facebookinstagramblogtwitterRSS

Bahagian Sokongan Keluarga

BSK JKSM ditubuhkan dengan rasminya pada 22 Oktober 2008 oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di JKSM, Aras 3, Blok D7, Putrajaya. Dalam majlis pelancarannya, BSK telah menerima penyumbang dana kewangan yang pertama sebanyak RM500,000.00 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Bahagian Sokongan Keluarga Cawangan Negeri Perak
Matlamat Bahagian Sokongan Keluarga :
  • Mengurus tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah Mahkamah Syariah yang berkesan dan efisyen;
  • Menambah baik sistem pengurusan kes di Mahkamah Syariah Negeri-negeri.
Fungsi Bahagian Sokongan Keluarga :
  • Memberi khidmat nasihat perundangan kepada orang Islam mengenai hak dan tuntutan di mahkamah syariah terutama mengenai isu nafkah;
  • Melaksanakan penguatkuasaan penghakiman atau penghakiman atau perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah;
  • Menyalurkan bantuan sara hidup sementara kepada isteri atau isteri dan anak-anak yang menghadapi masalah mendapatkan nafkah dari pihak yang wajib membayar nafkah;
  • Menjadi agen mengutip dari pihak yang diperintahkan membayar nafkah;
  • Menyalurkan nafkah kepada pihak yang berhak mendapat nafkah;
  • Mencari dan mengumpul dana bagi keperluan pembayaran nafkah yang tidak mencukupi.
Objektif Bahagian Sokongan Keluarga :
  • Menguatkuasakan semua perintah nafkah yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Syariah;
  • Memastikan tiada isteri atau isteri dan anak yang menghadapi masalah tuntutan nafkah;
  • Memastikan perintah Mahkamah Syariah dihormati dan dilaksanakan;
  • Memberi khidmat sokongan kepada keluarga Islam dalam semua hal yang melibatkan Mahkamah Syariah.
Visi
"Berusaha menjadikan BSK sebagai sebuah organisasi sokongan keluarga yang unggul bagi membantu sistem pengukuhan kekeluargaan Islam ke arah pengwujudan masyarakat penyanyang, penduduk berkualiti dan bangsa Malaysia yang progresif"

Misi
"BSK komited untuk bertindak sebagai agensi utama dalam menjadikan Malaysia sebagai negara yang rakyatnya mengutamakan sistem kekeluargaan berlandaskan ajaran Islam, beribadi mulia hasil daripada keluarga yang kukuh, berakhlak, sihat, berilmu dan harmoni"

Tindakan yang dilakukan :
1. Memberi khidmat nasihat perundangan kepada pihak-pihak
  • Hadir ke pejabat BSK dengan membawa perintah nafkah yang tidak dipatuhi oleh suami/bekas suami;
  • Berjumpa dengan kakitangan BSK di kaunter untuk mengisi borang pendaftaran dan membuat temujanji dengan pegawai;
  • Berjumpa dengan pegawai untuk tindakan lanjut.
2. Menyalurkan bantuan sara hidup sementara/dana kepada isteri dan anak-anak
  • Hadir ke pejabat BSK dengan membawa perintah nafkah yang tidak dipatuhi oleh suami/bekas suami;
  • Siasatan akan dijalankan untuk menentukan kelayakan pemohon;
  • Dana akan didahulukan selama 6 bulan kepada pemohon yang layak.
3. Melaksanakan penguatkuasaan perintah/penghakiman yang dikeluarkan oleh mahkamah
  • Failkan kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah sekiranya didapati perintah tidak dipatuhi oleh suami/bekas suami;
  • Ssiasatan akan dijalankan untuk menentukan kelayakan pemohon;
  • Beri maklumat suami/bekas suami;
  • Proses pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah berjalan;
  • Dana yang telah didahulukan akan dikembalikan kepada BSK.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga Cawangan Negeri Perak
Tingkat 2, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
No Telefon : 05-2084872
No. Fax : 05-2439008
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
http://bskperak.blogspot.com/