img1               img2                 img3                   img4  
Soalan Lazim  Hubungi Kami  Aduan & Maklumbalas  Peta Laman

TERKINI : Pemakluman Perubahan Waktu Operasi Kaunter Dan Pelaksanaan Permohonan Urusan Pelanggan Secara Temujanji (Online) Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

img1

Berikutan peningkatan kes positif Covid-19, pengisytiharan sebagai Zon Merah dan pelaksanaan PKPD di kawasan Ipoh oleh MKN. Pihak Jabatan mengambil tindakan untuk melaksanakan peningkatan kawalan risiko pencegahan Covid-19 di Bangunan Ibu Pejabat JKSPk sebagaimana berikut:

1) Perubahan waktu urusan kaunter di bangunan Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak ditetapkan dalam tempoh PKPB seperti berikut:-

Isnin - Khamis : 8.00 pagi- 2.00 Petang

Jumaat : 8.00 Pagi- 12.00 Tengah hari.

2) Kehadiran orang awam/peguam syarie/pelanggan untuk sebarang urusan akan dilaksanakan secara janji temu mulai 23 November 2020 (Isnin) yang melibatkan urusan seperti berikut :

i) Pendaftaran kes/pemfailan dokumen/wakalah.

ii) Khidmat nasihat dan perundingan.

iii) Pengambilan dokumen/perintah

iv) Pelbagai urusan berkaitan di Bahagian Khidmat Pengurusan/Kewangan/ICT/Pembangunan.

3) Semua permohonan janji temu hendaklah dipohon melalui portal http://syariah.perak.gov.my atau melalui link QR code yang disediakan. Pihak Jabatan akan menghubungi semula untuk menetapkan jadual janji temu melalui panggilan telefon/SMS setelah permohonan dihantar melalui link/QR code tersebut.

4) Sebutan kes/Sulh/Perbicaraan yang telah ditetapkan dalam tempoh PKPB tetap akan dijalankan yang tertakluk kepada SOP PKPB Jabatan dan tidak memerlukan janji temu dipohon. Pihak-pihak/Peguam syarie/Pendakwa Syarie perlu menunjukkan notis panggilan di kaunter pengawal/saringan untuk memasuki bangunan ibu pejabat.

5) Sebarang pertanyaan dan maklumat, boleh berhubung di talian seperti berikut:

Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh : 05-5018638

Mahkamah Rendah Syariah Ipoh : 05-5018500

Talian Am Jabatan : 05-5018400

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.