facebookinstagramblogtwitterRSS

Pengurusan Kes Mal / Faraid

PENGURUSAN KES MAL / FARAID 
Kes Mal ialah tuntutan yang dibuat oleh pelanggan di Mahkamah Syariah yang berkaitan dengan hal-hal kekeluargaan dan harta benda terhadap sesuatu pihak yang lain. 
PROSES PENGURUSAN 
  • Proses utama pengurusan kes Mal akan bermula apabila pelanggan datang ke Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rendah Syariah untuk mendaftarkan kes.
  • Serentak dengan penerimaan pendaftaran, penjadualan kes akan dilakukan. Selepas itu kes tersebut akan disediakan dari segi fail kes, saman dan sebagainya. Kemudian kes disebut pada hari yang telah ditetapkan.
  • Selepas itu, perbicaraan penuh akan dijalankan iaitu setelah segala prosiding dilengkapkan pada hari-hari sebutan yang terdahulu.
  • Setelah perbicaraan kes selesai dijalankan, Mahkamah akan menguruskan pula perintah-perintah Mahkamah. Perintah akan diserahkan kepada pihak-pihak yang terlibat untuk tindakan pelaksanaan dan penguatkuasaan.
  • Akhirnya, Mahkamah juga akan menerima apa-apa rayuan yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang tidak berpuashati dengan keputusan yang telah diputuskan. Proses rayuan akan diuruskan sehingga kes rayuan didengar dan diputuskan.
  • Secara ringkasnya proses utama ini boleh dirujuk kepada Carta Aliran Kerja Proses Utama Pengurusan Kes Mal dan Jenayah.
CARTA ALIRAN KERJA
Proses Utama Pengurusan Kes Mal dan Jenayah

pic