Gred S19
En. Ahmad Kamal bin Rustam Affendi
Juruteknik Komputer Gred FT19
En. Zulkhairy bin Sabri
Penghantar Notis Gred N11-N16
En. Nor Hashim bin Mustafa
Pembantu Operasi Gred N11-N14
En. Muhammad Syafiq bin Samsul Anuar
Pemandu Kenderaan Gred H11
En. Yusri bin Yusof
Baca selanjutnya: Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
Ruangan ini menerima maklum balas atau aduan yang berkaitan dengan portal dan jabatan. Setiap maklum balas dan aduan yang diterima akan diproses dan dijawab dalam tempoh 7 hari bekerja. Terima kasih.
Baca selanjutnya: Maklum Balas Laman Web
Sekiranya pernikahan poligami tersebut disahkan oleh mahkamah, puan boleh memohon perintah nafkah diri puan, nafkah anak, harta sepencarian, hutang dalam perkahwinan, tunggakkan nafkah isteri dan anak serta hak tempat tinggal.
Mereka yang boleh memohon ialah di antaranya :
Setelah kes tersebut didaftar, kebiasaannya Mahkamah akan menetapkan tarikh sebutan dalam tempoh 18 hari selepas pendaftaran, namun tertakluk kepada jumlah kes-kes yang ditetapkan di hadapan Hakim.
(sekiranya masih hidup) Anda boleh membuat tuntutan nafkah anak, nafkah eddah, harta sepencarian, hak penjagaan anak (hadhanah), sagu hati perkahwinan (muta’ah), hak tempat tinggal semasa dalam eddah, hutang dalam perkahwinan, tunggakan nafkah isteri dan anak. Namun sekiranya pihak Defendan meninggal dunia (bercerai mati), anda boleh membuat tuntutan harta sepencarian , pembahagian harta pusaka (secara faraid) dan hutang dalam perkahwinan.
Tiada. Anda boleh memohon cerai secara fasakh, pengesahan takliq, tebus talaq atau dengan kuasa hakam (perundingan) yang diperintahkan oleh mahkama
Ta'liq ertinya perjanjian yang telah dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum Syarak dan sepertimana yang diperuntukkan dalam Akta/Enakmen/Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Negeri. Cerai Ta'liq boleh disabitkan apabila berlaku pelanggaran ke atas Ta'liq dan setelah aduan dibuat serta disahkan oleh Mahkamah.
Perceraian Tebus Talaq ialah satu perceraian yang diminta oleh isteri daripada suaminya dengan wang atau harta benda sepertimana yang dipersetujui melalui ijab dan qabul. Cerai Khulu' adalah merupakan cerai Bain Sughra dan tidak boleh dirujuk melainkan dengan akad dan mas kahwin yang baru.
Fasakh ialah pembubaran perkahwinan disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh Hukum Syarak. Di antara perkara-perkara yang mengharuskan fasakh ialah apabila suami atau isteri :
Pengiraan eddah berbeza berdasarkan keadaan seperti berikut :
Dalam perkara ini apabila puan telah memperolehi perintah dari mahkamah syariah tentang pemberiaan nafkah dan bekas suami puan dengan sengaja cuai ataupun ingkar untuk melaksanakan perintah tersebut maka puan bolehlah merujuk masalah puan ini di mahkamah syariah berhampiran.
Di mahkamah syariah terdapat satu unit yang dipanggil Bahagian Sokongan Kelurga (BSK) khususnya membantu mereka-mereka yang berhadapan dengan masalah pelaksanaan nafkah.
Di antara fungsi-fungsi Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) ialah :
Anda hendaklah memohon perintah faraid di Mahkamah Rendah Syariah jika nilai harta tidak melebihi RM 100,000.00 manakala jika harta melebihi RM 100,000.00 hendaklah memohon perintah faraid terhadap harta tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah
Hibbah ialah pemberian harta/aset kepada seseorang secara sukarela semasa hayatnya tanpa berkehendak balasan (iwad). Pemberi hibbah tidak boleh menarik balik hibahnya setelah setiap rukun hibbah dipenuhi iaitu : pemberi hibbah (al-wahib), penerima hibbah (al-mauhub laku). Barang dihibahkan (al-manhub) lafaz ijab kabul, menurut mazhab syafie akad nikah tidak sempurna kecuali selepas qabul.
