Peguam-Peguam Syarie,
(yang beramal) di Negeri Perak,
Tuan/Puan,
PEMAKAIAN KAEDAH 16 SUBKAEDAH (1), (2) DAN (3) KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 2003 BAGI PEMBAHARUAN SIJIL AMALAN GUAMAN SYARIE 2014Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa permohonan pembaharuan Sijil Amalan Guaman Syarie 2014 hendaklah mengikut kaedah dan subkaedah yang telah ditetapkan dalam Kaedah-kaedah Peguam Syarie 2003 seperti berikut:
PEMBAHARUAN SIJIL AMALAN GUAMAN SYARIE 2014
16.(1) |
Tiap-tiap permohonan bagi pembaharuan Sijil Amalan Guaman Syarie hendaklah dibuat kepada Jawatankuasa tidak lewat daripada satu bulan sebelum habis tempoh Sijil itu. |
PADA ATAU SEBELUM 2 DISEMBER 2013 |
16.(2) |
Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang D dalam Jadual dan dikemukakan kepada Jawatankuasa. |
[Atau borang permohonan pembaharuan yang disediakan di Mahkamah Tinggi Syariah Perak] |
16.(3) |
Fi bagi setiap Sijil Amalan Guaman Syarie adalah seperti berikut: |
|
(a) jika permohonan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan dalam subkaedah (1), finya ialah satu ratus ringgit |
SEHINGGA 1.12.2013 |
(b) Jika permohonan dibuat selepas tempoh yang ditetapkan oleh subkaedah (1) tetapi sebelum tarikh habis tempoh sijil itu, finya ialah satu ratus lima puluh ringgit |
SELEPAS 1.12.2013 |
(c) Jika permohonan dibuat selepas tarikh habis tempoh sijil itu, finya ialah dua ratus ringgit. |
SELEPAS 31.12.2013 |
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
HJ. MOHD. RIDZUAN BIN YUSOFKetua Pendaftar,
Merangkap
Setiausaha Jawatankuasa Penerimaan Peguam Syarie,
Perak Darul Ridzuan.