Jumaat, 03 Sep 2010 / 24 Ramadhan 1431
Informasi Umum
ARAHAN AMALAN
Tebus Talak (Khulu')
Tuntutan Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)
Fasakh
Nafkah
Tuntutan Harta Sepencarian
Ta'liq
Jenis-jenis Perceraian yang dibawa ke Mahkamah Syariah
PERINCIAN ARAHAN AMALAN

Jenis-jenis Perceraian yang dibawa ke Mahkamah Syariah

1. TALAQ

Definisi Talaq
Dari segi bahasa bererti melepaskan ikatan, Dari segi syarak ialah menlepaskan ikatan perkahwinan dengan melafazkan
talaq atau sebagainya. Manakala dari sudut syarie pula ialah melepaskan ikatan nikah atau perkahwinan dengan lafaz tertentu seperti
talaq (cerai) atau faraq (melepaskan diri)

Rukun Talaq
1. Orang yang mencerai (Suami)
2. Orang yang dicerai (Isteri)
3. Perkataan cerai

Perkataan cerai ini terbahagi kepada dua (2) iaitu:
a. Secara terang (Soheh) - Suatu perkataan yang jelas yang menunjukkan perceraian atau memutuskan ikatan
perkahwinan seperti 'aku ceraikan kau' atau 'engkau tercerai' dan sebagainya.
b. Secara tidak terang (Kinayah) - Memerlukan kepada niat menceraikan. Contohnya " pulanglah kau kepada orang tuamu" atau "keluarlah
kau dari rumah ini". Jika diniat cerai maka jatuhlah talaq dan jika tidak diniat cerai maka tidak jatuh talaq.



[Kembali ke atas]
2. FASAKH

Definisi Fasakh
Pembubaran perkahwinan dengan perintah Hakim atas sebab-sebab yang dibenarkan oleh hukum syarak

Sebab-sebab Fasakh di bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam
1. Suami atau isteri tidak diketahui di mana berada selama tempoh lebih daripada satu (1) tahun
2. Suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkah selama tiga(3) bulan.
3. Suami atau isteri telah dihukum penjara selama tempoh tiga(3) tahun atau lebih
4. Suami atau isteri telah tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah, kewajipannya (nafkah batin) selama tempoh satu(1) tahun
5. Suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan yang suaminya telah mati pucuk
6. Suami atau isteri telah gila selama tempoh dua(2) tahun atau sedang menghidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang menghidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit
7. Isteri, telah dikahwinkan oleh wali mujbirnya sebelum ia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas (18) tahun dan ia belum disetubuhi oleh suaminya itu
8. Suami atau isteri menganiaya isteri atau suaminya, yang antaranya;
a. Berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan hukum syarak
b. Cuba memaksa isteri hidup secara lucah.
c. Melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu dari menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap sesuatu harta.
d. Menghalang isteri atau suami dari menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan Islam.
e. Suami mempunyai lebih dari seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum Syarak
f. Walaupun empat(4) bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh suaminya dengan sengaja enggan mensetubuhinya.
g. Isteri tidak izin terhadap perkahwinan, samada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal.
h. Pada masa perkahwinan, isteri sungguhpun berkebolehan memberi izin yang sah, adalah seorang yang sakit otak, samada berterusan atau berselangan.



[Kembali ke atas]
3. KHULU' (TEBUS TALAQ

Definisi Khulu'
Tebus talaq ialah perceraian yangdiminta oleh isteri dengan jumlah bayaran tertentu yang dipersetujui atau yang diperintahkan
oleh Mahkamah. Dengan kata lain khulu' dari segi syarak bererti perceraian yang diminta oleh isteri dengan membuat bayaran kepada suami.

Talaq jenis ini boleh dilakukan semada pada waktu isteri suci ataupun pada masa haid. Kebiasaannya tebus talaq ini terjadi atas
permintaan isteri. Kesan perceraian jenis khulu' ini menyebabkan bekas suami tidak boleh rujuk semula tetapi boleh berkahwin
dengan akad dan mahar baru.



[Kembali ke atas]
5. TAKLIQ

Definisi Takliq
Cerai takliq adalah perceraian akibat perlanggaran janji yang dibuat oleh suami selepas akad nikah. Contohnya " Sekiranya aku meninggalkan isteri
lebih daripada enam bulan tanpa memberi nafkah zahir atau batin" atau " sekiranya aku memukul atau mendera isteri atau mendatangkan mudarat kepada isteri",
maka isteri yang ditinggalkan atau dicederakan bolehlah mengadu ke Mahkamah Syariah dan sekiranya aduan itu disabit dan disahkan oleh mahkamah
maka terjadilah perceraian takliq.

Perceraian takliq boleh juga berlaku apabila suami membuat janji atau memberi amaran kepada isteri supaya melaku atau meninggalkan dari melakukan sesuatu.
Misalnya, suami berkata kepada isteri : "Aku akan belikan kamu pada bulan hadapan dua pasang baju kebaya sutera dan jika aku tidak dapat menyempurnakannya,
kita berdua akan bercerai". Sekiranya pada bulan berkenaan suami tidak menyempurnakan janji tersebut, maka tertakluk pada pengesahan mahkamah, terjadilah
perceraian secara takliq.



[Kembali ke atas]
6. ANGGAPAN MATI

Definisi Anggapan Mati
Anggapan mati ialah apabila suami seorang perempuan telah mati atau dipercayai telah mati atau telah tidak didapati apa-apa perkhabaran mengenainya selama
tempoh 4 tahun atau lebih. Apabila keadaan itu berterusan dan perempuan itu hendak berkahwin lain hendaklah terlebih dahulu mendapat perisytiharan anggapan mati daripada mahkamah



[Kembali ke atas]
Nota Peringatan
Segala maklumat di dalam risalah ini hanyalah sebagai panduan dan tidak boleh dijadikan sebagai hujah di dalam
mana-mana prosiding mahkamah

[Kembali ke atas]
   

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.
2008 © Semua Hakcipta Terpelihara.