Qabul berbeza-beza mengikut harta / aset. Sekiranya harta alih. Maka qabul berlaku dengan mengambil, memindah, mengasingkan harta tersebut dengan harta lain. Bagi harta tidak alih boleh berlaku dengan mengosongkan harta, menguasainya dan melakukan tasaruf terhadap harta tersebut seperti menyerahkan kunci dan seumpamanya.
Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh seseorang mengenai hartanya untuk diuruskan selepas berlaku kematiannya. Tetapi wasiat yang dibuat secara lisan adalah terdedah kepada fitnah akibat arahan yang tidak jelas dan boleh dipertikaikan di kalangan ahli waris.
Faraid dari segi bahasa bermaksud ketetapan. Menurut istilah syarak pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah ditetapkan di bawah hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah atau layak (seperti anak, suami, isteri, ibu, bapa dan lain-lain). Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada berbentuk agama (seperti zakat, nazar dan lain-lain) atau hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.
Ada tiga golongan ahli waris yang melayakkan mereka menerima harta pusaka, pertama, melalui hubungan keturunan, perkahwinan dan juga wala’ (hubungan kekeluargaan). Isteri termasuk dalam golongan waris yang layak menerima pusaka melalui hubungan perkahwinan
Hibbah ialah anugerah, pemberian atau hadiah yang melibatkan suatu akad yang mengandungi pemberiaan hak milik oleh pemberi harta kepada seseorang secara rela hati semasa hayatnya atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan atau tukaran.
Baca selanjutnya: Soalan Lazim
Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
Dasar Keselamatan ICT v3.0
Memastikan Dasar Keselamatan ICT (DKCT) Versi 3.0 dipatuhi dan dikuatkuasakan di agensi.
Baca selanjutnya: Dasar Keselamatan
Baca selanjutnya: Dasar Privasi
Jabatan Kehakiman Syariah Perak tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Bahasa Lain
Sila ambil perhatian bahawa Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Perak tidak menggunakan sebarang perisian pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer.
Jabatan Kehakiman Syariah Perak tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi daripada kandungan yang telah dialih bahasa menggunakan perisian pengalihbahasaan secara automatik. Kandungan rasmi hanya pada laman asal yakni dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Laman utama Sistem Permohonan Praktikal (JKSPk) ini menyediakan panduan pengguna bagi rujukan. Sila klik disini Manual Pengguna untuk membantu dalam mengisi borang permohonan online.
Perkhidmatan secara atas talian (Online) JKSPk ini disediakan dengan kerjasama Digital Perak Corpration Anak Syarikat Kerajaan Negeri Perak.
Pelajar boleh membuat permohonan secara online boleh dilayari melalui laman sesawang berikut :
Baca selanjutnya: Permohonan Pelajar Praktikal
Sabda Rasulullah SAW, "Hendaklah kamu mempelajari ilmu faraid dan ajarkannya. Kerana ia adalah separuh dari ilmu, ia akan dilupakan dan sesuatu yang mula sekali dacabut dari umatku."
Laman utama Sistem Pergiraan Faraid ini menyediakan panduan bagi pengguna untuk rujukan.
Sila klik disini Manual Pengiraan Faraid sebagai panduan anda dalam mengisi borang.
Perhidmatan Pengiraan Faraid di atas talian boleh menggunakan laman sesawang berikut sebagai rujukan
Jika anda mempunyai cadangan, masalah dan khidmat nasihat berkaitan faraid, pusaka, wasiat dah hibah. Sila hubungi :
Prof. Madya Dr Ahmad Abdul Majid
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
En. Khairil Anwar
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
04 653 4256
Rujukan
Baca selanjutnya: Pengiraan Faraid
Berikut adalah merupakan panduan untuk menyemak STATUS KES yang berkaitan dengan eSyariah di atas talian mengunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) ke 15888 seperti mana perkhidmatan yang telah disediakan dengan lebih cepat.
Cara menggunakan perkhidmatan ini adalah seperti berikut :
Langkah 1
Taipkan ditelefon bimbit ruangan SMS sebelum menghantar ke 15888
Contoh : JKSPK status 080011-024-0078-2014
Langkah 2
Hantarkan ke 15888
Langkah 3
Jawapan yang akan diperolehi akan dikenakan bayaran sebanyak RM 0.20 seperti gambar rajah disebelah.
