Jabatan Kehakiman Syariah Perak (JKSPk) dengan kerjasama Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) akan menerbitkan Jurnal Al-Qanun Jilid 3 yang dijangka akan dikeluarkan pada Jun 2024.
Sehubungan itu, kami menjemput kepada individu yang berminat untuk berkongsi pengetahuan, idea-idea berkaitan perkembangan perundangan serta hukum Islam yang boleh dibincangkan melalui penulisan manuskrip yang akan diterbitkan dalam Jurnal Al-Qanun Jilid 3 nanti. Aspek undang-undang yang masih kurang kajian akan diberikan keutamaan.