Y.A.A Dato' Hj. Ab. Rahman Thobroni bin Mohd Mansor
YAA Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah
Negeri Perak Darul Ridzuan
PROFIL
KETUA HAKIM SYARIE
YAA DATO' HJ. AB. RAHMAN THOBRONI BIN MOHD MANSOR
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERAK
KETUA HAKIM SYARIE
YAA DATO' HJ. AB. RAHMAN THOBRONI BIN MOHD MANSOR
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERAK
MAKLUMAT KELULUSAN
KELULUSAN : B.A(Hons) Syariah Dan Undang-Undang
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti Islam Antarabangsa
Post Graduate-Dip In Administration And Islamic Judicary
Universiti Islam Antarabangsa
Master In Administration Of Islamic Laws
PENGALAMAN KERJAYA
|
TAHUN |
PERKARA |
|
1994 - 1998 |
Pelantikan Baru Sebagai Pegawai Syariah Dan Ditempatkan Di Biro Bantuan Guaman Selangor |
|
1998 |
Pelantikan Baru Sebagai Pegawai Syariah Gred L3 Dan Ditempatkan Di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh |
|
1999 |
Disahkan Dalam Perkhidmatan Sebagai Pegawai Syariah Gred L3 |
|
2005 |
Memangku Jawatan Pegawai Syariah Gred LS44 Dan Ditempatkan Di Pentadbiran Yang Sama |
|
2005 |
Kenaikan Pangkat Ke Jawatan Pegawai Syariah Gred LS44 |
|
2011 |
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak Di Gred LS44 |
|
2011 |
Memangku Jawatan Pegawai Syariah Gred LS48 (KUP) |
|
01/08/2012 |
Kenaikan Pangkat Ke Jawatan Pegawai Syariah Gred LS48 |
|
16/07/2015 |
Memangku Jawatan Pegawai Syariah Gred LS52 Di Jabatan Kehakiman Syariah Perak |
|
16/07/2016 |
Kenaikan Pangkat Ke Jawatan Pegawai Syariah Gred LS52 Di Jabatan Kehakiman Syariah Perak |
|
16/05/2019 |
Pelantikan Sebagai Ketua Pendaftar Di Mahkamah Utama Syariah Perak Gred LS52 |
|
01/09/2020 |
Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Di Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Memangku Gred LS54 |
|
16/01/2021 |
Pelantikan Sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah |
|
01/08/2021 |
Pelantikan Sebagai Ketua Hakim Syarie |
Unit Dasar dan Penyelidikan
Fungsi
-
Menjalankan penyelidikan perundangan serta kajian berhubung hal ehwal Mahkamah Syariah.
-
Memperhalusi undang-undang syariah sedia ada yang diguna pakai di Mahkamah Syariah agar lebih kemas dan berkesan
-
Memberi maklumat yang terkini berhubung perkembangan Undang-undang Syariah, cadangan atau pandangan kepada jabatan berkenaan sesuatu isu perundangan dan kehakiman, isu pentadbiran dan pengurusan kes di Mahkamah Syariah.
-
Bekerjasama dengan pusat penyelidikan dan agensi kerajaan, institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan lain-lain program kajian berkaitan undang-undang dan kehakiman syariah.
Unit Integriti
Fungsi
Unit Integriti telah ditubuhkan dijabatan ini semenjak tahun 2016 dan diketuai oleh Ketua Integriti. Fungsi utama unit ini adalah merancang dan melaksanakan program pembudayaan integriti dalam organisasi secara berterusan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang berkaitan pegawai dan kakitangan jabatan.
- Mengkaji kelemahan dan mencadang penambahbaikan system dan prosedur, kawalan sistem bagi menutup ruang dan peluang rasuah serta salah laku.
- Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan dengan meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama warga dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya dan amalan
- Menerima dan mengambil Tindakan ke atas aduan/maklumat mengenai salah laku dan pelanggaran tata kelakuan serta etika organisasi dan menjadi urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Integriti
- Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tata kelakuan dan etika organisasi melalui siasatan secara telus
- Melaksanakan inspektorat, pemeriksaan mengejut dan pemantauan berkala ke atas pematuhan undang-undang, peraturan dan pelaksanaan projek dan memastikan Peraturan Pegawai Awam (Tata Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dipatuhi khususnya perisytiharaan harta
- Melaporkan salah laku jenayah kepda agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.