Baca selanjutnya: Semak Status Kes - MySMS 15888
Aras 3, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jalan Tan Sri Haji Harussani, 30100 Ipoh, Perak
Tel: 05-5018400
Faks: 05-5018522
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Aras 5, Jalan Tan Sri Haji Harussani, 30100 Ipoh, Perak
Tel: 05-5018400
Faks: 05-5018523
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Aras 5, Jalan Tan Sri Haji Harussani, 30100 Ipoh, Perak
Tel: 05-5018400
Faks: 05-5018523
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Aras G, Pejabat Pendaftaran Mahkamah Syariah Perak, Jalan Tan Sri Haji Harussani, 30100 Ipoh, Perak
Tel: 05-5018400
Faks: 05-5018523
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Aras G, Pejabat Pendaftaran Mahkamah Syariah Perak, Jalan Tan Sri Haji Harussani, 30100 Ipoh, Perak
Tel: 05-5018400
Faks: 05-5018521
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jalan Dato' Sagor, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Tel: 05-7771395
Faks: 05-7776308
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Kompleks Mahkamah Syariah Dan Pentadbiran Agama Islam, Batu 1 3/4, Jalan Intan, 33300 Gerik, Perak
Tel: 05-7914876
Faks: 05-7921109
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jalan Sempadan, 34200 Parit Buntar, Perak
Tel: 05-7171190
Faks: 05-7163623
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jalan Muzium, 34000 Taiping, Perak
Tel: 05-8066915
Faks: 05-8089431
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Kompleks Pentadbiran Agama Islam Hilir Perak,
Jalan Raja Muda Musa, 36000 Teluk Intan, Perak
Tel: 05-6218878
Faks: 05-6229348
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Bandar Baru Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak
Tel: 05-3716800
Faks: 05-3716700
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jalan Temoh, 35000 Tapah, Perak
Tel: 05-4032210
Faks: 05-4032213
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jalan Lumut, 32040 Seri Manjung, Perak
Tel: 05-6884926
Faks: 05-6889271
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Baca selanjutnya: Direktori Mahkamah Syariah
Jalan Tan Sri Haji Harussani,
30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Kes Jenayah ialah kesalahan matrimonial dan kesalahan Syariah dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Perak) 1992, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Perak) 2004 dan Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004.
Proses utama pengurusan kes Jenayah akan bermula apabila pendakwa datang ke Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rendah Syariah untuk mendaftarkan kes.
Baca selanjutnya: Pengurusan Kes Jenayah
Kes Mal ialah tuntutan yang dibuat oleh pelanggan di Mahkamah Syariah yang berkaitan dengan hal-hal kekeluargaan dan harta benda terhadap sesuatu pihak yang lain.
Baca selanjutnya: Pengurusan Kes Mal / Faraid
Mahkamah Rendah Syariah Ipoh 1
Mahkamah Rendah Syariah Ipoh 1
Mahkamah Rendah Syariah Parit Buntar
Mahkamah Rendah Syariah Gerik
Mahkamah Rendah Syariah Parit Buntar
Mahkamah Rendah Syariah Kuala Kangsar
Mahkamah Rendah Syariah Seri Iskandar
Mahkamah Rendah Syariah Teluk Intan
Mahkamah Rendah Syariah Tapah
Nama Penolong Pendaftar |
Daerah |
Puan Rohana binti Samsudin | Mahkamah Rendah Syariah Ipoh |
Encik Mohamad Idilfitri bin Redzuan | Mahkamah Rendah Syariah Taiping |
Encik Mohd Akhmal Hijaz bin Abd Azizis | Mahkamah Rendah Syariah Manjung |
Encik Mohd Asri bin Mohd Saleh | Mahkamah Rendah Syariah Kuala Kangsar |
Encik Muhammad Ikhram Ariff bin Zainal Abidin | Mahkamah Rendah Syariah Teluk Intan |
Puan Malawati binti Zailani | Mahkamah Rendah Syariah Parit Buntar |
Tuan Haji Mohd Hanafiah bin Idris | Mahkamah Rendah Syariah Gerik |
Encik Muhamad Fiqri Bin Zakaria | Mahkamah Syariah Seri Iskandar |
Puan Nabilah Huda binti Mustakim | Mahkamah Rendah Syariah Tapah |
Fungsi Mahkamah Rendah Syariah di dalam kes jenayah adalah :
Bagi kes-kes jenayah, Mahkamah Rendah Syariah adalah berfungsi membicarakan kesalahan-kesalahan yang diperuntukan dibawah Enakmen Jenayah Syariah (Perak) 1992 atau apa-apa kesalahan yang diperuntukkan di bawah undang-undang bertulis lain dan takat hukumannya adalah tidak lebih dari RM 3000,00 dan penjara tidak kurang dari 2 tahun sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 16 (2)(a) Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018.
