Perhimpunan Bulanan Bil. 3/2022 dan Sambutan Rumah Terbuka Syawal 1443H/2022 telah diadakan pada 20 Mei 2022 di Dewan Bankuet JKSPk.
Majlis telah dimulakan dengan ucaptama YAA. Ketua Hakim Syarie, Tuan Hj. Ab Rahman Thobroni bin Mohd Mansor. Majlis juga diteruskan dengan penyampaian sumbangan saguhati oleh BAKMAS kepada pegawai & kakitangan yang berkenaan, penyerahan gegantung EKSA kepada semua Penyelaras Zon serta penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Pesan Ramadhan yang telah dianjurkan oleh Unit Integriti JKSPk.
Pelbagai acara menarik telah disajikan kepada semua warga JKSPk. Antaranya adalah slot cabutan bertuah.
Sambutan ini turut disertai oleh Ketua-Ketua Jabatan serta pihak JKSM. Pelbagai juadah telah disajikan oleh kepada para tetamu oleh Ibu Pejabat dan Mahkamah Syariah Daerah-daerah dengan berkonsepkan Gerai.