facebookinstagramblogtwitterRSS

Pengurusan Kes Jenayah

PENGURUSAN KES JENAYAH 

Kes Jenayah ialah kesalahan matrimonial dan kesalahan Syariah dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Perak) 1992, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Perak) 2004 dan Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004.

PROSES PENGURUSAN 
  • Proses utama pengurusan kes Jenayah akan bermula apabila pendakwa datang ke Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rendah Syariah untuk mendaftarkan kes.
  • Serentak dengan penerimaan pendaftaran, penjadualan kes akan dilakukan. Selepas itu kes tersebut akan disediakan dari segi fail kes, saman dan sebagainya. Kemudian kes disebut pada hari yang telah ditetapkan.
  • Selepas itu, perbicaraan penuh akan dijalankan iaitu setelah segala prosiding dilengkapkan pada hari-hari sebutan yang terdahulu.
  • Setelah perbicaraan kes selesai dijalankan, Mahkamah akan menguruskan pula perintah-perintah Mahkamah. Perintah akan diserahkan kepada pihak-pihak yang terlibat untuk tindakan pelaksanaan dan penguatkuasaan.
  • Akhirnya, Mahkamah juga akan menerima apa-apa rayuan yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang tidak berpuashati dengan keputusan yang telah diputuskan. Proses rayuan akan diuruskan sehingga kes rayuan didengar dan diputuskan.
  • Secara ringkasnya proses utama ini boleh dirujuk kepada Carta Aliran Kerja Proses Utama Pengurusan Kes Mal dan Jenayah.
CARTA ALIRAN KERJA
Proses Utama Pengurusan Kes Mal dan Jenayah

pic