Fungsi Mahkamah Rendah Syariah di dalam kes mal adalah :
Baca selanjutnya: Mahkamah Rendah Syariah
Y.A Tuan Mohammad Esham Bin Abdul Samad
Y.A Tuan Mohd Ghazali Bin Zakaria
Y.A Tuan Haji Mohd Ridzuan Bin Yusof
Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah
Mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Perak, dalam bidang kuasa Jenayahnya membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen ini, atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang sedang berkuatkuasa dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan baginya.
Mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Perak dalam bidang kuasa Malnya,"Mahkamah Tinggi Syariah" hendaklah :-
Dalam bidang kuasa Malnya, mendengar dan memutuskan atau membuat apa-apa perintah berkenaan semua tindakan dan prosiding yang berkaitan Agama Islam atau 'Adat Melayu Perak' dan termasuklah:
Mempunyai bidang kuasa rayuan terhadap kes-kes dari Mahkamah Rendah Syariah dalam perkara Jenayah. “Dalam mana-mana rayuan, Mahkamah Tinggi Syariah boleh :-
Mempunyai bidang kuasa rayuan terhadap kes-kes dari Mahkamah Rendah Syariah dalam perkara Mal, “Dalam mana-mana rayuan, Mahkamah Tinggi Syariah boleh :-
Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas semua Mahkamah Rendah Syariah dan boleh, jika nampaknya dikehendaki demi kepentingan keadilan, samada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, samada Mal atau Jenayah, dalam mana-mana Mahkamah Rendah Syariah, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod mengenainya dan boleh memberikan apa-aoa arahan yang dikehendaki demi keadilan.
Baca selanjutnya: Mahkamah Tinggi Syariah
Y.A DATO’ HAJI ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF
KELULUSAN
PENGALAMAN KERJAYA
Tahun |
Perkara |
1980 – 1983 |
Pegawai Hal Ehwal Islam Perak (Qadhi), Ibu Pejabat Di Jabatan Agama Islam Perak Di Ipoh. Merangkap Setiausaha Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak |
1983 - 1984 |
Pegawai Hal Ehwal Islam Perak (Qadhi), Jabatan Agama Islam Perak Di Daerah Teluk Intan. Merangkap Setiausaha Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak. |
1984 - 1985 |
Pegawai Hal Ehwal Islam Perak (Qadhi), Jabatan Agama Islam Perak Di Ipoh. Merangkap Setiausaha Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak. |
1985 - 1990 |
Ketua Bahagian Penguatkuasa Dan Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Perak Di Ipoh. |
1990 - 1993 |
Hakim Mahkamah Syariah Perak (Hakim Litar Di Daerah Selatan - Ipoh, Teluk Intan, Tapah Dan Slim River) |
1994 - 1995 |
Ketua Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Perak. |
1996 - 2000 |
Ketua Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Perak. |
2001 |
Bersara Wajib |
2006 - 2011 |
Ketua Hakim Syarie/Ketua Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak (Lantikan Secara Kontrak) |
2011- 2018 2019 - Kini |
Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Perak Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah Perak |
Y.A Tuan Haji Mohammad Taifor Bin Ahmad Rusdi
Y.A Dato’ Haji Muhamad Asri Bin Haji Abdullah
Y.A Dato' Mohd Amran Bin Mat Zain
Y.A Datuk Haji Mohd Radzi Bin Hj Abd Latif
Y.A Dato’ Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid
Baca selanjutnya: Mahkamah Rayuan Syariah
Jika anda mempunyai sebarang permohonan untuk mendapatkan maklumat mengenai Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak, sila berbuat demikian dengan mengisi Borang Permohonan Maklumat secara dalam talian (online).
Setiap maklumbalas dan aduan yang diterima akan diproses dan dijawab dalam tempoh 7 hari bekerja.
