Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Media & Aktiviti Terkini

11 Oktober 2022

Majlis Perhimpunan Bulanan JKSPk Bil 4/2022


30 September 2022 : Majlis Perhimpunan Bulanan JKSPk Bil.4/2022 telah berlangsung di Dewan Bankuet JKSPk. Majlis dimulakan dengan bacaan Asma-ul-Husna, nyanyian lagu Negeri Perak dan bacaan doa oleh Tn. Muhamad Aizat bin Badaruddin (Mahkmah Syariah Manjung). Majlis diserikan dengan Ucapan Amanat YAA. Tn. Haji Ab. Rahman Thobroni bin Haji Mohd Mansor, Ketua Hakim Syarie Perak dan disusuli dengan penyampaian hadiah bagi peraduan teka silang kata anjuran Jawatankuasa Buletin JKSPk serta penyampaian Jurnal Al-Kanun Vol.1 kepada para pegawai syariah yang diwakili oleh Hakim-Hakim Mahkamah Syariah Daerah. Majlis kemudiannya diakhiri dengan Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad SAW bersempena Maulidur Rasul yang dipimpin oleh En. Muhamad Fiqri bin Zakaria (Mahkamah Syariah Seri Iskandar). img1
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Jalan Tan Sri Haji Harussani,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 24/04/24 • Jumlah Pelawat : 21286928