Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Media & Aktiviti Terkini

29 November 2021

Kolokium Perundangan dan Kehakiman Syariah 2021



Jabatan Kehakiman Syariah Perak telah menganjurkan Kolokium Perundangan dan Kehakiman Syariah Tahun 2021 bertemakan 'Pertimbangan Keadilan dan Pematuhan Prosedur: Selangkah Ke Hadapan' pada Selasa 23 November 2021 bertempat di Dewan Bankuet Jabatan Kehakiman Syariah Perak. Pengamal undang-undang dan orang awam yang berminat telah dijemput untuk mengikuti siaran langsung program tersebut melalui LIVE STREAMING di Facebook, Aplikasi Zoom & Youtube Channel Jabatan Kehakiman Syariah Perak bermula jam 8.30 pagi hingga jam 4.30 petang.