Terima kasih.
Baca selanjutnya: Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI)
Data Terbuka | # | Muat Turun |
---|---|---|
Statistik Kes Sistem Pendaftaran Kes Mahkamah Syariah Negeri Perak | 1 | |
Direktori Mahkamah Syariah Negeri Perak | 2 | |
Senarai Peguam-Peguam Syarie Negeri Perak | 3 |
Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat seperti di bawah.
1. PENGGUNAAN DATA DI BAWAH TERMA INI
Pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.
2. PENGGUNA BOLEH MELAKSANAKAN PERKARA YANG BERIKUT:
3. SEKIRANYA MELAKSANAKAN MANA-MANA DARIPADA YANG DINYATAKAN PADA PARA 2, PENGGUNA HENDAKLAH:
4. PENGECUALIAN
Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap:
5. TIADA JAMINAN
6. UNDANG-UNDANG
Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.
Sumber : data.gov.my
Baca selanjutnya: Data Terbuka
Baca selanjutnya: Sistem Kualiti
100%
100%
77%
76%
75%
100%
Baca selanjutnya: Pencapaian Piagam Pelanggan
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
Semoga anda berada dalam rahmat dan inayah Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan sentiasa terhindar dari wabak Virus Covid-19. Selamat datang saya ucapkan kepada anda yang melayari Portal Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Perak (JKSPk).
Pengunjung yang saya hormati,
Saya mengucapkan terima kasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa melayari portal rasmi ini. Diharapkan agar portal ini dapat menjadi wadah kepada anda untuk mendapatkan info berkaitan pengurusan pentadbiran dan kehakiman JKSPk dan Mahkamah Syariah Negeri Perak.
Pada dasarnya, JKSPk berperanan untuk menguruskan kes-kes melibatkan hal ehwal orang Islam yang berbidangkuasa di dalam Negeri Perak mengikut hukum syarak dan undang-undang. Sehubungan itu, JKSPk sentiasa komited dalam usaha untuk menambah baik mutu perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan kami dan masyarakat umumnya. Saya berharap agar semua pengunjung dan warga JKSPk dapat memanfaatkan sepenuhnya informasi serta capaian perkhidmatan yang disediakan dalam portal ini. Selain itu, sebarang maklumbalas, cadangan penambahbaikan terhadap portal JKSPk ini amat saya alu-alukan demi kepentingan bersama. Tambahan lagi dalam era modenisasi dan pendigitalan jabatan dan agensi kerajaan, semua maklumat berada di hujung jari. Pelanggan JKSPk bukan sahaja boleh mengakses maklumat yang diperlukan, malah boleh memuat turun dokumen dan informasi yang dikehendaki. Urusan yang berkenaan juga boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian yang pastinya akan memudahkan semua pelanggan kami.
Akhir kalam, saya selaku Ketua Hakim Syarie dan Ketua Jabatan Kehakiman Syariah Perak akan sentiasa berusaha untuk memastikan Visi, Misi dan Objektif JKSPk dapat dicapai mengikut perancangan yang telah disusun.
Selamat melayari Portal Rasmi JKSPk.
Sekian, terima kasih.
Baca selanjutnya: Perutusan Ketua Hakim Syarie
Ketua Pendaftar / CIO,
Jabatan Kehakiman Syariah
Negeri Perak Darul Ridzuan
KELULUSAN :
TAHUN |
PERKARA |
2005 |
PELATIH UNDANG-UNDANG, TETUAN AMLI & NONEE, KUALA LUMPUR |
2006 |
PEGAWAI TADBIR, MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT MELAYU PERAK |
2007 |
PEGAWAI SULH, MAHKAMAH RENDAH SYARIAH TAPAH |
2008 |
HAKIM SYARIE, MAHKAMAH RENDAH SYARIAH TAPAH |
2010 |
HAKIM SYARIE, MAHKAMAH RENDAH SYARIAH PARIT BUNTAR |
2015 |
HAKIM SYARIE, MAHKAMAH RENDAH SYARIAH MANJUNG |
2016 |
KETUA UNIT DASAR/PEGAWAI PENYELIDIK, KETUA HAKIM SYARIE, |
2020 |
KETUA PENDAFTAR, JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERAK |
Fungsi
Unit Pentadbiran berfungsi bagi menguruskan hal-hal berkaitan pengurusan sumber manusia, mengurus selia penganjuran majlis-majlis rasmi, menyediakan kursus-kursus yang bersesuaian dengan kompentasi pegawai dan kakitangan.
