facebookinstagramblog RSS

Pemakaian Kaedah 16 Subkaedah (1), (2) dan (3) Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 2003 Bagi Pembaharuan Sijil Amalan Guaman Syarie 2014

Peguam -Peguam Syarie,
(yang beramal) di Negeri Perak,

Tuan/Puan,

PEMAKAIAN KAEDAH 16 SUBKAEDAH (1), (2) DAN (3)
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 2003 BAGI
PEMBAHARUAN SIJIL AMALAN GUAMAN SYARIE 2014

Dengan hormatnya saya merujuk  perkara di atas.

2.    Dimaklumkan bahawa permohonan pembaharuan Sijil Amalan Guaman Syarie 2014 hendaklah mengikut kaedah  dan subkaedah yang telah ditetapkan dalam Kaedah-kaedah Peguam Syarie 2003 seperti berikut:

PEMBAHARUAN SIJIL AMALAN GUAMAN SYARIE 2014

16.(1) Tiap-tiap permohonan bagi pembaharuan Sijil Amalan Guaman Syarie hendaklah dibuat kepada Jawatankuasa tidak lewat daripada satu bulan sebelum habis tempoh Sijil itu. PADA ATAU SEBELUM
2 DISEMBER 2013
16.(2) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang D dalam Jadual dan dikemukakan kepada Jawatankuasa. [Atau borang permohonan pembaharuan  yang disediakan di Mahkamah Tinggi Syariah Perak]
16.(3) Fi bagi setiap Sijil Amalan Guaman Syarie adalah seperti berikut:  
(a) jika permohonan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan dalam
     subkaedah (1), finya ialah satu ratus ringgit;
SEHINGGA 1.12.2013
(b) Jika permohonan dibuat selepas tempoh yang ditetapkan oleh
     subkaedah (1) tetapi sebelum tarikh habis tempoh sijil itu, finya
     ialah satu ratus lima puluh ringgit;
SELEPAS 1.12.2013
(c) Jika permohonan dibuat selepas tarikh habis tempoh sijil itu,
     finya ialah dua ratus ringgit.
SELEPAS 31.12.2013

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

HJ. MOHD. RIDZUAN BIN YUSOF
Ketua Pendaftar,
Merangkap
Setiausaha Jawatankuasa Penerimaan Peguam Syarie,
Perak Darul Ridzuan.