Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Pembaharuan Sijil Amalan Guaman Syarie dengan e-Lesen Guaman
Pembaharuan lesen Peguam Syarie di Perak kini boleh dilakukan secara dalam talian dengan menggunakan sistem E-Lesen Guaman mulai 19 April ini. Sistem ini diwujudkan bagi memudahkan para peguam syarie memperbaharui sijil amalan guaman mereka tanpa perlu pergi ke Majlis Agama Islam Perak untuk membuat pembayaran.

Bagaimanapun, sistem ini terhad bagi peguam syarie yang ingin memperbaharui lesen guaman dalam tempoh 3 tahun kebelakang sahaja. Bagi jumlah fi pembayaran dan Borang D peguam syarie boleh merujuk kepada kaedah 16 di dalam Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Perak sebelum membuat pembayaran.

Langkah-langkah bagi memperbaharui sijil amalan peguam secara atas talian adalah seperti berikut :

  1. Layari laman web e-lesen guaman https://guaman.maiamp.gov.my/

  2. Isi maklumat peguam syarie dan sijil amalan peguam

  3. Buat pembayaran dan cetak resit bayaran

  4. Bawa Borang D dan salinan resit bayaran ke Jabatan Kehakiman Syariah Perak

  5. Sijil amalan peguam syarie dikeluarkan

Dengan menggunakan moto "mudah, selamat dan pantas" diharapkan sistem ini dapat membantu para peguam di dalam melancarkan proses pembaharuan lesen guaman mereka.
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Jalan Tan Sri Haji Harussani,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 24/04/24 • Jumlah Pelawat : 21286928