24 Januari 2024 - Lawatan dari SABK Maahad Al-Ummah ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak yang disertai oleh 25 orang termasuk pelajar dan guru pengiring.
Objektif utama lawatan ini adalah bagi mendapatkan pendedahan berkenaan peranan, bidangkuasa dan pembaharuan hierarki Mahkamah Syariah serta prosiding pengendalian kes-kes di Mahkamah Syariah. Sesi perkongsian tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Penyelidik MTS, Puan Nor Atikah Binti Haji Badri.
Selesai sesi pembentangan, para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan bagi mengikuti sesi prosiding kes perbicaraan di Dewan Mahkamah Rendah Syariah yang berlangsung pada hari tersebut.
Semoga perkongsian ilmu yang diberikan oleh pihak Jabatan dapat memenuhi hasrat dan tujuan lawatan berkenaan.