Fungsi
Unit Kewangan mengawal, mengurus dan mentadbir perbelanjaan belanja mengurus serta pembayaran.
Fungsi
Fungsi
Unit Rayuan adalah berfungsi mengendalikan dan menguruskan pendaftaran kes-kes di Mahkamah Utama Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Unit ini juga bertanggungjawab untuk menyusun jadual pendengaran kes rayuan dan menjadi urusetia perjalanan persidangan kes di kedua-dua Mahkamah tersebut. Unit ini diketuai oleh Ketua Pendaftar dan dibawahnya ada seorang Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Penolong Pendaftar Tinggi dan Pembantu Pendaftar Tinggi Mahkamah Utama dan Pembantu Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah.
Fungsi
Unit Pembangunan sentiasa menyelaras, mengawal selia dan memantau pengoperasian dan penyelenggaraan bangunan ibu pejabat dan daerah-daerah. Unit ini juga mengawal dan memantau tahap keselamatan bangunan serta kebersihan persekitaran bangunan ibu pejabat dan daerah-daerah.
Fungsi
Merancang, menyelaras dan menguruskan perkhidmatan ICT di jabatan.
Fungsi
Unit Aset berfungsi dalam pengurusan penerimaan, pendaftaran, pemeriksaan, verifikasi, penyelenggaraam dan pelupusan bagi aset alih dan tak alih.
Fungsi
Unit Sulh merupakan satu unit yang diwujudkan yang memainkan peranan menyelaraskan perjalanan Majlis Sulh, proses dan aktiviti di seluruh Mahkamah Syariah Negeri Perak. Sulh merupakan perantaraan diantara pihak-pihak yang bertikai secara professional dan terpimpin yang diketuai oleh Pegawai Sulh berdasarkan prosedur tertentu dengan objektif menyelesaikan pertikaian tanpa melalui perbicaraan di hadapan Hakim. Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit Sulh dan tujuh (7) orang yang menjalankan Majlis Sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Perak dan Mahkamah Rendah Syariah Perak. Berdasarkan peruntukan undang-undang, Majlis Sulh menggunapakai Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Perak), Kaedah Sulh, Manual Sulh dan Arahan Amalan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
Baca selanjutnya: Profil Ketua Pendaftar
Muat Turun Versi Penuh Dasar Keselamatan Jabatan (DKICT) v3.0
Baca selanjutnya: Dasar Keselamatan Jabatan (DKICT)
Kandungan ini masih di dalam proses pengemaskinian.
Baca selanjutnya: Profil Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah
Di zaman Kesultanan Melayu, keadilan telah di laksanakan di Mahkamah Syariah dengan di adakan Rayuan Sultan. Keadaan ini kekal sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah. Undang-undang Islam telah dilaksanakan di dalam semua bidang yang meliputi Undang-undang Keluarga, Jenayah, Undang-undang Tanah dan Mal.
Bermula daripada Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 hinggalah kepada penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, suatu ketetapan telah disepakati secara bersama bahawa segala perkara berhubung Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Melayu hendaklah berada di bawah bidangkuasa Raja Melayu. Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan yang telah diamalkan sehingga ke tahun 1900 tidak dapat dipastikan dengan tepat tarikh permulaan kuatkuasa undang-undang tersebut.
Adalah dipercayai bahawa undang-undang itu telah mula dilaksanakan semenjak pemerintahan al-Marhum Sultan Idris Murshidul A’azam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar iaitu pada tahun 1887 hingga 1916. Undang-undang Perak atau juga dikenali sebagai Undang-undang 99 Perak kerana mengandungi 99 perkara undang-undang dalam pelbagai aspek.
Mengikut peruntukan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam(Perak) 1992,[Enakmen Perak Jil. 46,Bil 4 Tahun 1993], Mahkamah Syariah di dalam negeri ini diwujudkan dalam tiga peringkat,iaitu;
Ketiga-tiga peringkat Mahkamah Syariah yang tersebut itu, diwujudkan melalui sebuah jabatan yang dikenali dengan nama Jabatan Kehakiman Syariah Perak.
