facebookinstagramblogtwitterRSS

Perutusan Ketua Hakim Syarie dan Ketua Jabatan



YANG AMAT ARIF
KETUA HAKIM SYARIE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PERAK

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ

وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

 

Segala puji dan syukur dirafakkan kehadrat Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga dan para sahabat baginda sekalian.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada semua para pengunjung kerana sudi meluangkan masa melayari Laman portal Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak (JKSPk). Dengan adanya laman ini, JKSPk berharap dapat menyalurkan maklumat mengenai fungsi jabatan kepada masyarakat dengan lebih cepat melalui komunikasi elektronik selari dengan arus perkembangan teknologi maklumat .

Kewujudan laman portal ini juga menunjukkan komitmen pihak pengurusan untuk menyediakan maklumat terkini berhubung Institusi Kehakiman Syariah di Negeri Perak. Oleh itu, pembangunan laman portal ini merupakan salah satu usaha ke arah peningkatan dan penambahbaikan penyampaian perkhidmatan jabatan menepati objektif jabatan dan kehendak kerajaan.

JKSPk sentiasa berusaha dan komited untuk meningkatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan dari semasa ke semasa. Ini dibuktikan apabila JKSPk telah berjaya menerima anugerah ISO 9001:2008 dan MS 1900:2005, bahkan kita juga telah dipersijilkan dengan persijilan 5S oleh MAMPU. Malah kita juga telah dipilih sebagai lokasi penandaaras pelaksanaan 5S di Malaysia bagi kategori Mahkamah sekaligus berjaya menempatkan JKSPk sebaris dengan agensi kerajaan yang lain dari aspek kecekapan pengurusan dan pentadbiran.

Di kesempatan ini juga, saya ingin menyeru semua warga kerja JKSPk supaya terus mengamalkan budaya kesungguhan dalam bekerja serta menerapkan sikap amanah serta integeriti dalam melaksanakan tugas di samping sentiasa berusaha memperbaiki diri bagi memperkemaskan sistem penyampaian perkhidmatan dengan lebih cekap dan berkesan kepada pelanggan secara berterusan.

Selaku Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak, saya mengalu-alukan pandangan, komen dan teguran daripada setiap pengunjung dari masa ke masa. Setiap pandangan dan teguran akan kami perbaiki dan seterusnya menambahbaik program dan aktiviti yang dilakukan.

Akhirkata, selamat melayari laman portal ini dan semoga mendapat manfaat daripadanya. Sebarang teguran, pandangan dan saranan boleh diajukan demi meningkatkan lagi kualiti informasi yang disediakan.


Sekian. Terima Kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"SYARIAH ASAS KEADILAN"

 YAADato

Ketua Hakim Syarie,
Jabatan Kehakiman Syariah
Negeri Perak Darul Ridzuan.