Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Media & Aktiviti Terkini

15 Januari 2021

Pelantikan Hakim Mahkamah Utama Syariah Perak


Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Almaghfur Lah sudi mencemar duli menganugerahkan tauliah pelantikan Hakim Mahkamah Utama Syari'ah Negeri Perak kepada Y.A.A Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar yang juga merangkap Ketua Pengarah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bersempena dengan Majlis Penganugerahan Tauliah Lantikan Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Hakim Mahkamah Utama Syariah, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan Ketua Pendakwa Syarie yang diadakan di Kompleks Islam Darul Ridzuan di Ipoh pada hari ini.

Mahkamah Utama Syari'ah yang ditubuhkan pada tahun 2019 merupakan hierarki tertinggi dalam 4 tingkatan mahkamah yang diwujudkan selaras dengan pewartaan Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018. Tahniah dan selamat maju jaya kepada Y.A.A Dato' Setia Dr, semoga dapat meneruskan khidmat dan sumbangan bermakna kepada bumi Perak ini.

img1

img2
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Jalan Tan Sri Haji Harussani,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 05/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286928