Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Media & Aktiviti Terkini

20 Julai 2022

Program Gotong-Royong Ibadah Korban & Kursus Asas Penyembelihan Jabatan Kehakiman Syariah Perak


PROGRAM GOTONG-ROYONG IBADAH KORBAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PERAK
13 Julai 2022 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak melalui Jawatankuasa Kerohanian JKSPk telah menganjurkan satu Program Gotong-Royong Ibadah Korban dan Kursus Asas Penyembelihan bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Pada tahun ini, sebanyak 2 ekor lembu telah dikorbankan iaitu seekor lembu dilakukan proses penyembelihan di Rumah Sembelihan Ipoh dan seekor lagi dikorban di padang lapang hadapan bangunan Jabatan terlebih dahulu sebelum dibawa ke parkir kakitangan bagi proses seterusnya.

Sebanyak 30 ekor ayam juga telah disembelih serentak dengan Kursus Asas Penyembelihan yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Yusri bin Abdul Rani, Pen. Pengarah Hub Halal Jabatan Agama Islam Perak. Selepas selesai, daging korban tersebut telah diagihkan kepada yang berkenaan dan kakitangan Jabatan termasuk juga ayam-ayam yang telah disembelih dan dibersihkan.
Pada masa yang sama jua, semua petugas dan kakitangan telah bergotong-royong memasak untuk jamuan tengahari.

Selain YAA Ketua Hakim Syarie, Tn. Hj. Ab. Rahman Thobroni bin Hj. Mohd Mansor, turut dihadiri sama bagi memeriahkan majlis, YA Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Perak, Tn. Hj. Haji Mohammad Taifor bin Ahmad Rusdi, menyediakan juadah makan tengah hari. Turut bersama YA. Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Tn. Mohammad Esham bin Abdul Samad dan Tn. Mohd Ghazali bin Zakaria (selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian JKSPk).
korban
korban
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Aras 3, Bangunan Mahkamah Syariah Perak,
    Jalan Pari Off Jalan Tun Abdul Razak,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 05/10/22 • Jumlah Pelawat : 21286928