
8 DISEMBER 2022 :: Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Rombongan terdiri daripasa 21 orang dan diketuai oleh YAA. Datu Haji Awang Suhaili Bin Ledi, Ketua Syariah Sarawak. Lawatan ini bertujuan bagi sesi perkongsian ilmu dalam pengendalian pentadbiran sistem kehakiman peringkat negeri masing-masing termasuk pengurusan teknologi maklumat. Semoga dengan pertemuan dua hala ini akan dapat mengukuhkan lagi institusi syariah kedua-dua negeri dan khususnya di Malaysia.