facebookinstagramblogtwitterRSS

Pengenalan Jabatan


Sejarah Jabatan Kehakiman Syariah Perak

Mahkamah Syariah Era Kesultanan Melayu

Di zaman Kesultanan Melayu, keadilan telah di laksanakan di Mahkamah Syariah dengan di adakan Rayuan Sultan. Keadaan ini kekal sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah. Undang-undang Islam telah dilaksanakan di dalam semua bidang yang meliputi Undang-undang Keluarga, Jenayah, Undang-undang Tanah dan Mal.

Bermula daripada Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 hinggalah kepada penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, suatu ketetapan telah disepakati secara bersama bahawa segala perkara berhubung Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Melayu hendaklah berada di bawah bidangkuasa Raja Melayu. Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan yang telah diamalkan sehingga ke tahun 1900 tidak dapat dipastikan dengan tepat tarikh permulaan kuatkuasa undang-undang tersebut. 

Adalah dipercayai undang-undang itu telah mula dilaksanakan semenjak pemerintahan al-Marhum Sultan Idris Murshidul A’azam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar iaitu pada tahun 1887 hingga 1916. Undang-undang Perak atau juga dikenali sebagai Undang-undang 99 Perak kerana mengandungi 99 perkara undang-undang dalam pelbagai aspek.

Antara perkara yang terkandung dalam Undang-undang 99 Perak ialah:-

• Tugas serta tanggungjawab pemerintah : merangkumi peranan seorang Raja atau Sultan atau Yang Di-Pertuan Agung dalam sektor pemerintahan serta para-para pembesar yang menjadi tulang belakang dalam tampuk pemerintahan.

• Peraturan Adat Istiadat : sebagai contoh Adat menghadap Raja, Adat perlantikan Raja, Adat Berbahasa semasa berada dalam istana dan sebagainya.

• Perkara-perkara yang berkaitan dengan jenayah : contohnya; mencedera, membunuh, mencuri dan sebagainya.

• Perkara-perkara yang berkaitan dengan hal kekeluargaan : contohnya; perkahwinan, penceraian, pemahagian harta dan sebagainya.

 

Muat Turun

 

 Profil Jabatan

Mengikut peruntukan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam(Perak) 1992,[Enakmen Perak Jil. 46,Bil 4 Tahun 1993], Mahkamah Syariah di dalam negeri ini diwujudkan dalam tiga peringkat,iaitu;

  1.      Mahkamah Rayuan Syariah
  2.      Mahkamah-mahkamah Tinggi Syariah
  3.      Mahkamah Rendah Syariah Daerah-daerah *Pada hari ini ada 9 Daerah

Ketiga-tiga peringkat Mahkamah Syariah yang tersebut itu, diwujudkan melalui sebuah jabatan yang dikenali dengan nama
Jabatan Kehakiman Syariah Perak.

 Daerah Mahkamah Tinggi Syariah Perak 
mahkamh

 Daerah Mahkamah Rendah Syariah Perak 
mahkamh