Setiap hirarki Mahkamah Syariah Negeri Perak mempunyai bidangkuasa sebagaimana yang telah diperuntukkan oleh Undang-undang seperti berikut:
MAHKAMAH UTAMA SYARIAH
MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH
MAHKAMAH TINGGI SYARIAH
(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, oleh pendakwa atau oleh orang yang telah disabitkan, dan rayuan itu boleh sama ada terhadap pembebasan, sabitan atau hukuman atau mana-mana daripadanya;
(b) dalam bidang kuasa malnya—
(i) oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu, jika amaun yang dituntut itu tidak kurang daripada tiga ribu ringgit;
(ii) dalam semua kes yang melibatkan apa-apa keputusan mengenai taraf diri, oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu; dan
(iii) dalam semua kes yang berhubungan dengan nafkah orang-orang tanggungan, oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu, tetapi tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan yang telah dibuat dengan persetujuan;
memperakukan fakta-fakta yang didapati oleh Mahkamah Syariah itu dan pendapatnya tentang orang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka itu dan tentang bahagian-bahagian yang padanya masing-masing orang itu berhak.
MAHKAMAH RENDAH SYARIAH
Alhamdulillah selautan syukur di puncak nikmat iman dan Islam Tuhan Rabbul A'lamin yang menganugerahkan kesempatan kepada kita. Bertitik tolak dari keredhaan dan keberkatanNya kita masih lagi melayari bahtera kehidupan dengan segala nikmat yang dilimpahkan.
Dikesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada Unit ICT JKSPk yang bertungkus lumus menjayakan hasrat jabatan merekayasa kembali informasi jabatan sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat mutakhir.
Sehala dengan visi dan misi jabatan ini, marilah bersama sama kita realisasikannya dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dan pengetahuan kita supaya kita mampu membantu dan menjadi rujukan kepada masyarakat. Modal insan yang kita lahirkan dari jabatan ini mestilah berkompetensi dan mampu menatang hasrat jabatan memartabatkan perundangan syariah kearah lebih global, Sebagai penjawat awam khasnya di bidang perundangan, banyak yang perlu dipertimbangkan. Bukan dengan akal dan pemikiran sahaja, tetapi juga dengan hati dan perasaan. Kekadang logik itu menyakitkan. Kekadang emosi itu lepas dari kendali realiti dan kenyataan. Pohon hidayah Allah juga untuk membuat keputusan yang tepat dan tindakan yang paling bermanfaat.
Seseorang dikira sampai ke tahap ilmu yang sempurna apabila dia terus belajar. Rasa tidak berilmu ialah sifat utama orang berilmu. Semakin kita belajar, terasa semakin banyak perkara yang tidak kita ketahui. Inilah sifat sejati orang berilmu.Walau sebanyak mana pun ilmu yang telah digali oleh manusia, hakikatnya masih sekelumit dibandingkan dengan ilmu Allah yang melangit.
Justeru, sebanyak mana pun dan setinggi mana pun ilmu yang dimiliki seseorang, dia sewajarnya terus merendahkan diri kepada Allah. Di antara tanda orang yang merendah diri dengan Allah itu, dia juga akan merendah diri sesama manusia. Harapan saya cuma satu, semoga kita istiqamah di jalan mujahadah ini. Apapun terjadi, kita terus mendaki. Tidak kira berapa kali kita jatuh, namun kita pasti bangkit kembali. Di hati kita. kita akan terus berusaha untuk mendidik diri. Marilah kita bersama saling kuat menguatkan, doa mendoakan, ingat mengingatkan, dengan sifat kasih dan mengasihi.
Walau kita punya pendapat dan teori yang berbeda, tetapi kesatuan cita-cita dan rasa… membentuk satu talian yang sukar diberi nama tetapi sangat tinggi makna. Apa lagi kalau bukan kasih mengasihi kerana Allah. Semoga JKSPk terus maju jaya didalam menjana kehakiman syariah, pentadbiran, kewangan, pembangunan dan pengurusan teknologi maklumat yang lebih berkesan, efisien dan memberi manfaat kepada ummah.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"SYARIAH ASAS KEADILAN"
Ketua Pendaftar / CIO,
Jabatan Kehakiman Syariah
Negeri Perak Darul Ridzuan
Baca selanjutnya: Perutusan Ketua Pendaftar / CIO